Pages, Contacts, Travel

Wednesday, March 20, 2013

Play Room, Nap Room, Baby Room, Confinement Room Ep. 2

Boleh pulak ada episod ye. Ni kira update daripada entry yang sebelum ini Play Room, Nap Room, Baby Room, Confinement Room.

Lepas visit ke IKEA minggu lepas, banyak pulak le barang yang takde. Yang on sale, mostly dah sold out. Ramai yang complaint pasal stock run-out. Setakat beberapa unit buat sale, baik tak payah kan. Contohnya MALM Chest Drawer RM99 tu, bila tanya pekerja kat situ, katanya 15 minit je dah sold out. Huhu. So terpaksa la tukar ke Plan B.

Aneboda RM199
Bumper Pad RM49.90
Quilt Cover/Pillow Case RM39.90
LENDA RM69
RACKA Curtain Rod RM9.90
Betydlig RM6.90

Disebabkan pada mulanya nak gunakan MALM Chest drawer letak perkakasan baby, pastu angan2 nak buat changing table. Tak dapat la..sebab chest drawer dah sold out. So Plan B, just grab Aneboda Wardrobe untuk gantikan tempat simpan baju Kakak Sofea dan Chest Drawer Sofea ditukar hak milik untuk adik Sofea. Dan lokasinya dikekalkan di tempat asl. Berat woo, almari2 tu nak baik naik turun tangga kat rumah tu. Nasib baik ada super dad. tu pun dia dah surrender nak ubah lagi.

Banyak2 benda aku suka sangat dengan rod langsir tu, murah dan very2 praktikal. Dah la boleh laras ikut kepanjangan yang bersesuaian. Murah pulak tu. Memang sangat praktikal. Nak pasang pun senang sangat. Tak payah la susah payah cabut dan pasang besi langsir, yang selalu tak cukup. Huhu. Thanks pa tolong mama pasangkan ye. 

Awalnya nak beli curtain kat textiles kids, tapi kain kat situ semua agak nipis, so kena double layered pulak. Pastu kaler pun memang meriah pulak yang tebal sikit tu. Yang saiz besar, semuanya RM89. So kami pun meronda kat bahagian textiles rumah pula. Tetiba jumpa LENDA curtains. Kainnya tebal, ada 2 jenis warna. Putih dan brown. So lepas discuss ngan papa, kami decide white, sebab konsep bilik pun whitish. Ni pun aku suka gak, langsirnya besar, senang pasang, murah.

Ok, so far so good. At 38 weeks today, before papa start off new job. Dah setel dah my Play Room, Nap Room, Baby Room, Confinement Room.. yeay!!

Hasilnya tara!
Tak sabar nak guna "my room" ni ;)

XOXO,
Mama Ema at 38 Weeks

Persediaan Bercuti Bersalin Kakitangan Kerajaan

Ibu-ibu yang bekerja banyak kena buat perancangan. Perancangan nak ada anak, nak bercuti, bekerja, jaga anak. Macam-macam perancangan. Kali ni nak share perkara yang perlu dibuat bila tiba masa nak bercuti panjang (cuti bersalin).

Sepertimana pekeliling yang terkini, jumlah cuti bersalin keseluruhannya adalah 300 hari dan sekarang ni ibu-ibu boleh ambil sehingga 3 bulan setiapkali bersalin. Kalau anak kembar pun 3 bulan juga yang bergaji.

So pandai-pandai la buat perancangan, nak berapa orang anak. Kalau agak2 macam nak ramai anak, so memadai la bercuti selama 2 bulan. Actually ini adalah kali pertama aku menggunakan privilege cuti 3 bulan. So excited ok. Alhamdulillah, 3 bulan, sebabnya dulu time Sofea cuti 2 bulan, memang belum betul2 recover, dan Sofea still kecil sangat lagi nak ditinggalkan dengan pengasuh. So separation amatlah menyukarkan bagi seorang ibu dan baby. So kali ni, tanpa berfikir panjang lagi, 3 bulan.

Dah dekat-dekat waktu bersalin, dapatkanlah Guarantee Letter (GL) dan juga Borang Permohonan Cuti Bersalin daripada Bahagian Sumber Manusia di pejabat anda bekerja. GL ni akan digunakan di hospital nanti masa admitted. Just spare la, walaupun kekadang hospital ni kata dia menggunakan e-GL.

Borang Permohonan Cuti Bersalin pula, ibu-ibu yang akan bersalin, boleh apply advanced cuti 2 minggu daripada tarikh Due Date. 2 minggu tersebut akan ditolak daripada cuti 3 bulan. Sebelum buat permohonan kena dapatkan surat sokongan iaitu surat pengesahan due date daripada Klinik Kesihatan tempat buat checkup. Dah dapat tu baru buat permohonan ye, kalau tak kena reject pula nanti.
Contoh Borang Permohonan
Contoh Surat Pengesahan EDD

So terpulanglah pada keadaan semasa ibu-ibu nanti. Pada awalnya aku macam nak tunggu due date, tapi sekarang rasa macam nak bercuti awal pulak at least seminggu. Ye la dulu, anak sulung, takde apa nak diuruskan sangat. Kali ni anak kedua, rasa macam-macam pula nak urus dan spend time dengan Sofea before delivery, tambahan pula papa Sofea baru start-off new job.

Lagi satu jangan lupa pula, before bercuti panjang kena senaraikan semua kerja-kerja yang masih tertangguh. Kesian kat kawan-kawan dan juga immediate bos nanti, pastu kita pun kalau boleh tak nak juga terganggu dan dibelenggu masalah-masalah tempat kerja semasa bercuti nanti, so buatlah Nota Serah Tugas yang lengkap sebagai panduan Pegawai yang akan menanggung kerja kita nanti.

Checklist:
1. GL
2. Borang permohonan Cuti Bersalin
3. Surat Pengesahan Due Date daripada Klinik Kesihatan
4. Nota Serah Tugas

Harap-harap cuti approve, and I will have safe and wonderful time during delivery nanti. Insyaallah.

XOXO,
Mama Sofea Minggu Last Bekerja Before Cuti Bersalin.

Tuesday, March 19, 2013

Kit Buat Mama Bakal Bersalin - Doa, Jadual Harian Ante-Natal, Urut Lady di Sekitar Putrajaya

DOA MUDAHKAN BERSALIN

Kita sama-sama ikhtiar ye.

Surah Maryam


JADUAL PENJAGAAN HARIAN ANTE-NATAL

Ni adalah personal jadual yang aku dah aturkan untuk diri sendiri, bermula 6 Bulan. Sebab utama jadual ini diaturkan, sebab aku selalu miss makan ubat. Lagi satu nak disiplinkan diri guna Bio-Oil, nak elakkan Stretch Mark la usahanya.

Jadual Mama starting at 24 Weeks (6 Months)

Pagi (Sesudah bangun tido):
1. Ubat Thyroid - 200mcg
2. Lepas mandi-lotion dan bio oil (seminggu sekali perineal massage)
3. Breakfast setengah jam selepas makan ubat

Tengahari:
1. ubat iron sebelum makan
2. lunch
3. ubat folic acid, b complex, vit. c

**starting 7 bulan, dah start makan obimin. So makan setengah jam before meal.

Malam:
1. lepas mandi-bio oil (seminggu sekali perineal massage)
2. sebelum tido - baca doa mudahkan bersalin.
**starting 36minggu minum Virgin Coconut Oil (VCO) setiap malam.


Nota:
jangan lupa makan buah dan minum air banyak2 mudahkan toilet bisnes.
jangan lupa minum susu-cari resipi


URUT LADY SEKITAR PUTRAJAYA

1. Sirehqasih-putrajaya 013-4004005
http://sirehqaseh.blogspot.com/ - Harga dalam blog tak kemaskini.
urut 3 hari rm450 (including set bersalin dan tranport ke rumah)

2. Jemari Tradisional - 013-3535969 untuk pertanyaan dan temujanji.
http://jemaritradisiummi.blogspot.com/

3. d'aura spa-putrajaya 03-88616838

4. http://ummieyku.blogspot.com/ (bangi)
Puan Zai 017 2974357 /Puan Ani 013 3411502
email :techreachm@gmail.com

5. Kak Anizah Kg Abu Bakar Baginda - 012-2358526
RM50/Sesi Urut sekali dengan transportation.
Waktu mengurut petang dan malam.


Usaha dan ikhtiar tangga kejayaan dan kesihatan diri sendiri. Insyaallah.

XOXO,
Mama Ema at 37 weeks

Tips Penjagaan Luka Episiotomi (Luka Bersalin Normal)

Bila dapat tahu aku akan dapat second baby, ni adalah perkara 1st sekali yang aku google. EPISIOTOMI, merupakan my nightmare ever! Bagi yang tak berapa tahu, episiotomi ni adalah guntingan yang akan dibuat pada faraj, bagi mengelakkan terkoyak semasa bersalin. Elak terkoyak tapi kita la yang menderita. Aku pun tak tahu mana satu yang baiknya, epi or non-epi. Tapi bergantung la kot, lain orang lain cara deliver.

So jumpa pasal tips penjagaan episiotomi ni kat Blog: http://soulain.blogspot.com. Dan aku share sekali lagi kat sini k. Apa yang aku rasakan masa berpantang anak pertama dulu inilah sebijik2nya. Apa pun thanks ye Ain for the info.

"Lepas deliver...biasalah.sesi berpantang. part yang paling tak best jika beranak normal adalah kena gunting dan jahit kat tutt. sakit dan perit jika mahu buang air kecil. nak buang air besar apatah lagiii. berjam-jam dan berpeluh-peluh dalam toilet nak membuang:P huhu. ini adalah pengalaman sendiri okehh. salah aku jugak,masa pregnant bukannya nak study /baca kat internet cara nak jaga luka jahitan episiotomi. google kat internet just sampai proses nak bersalin. pasal lepas bersalin tak study/baca sangat pon. so pengajaran kat situ, proses berpantang pon kena amik tahu.terutamanya penjagaan luka jahitan episiotomi. melainkan ko beranak tak kena jahit walaupon anak sulung. perghh.heaven.boleh beranak tetiap tahun camtu:P

so ni aku ada himpunkan pelbagai tips penjagaan luka episiotomi supaya luka kat situ cepat baikk.so takde lah korang jalan macam siput/robot sampai 44hari:P haha

1. Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2. Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

3. Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.

4.Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

5.Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

6.Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

7.Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.

8.Sitz bath. Amalkan  sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

9.Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

10.Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

11.Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
credits:portalalamhamil

1. Jagaan perineum (kemaluan):
  • Vulva swabbing akan dilakukan secara teknik asepsis selepas 6 jam kelahiran untuk memerhatikan luka insisi.
  • Cuci dan keringkan bahagian episiotomy dan tukar pad dengan kerap atau setiap kali ke tandas atau apabila pad dipenuhi dengan lokia untuk elak infeksi (jangkitan kuman) pada luka episiotomi
  • Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan
  • Cuci perineum (kemaluan) dengan air biasa dari arah hadapan ke belakang (dari vulva ke anus) untuk elak asending infection
  • Jangan sekali-kali menyapu ubat atau krim di bahagian luka episiotomy tanpa arahan doktor

2. Pemakanan:
  • Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.
  • Dinasihatkan supaya mengambil makanan tiggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.

3. Senaman dan Aktiviti:
  • Digalakkan melakukan senaman otot lantai pelvis secara berperingkat untuk menguatkan otot dan menggalakkan edaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka episiotomi.
  • Digalakkan melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan pada luka episiotomi
  • Elakkan dari duduk mencangkung yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan luka
  • Elakkan hubungan seks sehingga luka benar-benar sembuh

4. Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan:
  • Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian
  • Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti:
  • - Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam
  • - Cantuman luka : elok atau terbuka
  • - Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka
  • - Ibu mengalami Demam

* Jika luka episiotomy mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman, sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital untuk tindakan lanjut.
ok, dua artikel di atas ni pon dah cukup membantu kot. amacam?ngilu kan baca? camni lah jadi perempuann:P banyak pengorbanan.tapi takpe..pahala pon banyak:) pengalaman aku sendiri? oohhh.sangatlah memeritkan. sebab jahitan ku tertetas. tetas yang bukan salah aku tapi dari mak bidan yang urut aku masa dalam pantang. aku memang hangin satu badan, marah,kecewa,sedih dan cam nak meroyan pon ada.dah la suami jauhh. :( so, aku memang baik lambat. sebab aku tetas masa hari ke7 selepas bersalin dan aku taknak dijahit semula. gila ko.nanti die toreh balik daging tu pastu jahit balik. sakitttttttt. so aku nak baik secara semulajadi. tapi kena makan ubat ikut waktu, sentiasa sapu krim luka kat situ, alhamdulillah,baik dalam tempoh 3 bulan gak la.huhu. so,anak ke2 nanti, aku dah serik ngn mak bidan tu. dan aku taknak lagi pantang jauh2 ngan hubby:P hehe."
Aku punya experience lebih kurang la dengan Ain ni. Masa warded dulu, nurse ada sapukan intrasite gel. Memang cepat baik dan kering la bila gunakan gel tu. Kalau desperate lagi kali ni nak cari la gel ni. So far tak pernah lagi survey kat farmasi. Tapi bentuknya lebih kurang macam ni.
Intrasite Gel
Berdoa sangat2 agar pengalaman kedua kali ni adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga aku cepat2 sembuh nak jaga baby-baby aku nanti. Amin.
XOXO,
Mama Ema at 37 weeks.

Fullhouse Anniversaries

Ceritanya ni, bukannya Fullhouse tu yang celebrate anniversaries. Tapi cerita kami yang celebrate anniversaries. Last experience celebrate birthday mama, 2-3 tahun lepas..tak ingat dah kat Fullhouse Sunway Pyramid. Pastu kali ni, papa lak cakap ada Fullhouse dekat2 dengan area ofis baru. Wah, makanya, Fullhouse experience kami kali ni di Jalan Yap Kwan Seng. Sempena 4th anniversaries dan juga sempena nak membuat tinjauan ofis baru papa di depan KLCC nun.

Mi Amor-Muka Happy celebrate Anniversaries ke?

Mama & Sofea dengan Vanilla Strawberry

Sofea yang snapkan gambar ni, reliable sungguh anak mama ni

Mama & Papa terkejut besar Sofea habiskan Carbonara ni

Toothies-Fruities Fish Mama

I Love You Sofea

Aksi OMG Sofea

Wild Mushroom Soup- One of Sofea Fave

Trademark Fullhouse dengan Kereta Mini depan Kafe
Kerjaan Sofea di Fullhouse

Lamb shank papa

Macam nak bawak balik je cermin ni

Benda ni la the main thing aku nak makan-Soft Shell Crab

Sea Coconut, boleh pulak Sofea kata laici..layan je la.
Makanan kat sini alhamdulillah, sedap. Kena la dengan harga dia. So special occasion boleh la sekali sekala. Haha. Tapi nak makan lunch set pun ada every weekday. Masalahnya jauh la pulak. Lepas ni, papa layan Fullhouse la ye every week. Nanti kalau mama rajin, kita join sekali ye Sofea. Anyway thank you so much papa layan mama dan Sofea. Happy 4th Anniversaries!

XOXO,
Mama at 37 Weeks.

Saturday, March 16, 2013

Chemi Ema 4th Anniversaries

Alhamdulillah.. dah 4 tahun dah kami jadi husband and wife. Blog ni pun starting dgn cerita wedding kami. So this also marked 4th year me as a blogger.
4 tahun..banyak perkara suka duka dah berlaku. Suka2..gelak tawa..gaduh2..perang2..merajuk2..banyak sgt benda.
Apapun big thanks to mr hubby for always supporting this marriage..and always make things happen. Walaupun mama nampak tabah pada zahirnya..the truth is i could not accomplish or did anything without you. You are my strength..you are my courage..you are my life. I love you so much.. and the truth is that i could not live without you.
Tahun ni banyak perkara yang telah dan bakal berlaku. New family member, new job, new boss, new life routine.
"Ya Allah semoga Kau berikan kekuatan kepada kami menjalani kehidupan ini dan semoga Kau permudahkan segala-galanya buat kami. Sesungguhnya kami ini insan yang lemah dalam menghadapi cabaran hidup ini. Amin."
Xoxo,
Mama at 37 weeks.

Friday, March 15, 2013

Penggunaan Set Bersalin - Postnatal

Entry kali ni adalah perancangan yang dibuat untuk selepas bersalin nanti. So bila dah lepas teran2, penat2, letih2, susu2, kuning2, gedebuk gedebak mesti dah agak lost kan. So inilah perancangannya nanti selepas bersalin nanti. Harap semuanya berjalan lancar. Amin.

First thing nak dibuat lepas je bersalin, nak booking rawatan kesegaran daripada Unit Urutan & Komplementari daripada hospital. Kalau berkesempatan dapat la mengurut sikit ketika masih di wad, bagi menghasilkan atau melancarkan susu badan. Daripada pengalaman anak pertama, air susu memang keluar hanya selepas mengurut.

Dah balik rumah, start hari ke2 atau ke3, dah boleh start mengurut, bertungku, mandi herba, bengkung. Paling lewat pun start hari yang ke5. Pantang makan dan minum dah kena start since hari pertama.

So nak berurut, mandi herba, bengkung ni, akan diuruskan oleh urut lady. Harapannya agar semuanya berjalan lancarlah nanti. Amin. Perancangannya urut lady ni adalah untuk 3 hari, sebab lepas seminggu di rumah sendiri dah nak berpindah ke rumah mak pula. Perancangan la ni, kalau aku dan baby sihat walafiat.

Hari ni dah close deal dengan urut lady. Katanya boleh start hari ke3 bersalin nanti. Pakejnya urut,bertungku, mandi herba dan berbengkung termasuk sekali transportation urut lady. Sebab nanti dia akan datang sendiri, so tak perlu Mr. Hubby penat2 ulang-alik ambil dan hantar nanti. Lega dah part urut lady. Akak urut lady juga dah setuju untuk guna set bersalin yang aku dah beli awal2 ni. So nanti boleh la belajar2 pakai pilis, param, etc. tu. Akak Urut Lady juga pesan nanti lepas urut dan bertungku baru mandi herba. Ok, this is something different sikit from previous experience. Kalau ok, maybe minta akak urut lady datang lagi semasa penutup 44 hari berpantang nanti.

The Tanamera

Hari tu dah beli Set Bersalin Tanamera. So kena la gunakan. So far, aku memang dah guna VCO dan Lavendar Spray. Sabun masih belum guna sebab sekarang tengah guna scrub Olive by Yves Rocher. So far so good la. Ni adalah jadual penggunaan set bersalin Tanamera semasa berpantang nanti.

Klik untuk besarkan
Harap2 dapat gunakan semua produk ni hingga ke titisan yang terakhir. Kalau tak cukup, maybe boleh add on atau tengok apa2 tambahan yang ain pula nanti.

Berikut adalah sedikit sebanyak on the Tanamera Set Product usage:
1. Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:
a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab
b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu sudu teh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).
Untuk kontraksi
a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum
Penggunaan selepas bersalin
a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.
sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.
c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi
___________________________________________________________________
2. Herba Pencuci Wanita - Feminine Herbal Wash


1. Merupakan campuran herba dan kaya dengan pati minyak, yang dapat mengelakkan keradangan dan anti bakteria
2. Menyembuhkan jahitan dan mengurangkan bengkak.
3. Menggalakkan penyembuhan tisu dan menguatkan otot faraj.
4. Membuatkan kawasan V selesa, segar, bersih dan menghindarkan bau yang tidak menyenangkan.
5. mulakan penggunaan TANAMERA Feminine Herbal Wash ini pada pertama selepas anda bersalin walaupun anda melalui proses pembedahan.

CARA GUNA
Langkah 1
Panaskan 1 bungkus di dalam 1liter air selama 15 minit
Langkah 2
Biarkan larutan sejuk pada suhu panas. Basuh kawasan Miss V dengan span secara perlahan-lahan atau
Tuangkan larutan sedikit larutan kedalam besen besar, rendamkan Miss V kedalam larutan sekurangnya 10 minit. Tidak perlu cuci terus, biarkan air herba tadi menyerap ke kulit.atau
anda boleh juga ambil baki larutan yang tidak digunakan dan letak kedalam botol sembur. Anda boleh gunakan ia dengan semburan setiap kali selepas anda ke tandas.
Teringat pengalaman melahirkan Sofea dulu. Memang aku buat sit-bath siang dan malam dengan tekun sebab nak cepat baik. Masa tu hospital supply cecair kaler purple, iodin like. Cairkan dalam air suam, dan duduk la dalam besen tu. Lega rasa. Tapi kena cari besen yang bersesuaian la. Memang besen tu teman baik aku la pi mana pun, balik umah mak pi rumah MIL. Ntah la muat lagi ke tak kali ni. Haha.
___________________________________________________________________
3. Brown soap : utk mencerahkan kulit sbb ia macam scrub, boleh kurangkan tompok2 hitam/pigmentation yg disebabkan hormon...selalunya kat ketiak, leher, kelengkang, perut. Utk effect paling bagus, sapu VCO kat badan selepas mandi dgn Brown soap, utk kulit yg lembut, halus dan cerah.
___________________________________________________________________
4. Herbal massage oil : utk kurangkan water retention/sembab, esp kat kaki. utk kurangkan sakit2 kat pinggang, bahu esp bila badan semakin besar. Nak mengurut nanti boleh la guna minyak urut ni nanti.
___________________________________________________________________
5- Lavendar spray: utk menyegarkan badan secara natural, menenangkan fikiran, kurangkan stress dan membantu ibu2 mengandung tidur dgn lebih lena.
___________________________________________________________________
6. Teh Herba yang mengandungi ramuan dan bahan yang merangsangkan susu ibu. Teh herba sesuai untuk diminum bagi memperbanyakkan susu ibu dan juga untuk mengecutkan rahim kita dan untuk kesihatan dalaman. Teh herba ni boleh diminum dengan madu. Boleh la minum teh herba untuk breakfast dan dinner.
___________________________________________________________________   
7. Herbal Bath ni, tak payah pikir nak gi cari akar kayu ke, daun maun ke, apa ke, tak payah susah-susah, didihkan je sepeket dalam air, tambah air sejuk ikut kesuaman yang dikehendaki pastu mandi. Tapi nanti for sure mak akan bawak daun2 mandi. So maybe aku campor je la. Takpun guna daun dulu sebab nanti layu. Herbal paket ni aku guna kemudian je nanti bila dah habis daun.
___________________________________________________________________ 
8. Calming paste ni juga dikenali sebagai pilis. Dulu pun aku tak pakai pun pilis ni. Ni 1st time la kiranya nak guna ni. Dulu just sapu minyak panas je kat kepala ni. Kali ni pulak serbuk like. Habis la sepah2. Mr. Hubby jangan marah2 k kalau saya sepah2 merata tempat. Takpe, kalau ikutkan jadual tu seminggu sekali je.
___________________________________________________________________ 
9. Firming paste ni dalam bahasa pasarnya dipanggil tapel. Tapel ni digunakan untuk disapukan atas perut sebelum berbengkung. So dapat mempercepatkan proses kempis. Harap2 begitulah. Ni 1st time guna yang serbuk. Time Sofea dulu aku just guna Losyen Panas Dunia Herbs. Tak sepah2. Kesannya boleh la. Maybe kalau dah habis tapel ni, boleh ganti dengan losyen panas tu.
___________________________________________________________________ 
10. Bengkung Tanamera. Bengkung dulu dah ada dah. Maybe guna yang lama jela dulu. Sama je jenisnya. Ya Allah berikan kesabaran padaku untuk berbengkung siang dan malam complete 44 hari. Amin.
___________________________________________________________________     
11. Lulur Badan Herba - Kalau ikut jadual boleh gunakan scrub ni seminggu sekali. Cara guna, bancuh dengan 50ml air untuk sepeket. Lulurkan pada badan. Tunggu separuh kering dan boleh start proses melulur. Pastu mandi la macam biasa. Lulur ni untuk membuang sel-sel kulit mati dan mencantikkan kulit. Ye la kan, dah mengurut, berbengkung, mandi herba tu, lemak2 lebih dah hilang, kita lulur la pulak. 

YA Allah, sekali lagi berikanlah kesabaran dan kesungguhan dalam diri ini untuk melengkapkan proses penyembuhan diri selama 44 hari nanti. Amin. 

XOXO,
Mama Ema during counting days 

Wednesday, March 13, 2013

Makanan Ibu Sedang Berpantang Post-Natal


Kenapa perlu berpantang ye? Ni logik akal aku la kan, badan seorang wanita yang mengandung mengalami perubahan yang sangat2 besar dalam tempoh 10 bulan. Masuk pulak part bersalin, of course seorang wanita yang melahirkan anak akan mengalami kecederaan atau luka yang amat2 dalam di sekitar perut, rahim, dan ari2 yakni tempat keluarnya anak nanti sekiranya bersalin normal. 


Semestinya, badan seorang wanita yang melahirkan anak tidak akan kembali normal 100% seperti badan seorang wanita yang belum pernah mengalami kecederaan bersalin. Jadi adalah afdal, untuk kita pastikan kesihatan dan kecederaan yang telah dialami tersebut pulih sekurang-kurangnya 80-90%. So mesti yakin, dan tabah untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran agar kita sentiasa sihat dan mampu dan menjaga suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain pulak nanti. Insyaallah. 

So dalam memulihkan kecederaan tersebut, bersabarlah wahai semua wanita2 mulia yang telah melahirkan khalifah-khalifah Muslim di muka bumi Allah ini. Insyaallah setiap usaha dan kesabaran kita akan diberikan ganjaran yang baik dan setimpal oleh Allah SWT. Insyaallah. 

Pemilihan makanan yang betul semasa tempoh berpantang adalah sangat penting dalam memastikan proses pemulihan berjalan lancar. Tak boleh makan, makanan sejuk, berangin ni bagi mengelakkan sakit2 sendi dan tulang. Makanan yang bisa juga perlu dielakkan, bagi proses memulihkan kesan luka. Silap makan, proses pemulihan seminggu boleh jadi 2-3 bulan. Takmo..takmo. Banyak info juga aku baca elakkan makan ikan masin/kering, sebab akan menyebabkan darah nifas berbau dan cepat kering, maybe tak keluar habis kot.



Antara jenis-jenis lauk yang boleh dimakan oleh ibu-ibu yang berpantang adalah:  
(sumber: Google)

1. Ikan bilis – biasanya digoreng biasa atau pun dimasak sambal. tapi jangan terlalu pedas.
2. Ikan cencaru – biasanya dibakar untuk lebih sedap selain digoreng
3. Ikan haruan – lebih enak dibakar/ masak stim selain digoreng (jangan makan terlalu kerap ye, cukup 2-3 kali sahaja sepanjang tempoh berpantang, nanti kesan cantuman daging tak cantik)
4. Ikan siakap – masak stim
6. Ikan gelama – goreng
7. Ikan merah – masak sup
8. Ikan jenahak – goreng
9. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam
10. Ikan kerisi – goreng/ masak asam
11. Ikan kurau – goreng/ stim
12. Ikan kerapu – goreng/ stim
13. Ikan senangin – goreng/ masak asam
14. Ikan tenggiri – goreng/ masak asam
15. Sayur sawi – sup
16. Sayur bayam – tumis air
17. Sayur kailan – goreng/ tumis

18. Sayur brokoli - stim/sup
19. Halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
20. Daun pegaga – dicampur dalam masakkan/ dibuat jus – elok utk tambah air susu badan
21. Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang
22. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang
23. Ayam – dibuat sup atau dicampur dalam bubur



Antara resipi-resipi untuk lauk-pauk makanan ibu semasa berpantang:

NASI LEMUNI 
Bahan-bahannya :
Beras (bersihkan dan toskan)
Santan (sama banyak dengan beras) ~ kalau beras 1 cawan : santan pun 1 cawan jugak
Pucuk Daun lemuni (dikisar & tapiskan - ambil airnya)
Serai (diketuk)
Halia (dihiris)
Halba
Bawang merah (dikisar)
Garam sesedap rasa

**Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti beras.

**Kalau nak lagi wangi, boleh masukkan daun pandan.

Cara-caranya :
Macam masak nasi lemak juga caranya.
Yang paling mudah, Masukkan semua bahan di atas ke dalam rice cooker.dan masakkan.
atau,
Masukkan semua bahan kecuali beras ke dalam rice cooker. Masakkan sekejap hingga mendidih. Masukkan beras dan kacau biar sebati dengan bahan-bahan lain. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.

**Boleh makan dengan ikan bakar, atau sambal bilis.
**Daun lemuni merupakan herba tradisional org Melayu (pantai timur) khasiatnya utk melancarkan darah haid. Petua ini diambil dari makcik urut Ibu; untuk wanita yg sering mengalami senggugut, elok diminum air rebusan daun lemuni. InsyaAllah, berkesan.

_________________________________________________________________________________


AYAM MASAK KERING

Bahan-bahan:
 
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.
_________________________________________________________________________________ 

DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan. 

_________________________________________________________________________________ 

IKAN GORENG HALIA MUDA

parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2
Bawang besar di mayang

Ikan digoreng garing
Halia muda di hiris
Bawang besar di mayang
Tumbuk halia muda dan bawang besar
Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat)
Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur)

* sedap dimakan dengan nasi panas2.  

_________________________________________________________________________________

AYAM HALIA KUKUS

Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
Garam
sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan

Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas. 

_________________________________________________________________________________

HALIA MUDA GORENG

Halia muda dihiris nipis2, digoreng (deep fry) dlm minyak panas sehingga garing. Simpan dlm bekas kedap udara.

Err..takkan simpan je kot.. Makan ler dgn nasik! Tapi goreng le byk2, tiap kali makan, seronok bila ada something yg crunchy munchy dimakan bersama nasi & ikan selar. hehehe..
_________________________________________________________________________________
 

SUP SAYUR CAMPUR

Bahan2:

Cauliflower, carrot, brocolli, halia, ayam.. (grinded pepper-optional)

Tak perlu tumis bawang putih, rebus semuanya.. hehe.. Make sure brocolli di masukkan paling akhir takmau overcooked.
_________________________________________________________________________________  

AYAM PANGGANG

Bahan2: Ayam (seeloknya bahagian yg tak byk lemak), {halia, kunyit segar, bawang merah & putih, lada hitam- ditumbuk}

Cara: Perap ayam bersama bahan yg ditumbuk, bersama garam secukup rasa. Perap pada waktu pagi, panggang waktu tghhari. (boleh juga digoreng dgn minyak yg sedikit)
_________________________________________________________________________________
 

KERABU ULAM

Bahan2: Ulaman spt pegaga, serai kayu (daun salam), mengkudu dan daun cekur, {lada hitam, bwg merah, isi ikan selar panggang-ditumbuk bersama sehingga lumat}

Cara: Hiris nipis2 (jika suka) daun2 ulam (boleh campur jika suka), gaul bersama bahan yg ditumbuk. Jgn lupa garam secukup rasa. Boleh dibuat stok dan disimpan dlm peti ais.

Masa nak makan, gaul dgn nasi panas
.
_________________________________________________________________________________ 

Masih segar dalam ingatan, pengalaman berpantang buat pertama kalinya. Seksa betul. Asyik fikir preparation nak menjaga baby, sampai lupa preparation untuk diri sendiri. Actually saya mengharapkan mak dan MIL prepare what I should eat and what should I not. End up, aku yang stress haha.

Takpela, yang lepas biar lepas la kan. Pengalaman pertama always sweet and sour. So kali ni, perkara pertama aku buat, mengoogle makanan yang yes-yes atau no-no semasa berpantang nanti. Harap semuanya berjalan lancar dengan bantuan suami tercinta k nanti!

XOXO,
Mama Ema

Monday, March 11, 2013

My Wondermilk Day

Hepinya finally berpeluang dapat visit cafe Wondermilk ni. TEngok kat instagram, banyak betul gambar2 yang menggiurkan. So before bersalin ni, plan nak spend time dgn kawan2 kat sana, tapi tak kesampaian lagi. So pegi je dulu dgn hubby and my Sofea Raisha.

Location kat Uptown Damansara. So memang tempat jem, nak parking pun a bit susah sikit. Tapi dah dapat pegi sana berbaloi la, going through all of that.

Tgh tunggu papa parking kete

Depan Wondermilk: Serabai sebab baru bangun tido

Creative Dining Table..Mak idea!

Sofea enjoying her Strawberry Dream cupcake: RM4.50/pcs

Minty Lime Chiller RM8.90 - Very strong mint and soda, terpaksa minta tambah gula.

Nyummy!

Sofea, Papa and Aglio Olio (RM14.90)

Orang sakit makan, Aglio Olio ni ada rasa pedas2 sikit.

Kids Fish & Chips (RM10)
Beefsteak Sandwich RM12.90

Cupcake Prices

Sofea yg snapkan gamba ni. Mama at 36 weeks.

Marbeles kopi. RM10

Budak tak reti dok diam kat belakang tu
Weekdays, so takde la ramai orang sgt.

Lola Cake (RM15-RM90)

Lola Cake RM70/box

The Cupcakes RM4.50/pcs

Ingatkan kopi tadi. No meja rupanya.

Prepack cupcakes: 36pcs RM70

One happy father

Lola Cake for aunty Leli

The Cuppawonder of wondermilk. Drink More Milk!
Overall, we are satisfied customer. Makanan kat sana, boleh la dengan harganya. Memang sedap pun, tapi ala2 makan kat starbucks, nothing heavy. Cewah, sebab tadak nasi kot yang aku kata tak heavy. Tapi serius yang aku makan kenyang tu.

Cafe ni memang lain dari yang lain. Rasanya owner pun malay. Staff semua Malay. Kalau 1st timer nak dine-in, kafe ni self service ye. So takde la yang datang amik order di meja tu. Menu dia pulak, memang takde gamba, so mmg kena ada high imagination masa nak order tu. Anyway, the food and the cakes is sedap!

XOXO,
Mama Ema yang gembira sebab kena bawak pi Wondermilk.