Tips Penjagaan Luka Episiotomi (Luka Bersalin Normal)
Bila dapat tahu aku akan dapat second baby, ni adalah perkara 1st sekali yang aku google. EPISIOTOMI, merupakan my nightmare ever! Bagi yang tak berapa tahu, episiotomi ni adalah guntingan yang akan dibuat pada faraj, bagi mengelakkan terkoyak semasa bersalin. Elak terkoyak tapi kita la yang menderita. Aku pun tak tahu mana satu yang baiknya, epi or non-epi. Tapi bergantung la kot, lain orang lain cara deliver.
So jumpa pasal tips penjagaan episiotomi ni kat Blog: http://soulain.blogspot.com. Dan aku share sekali lagi kat sini k. Apa yang aku rasakan masa berpantang anak pertama dulu inilah sebijik2nya. Apa pun thanks ye Ain for the info.
"Lepas deliver...biasalah.sesi berpantang. part yang paling tak best jika beranak normal adalah kena gunting dan jahit kat tutt. sakit dan perit jika mahu buang air kecil. nak buang air besar apatah lagiii. berjam-jam dan berpeluh-peluh dalam toilet nak membuang:P huhu. ini adalah pengalaman sendiri okehh. salah aku jugak,masa pregnant bukannya nak study /baca kat internet cara nak jaga luka jahitan episiotomi. google kat internet just sampai proses nak bersalin. pasal lepas bersalin tak study/baca sangat pon. so pengajaran kat situ, proses berpantang pon kena amik tahu.terutamanya penjagaan luka jahitan episiotomi. melainkan ko beranak tak kena jahit walaupon anak sulung. perghh.heaven.boleh beranak tetiap tahun camtu:P
so ni aku ada himpunkan pelbagai tips penjagaan luka episiotomi supaya luka kat situ cepat baikk.so takde lah korang jalan macam siput/robot sampai 44hari:P haha
credits:portalalamhamil
1. Jagaan perineum (kemaluan):
2. Pemakanan:
3. Senaman dan Aktiviti:
4. Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan:
* Jika luka episiotomy mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman, sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital untuk tindakan lanjut.
So jumpa pasal tips penjagaan episiotomi ni kat Blog: http://soulain.blogspot.com. Dan aku share sekali lagi kat sini k. Apa yang aku rasakan masa berpantang anak pertama dulu inilah sebijik2nya. Apa pun thanks ye Ain for the info.
"Lepas deliver...biasalah.sesi berpantang. part yang paling tak best jika beranak normal adalah kena gunting dan jahit kat tutt. sakit dan perit jika mahu buang air kecil. nak buang air besar apatah lagiii. berjam-jam dan berpeluh-peluh dalam toilet nak membuang:P huhu. ini adalah pengalaman sendiri okehh. salah aku jugak,masa pregnant bukannya nak study /baca kat internet cara nak jaga luka jahitan episiotomi. google kat internet just sampai proses nak bersalin. pasal lepas bersalin tak study/baca sangat pon. so pengajaran kat situ, proses berpantang pon kena amik tahu.terutamanya penjagaan luka jahitan episiotomi. melainkan ko beranak tak kena jahit walaupon anak sulung. perghh.heaven.boleh beranak tetiap tahun camtu:P
so ni aku ada himpunkan pelbagai tips penjagaan luka episiotomi supaya luka kat situ cepat baikk.so takde lah korang jalan macam siput/robot sampai 44hari:P haha
1. Pad Ais.
Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja
mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka
selama 10 minit 3-4 jam sekali.
2. Pastikan kawasan perineum bersih.
Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada
luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau
lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh
doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan
kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.
Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.
3. Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
4.Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.
5.Semasa buang air besar,
tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia
juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.
6.Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
7.Elak dari sembelit.
Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan
makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel.
Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan
sekiranya luka anda teruk.
8.Sitz bath.
Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air
garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.
9.Senaman Pelvic floor.
Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan
mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda
akan dapat melihat perubahannya.
10.Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
11.Jangan percaya pada mitos.
Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau
memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali.
Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan
secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil
dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada
masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga
menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan
menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
1. Jagaan perineum (kemaluan):
- Vulva swabbing akan dilakukan secara teknik asepsis selepas 6 jam kelahiran untuk memerhatikan luka insisi.
- Cuci dan keringkan bahagian episiotomy dan tukar pad dengan kerap atau setiap kali ke tandas atau apabila pad dipenuhi dengan lokia untuk elak infeksi (jangkitan kuman) pada luka episiotomi
- Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan
- Cuci perineum (kemaluan) dengan air biasa dari arah hadapan ke belakang (dari vulva ke anus) untuk elak asending infection
- Jangan sekali-kali menyapu ubat atau krim di bahagian luka episiotomy tanpa arahan doktor
2. Pemakanan:
- Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.
- Dinasihatkan supaya mengambil makanan tiggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.
3. Senaman dan Aktiviti:
- Digalakkan melakukan senaman otot lantai pelvis secara berperingkat untuk menguatkan otot dan menggalakkan edaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka episiotomi.
- Digalakkan melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan pada luka episiotomi
- Elakkan dari duduk mencangkung yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan luka
- Elakkan hubungan seks sehingga luka benar-benar sembuh
4. Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan:
- Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian
- Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti:
- - Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam
- - Cantuman luka : elok atau terbuka
- - Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka
- - Ibu mengalami Demam
* Jika luka episiotomy mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman, sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital untuk tindakan lanjut.
kredits: kakengkubidanbersalin
ok, dua artikel di atas ni pon dah cukup membantu kot. amacam?ngilu kan
baca? camni lah jadi perempuann:P banyak pengorbanan.tapi takpe..pahala
pon banyak:) pengalaman aku sendiri? oohhh.sangatlah memeritkan. sebab
jahitan ku tertetas. tetas yang bukan salah aku tapi dari mak bidan yang
urut aku masa dalam pantang. aku memang hangin satu badan,
marah,kecewa,sedih dan cam nak meroyan pon ada.dah la suami jauhh. :(
so, aku memang baik lambat. sebab aku tetas masa hari ke7 selepas
bersalin dan aku taknak dijahit semula. gila ko.nanti die toreh balik
daging tu pastu jahit balik. sakitttttttt. so aku nak baik secara
semulajadi. tapi kena makan ubat ikut waktu, sentiasa sapu krim luka kat
situ, alhamdulillah,baik dalam tempoh 3 bulan gak la.huhu. so,anak ke2
nanti, aku dah serik ngn mak bidan tu. dan aku taknak lagi pantang jauh2
ngan hubby:P hehe."
Aku punya experience lebih kurang la dengan Ain ni. Masa warded dulu, nurse ada sapukan intrasite gel. Memang cepat baik dan kering la bila gunakan gel tu. Kalau desperate lagi kali ni nak cari la gel ni. So far tak pernah lagi survey kat farmasi. Tapi bentuknya lebih kurang macam ni.
Intrasite Gel |
Berdoa sangat2 agar pengalaman kedua kali ni adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga aku cepat2 sembuh nak jaga baby-baby aku nanti. Amin.
XOXO,
Mama Ema at 37 weeks.
Comments
Anyway.. counting days!!! =)
Post a Comment