Persediaan Kelahiran Yang Kedua

Seriously, kali ini mama rasa berbeza sangat dengan persediaan mama buat pertama kalinya nak sambut baby. Mestilah, anak pertama apa pun tarak, semua kena beli baru. Bagi baby yang kedua pula, most barang2 kakak sofea still in tip top condition. So tinggal lagi nak keluarkan dan bersihkan.

Agak blur2 asap gak le memikirkan barang apa nak tambah bagi menyambut kelahiran yang kedua. Officially I am in 35 weeks now, and going to be 36 weeks which is equal to 9 Months. Alhamdulillah, good job ema, surviving until now.

1st of all, apa yang aku buat, aku keluarkan semua baju2 lama Sofea, beg2, hadiah2 yang belum buka pun ada. Apa la mama Ema ni. Bukan tak menghargai, sayang la pulak. Contohnya dapat 5 buah hadiah beg. Takkan nak buka semua kan. So simpan la untuk yang kedua kalinya. Hehe. Pastu start la kerja sorting, Newborn, 3-6 Months, 6-9 Months, 12 Months above. So aku just amik yang newborn dan 3-6 months dulu asingkan untuk cleanup. Nak basuh semua sekali tak terdaya la pulak. Pastu lagi satu aku pun asingkan gak all those yang sgt2 girlish and those skirts. Aku just cleanup yang warna-warna dan corak2 am dulu. Hehe.

Boots and Mittens, Barut, Topi, Sapu tangan, Lampin/Muslins semuanya still ok. Cumanya perlu sedikit tambahan boots & mittens, sebab banyak dah longgar2.

So my checklist barang baru untuk 2nd baby:
1. Boots and Mitten - 4 pasang
2. Topi baru - 1 (Topi Sofea banyak, tapi nak gak baru 1)
3. Lampin/Muslins - 1 set
4. Baju Newborn - 4 pasang ( Sempena nak sambut orang baru)
5. Selimut/Bedung baby - 1 Set
6. Minyak Telon - 1 botol
7. Almari baju baby - 1
8. Set mandian baby - 1 set
9. Set sarung bantal - 1 set
10. Pampers Newborn
11. Breastfeeding Gear - Breast Pump, Cooler Bag, Ice Pack ( Terpaksa beli baru, yang lama dah ...)
12. Baby Wipes - 2 pek
13. Botol Susu - Masih dalam pertimbangan, sebab kat rumah banyak botol tapi tak guna.

Rasanya thats all setakat ini, kalau apa2 tak cukup cari je nanti kan. Papa kan ada.

My checklist for me delivering 2nd baby:
1. Set Bersalin
2. Maternity Pad
3. Breast Pad
4. Nursing Blouse
5. Resipi makanan berpantang nanti.
6. Toiletries + Lactacyd
7. Kain batik
8. Tungku
9. Booking Urut Lady
10. Bengkung
11. Nursing Inners
12. Stokin
13. Schedule masa berpantang (haha-layan je la)

Yang ini saja la yang sempat ku ingat buat masa ini. Harap2 semua nya akan berjalan lancar semasa kelahiran dan tempoh berpantang 44hari nanti.



XOXO,
Mama Ema

Comments

Popular Posts