Pages, Contacts, Travel

Sunday, June 13, 2010

My Precious Organizer

Actually dah lama berhasrat nak mengemas and re-org everything...so sempena dapat rumah baru ni bolelah kiranya memulakan azam baru untuk susun atur balik all my stuff. Sebenarnya my hubby pun dah bising, pasal handbag and all my shoes berteraburan kat bilik dan dalam bilik kecil tu (stor). Hehe...memang kalau direnung-renungkan sayangnya semua barang-barang ku...especially my shoes and handbags.

Sebab dah disorganised, berterabur, tak ingat apa yang ada, apa yang takde...so selalunya akan pakai je satu je kasut...sampai la tak boleh nak pakai lagi..baru cari yg lain...punggah2 rupanya..wow...saya ada banyak kasut yang cantik rupanya...tapi yang paling menyayat hati...bila punggah2...huhu...kasutku yang baru pakai 2 kali dah rosak..kena makan lipas...sayangnya...! Tapi selalunya akan rasa takde kasut la...dan pi cari je yang lain. zaman gawat2 ni tak membazir ke kalau gitukan....

Actually I am a shoe and handbag 'shopper' lover. macam hubby I cakap tahu beli je, simpan tak pandai. takdela sampai berton koleksi...tapi adalah...walaupun yang sikit-sikit dan tak berapa nak mahal tu...I treasures everything. Bila la dapat nak susun-atur balik my stuff ni..*sigh*..again.

2,3 hari ni kat hospital, while surfing..terfikirla nak cari pasal organizer ni. wow....banyak jugakla jenis organizer yang dapat..sangat teruja, dan tak sabar untuk susun balik all my stuff. Sebenarnya I am looking for the least cost organizer, simple, dan paling penting praktikal.

While surfing I came across with these:

Shoe Organizer
Style A
Style A: Praktikal dan jimat ruang. Boleh letak banyak kasut indoors.Tapi yang ni kekurangannya, kasut akan berhabuk sekiranya lama tidak digunakan.

Style B

Style B: Still praktikal dan dapat jimatkan ruang. Selain tu, dapat pamerkan semua jenis kasut yang ada. Tapi rasanya ni lebih sesuai untuk kasut lelaki, dan untuk kasut yang selalu nak dipakai sebab tak banyak sangat kasut yang bole letak.


Style C

Style C: Kotak lutsinar. Praktikal, Kasut tidak berhabuk, See-through Storage, Sesuai untuk kasut yang agak mahal dan bernilai. Kekurangan: Agak mahal, tapi berbaloi la.


Handbag Organizer
Style A

Style A: Senang nak digantung dalam almari, ada cover plastik.Masalahnya almari I pun dah penuh tak de tempat nak gantung benda ni lagi. Beg kecil boleh la, kalau tak penyek nanti dalam plastik tu.


Style B
Style B: I seem to love this one. Boleh letak all kind of sizes bag. Tapi mana nak cari ni..Masa surfing, ada tips yang mengesyorkan better to keep your handbag standing than sitting. Untuk jaga struktur bag. Lagi bagus kalau letak benda dalam tu, i.e. plastik ke kertas ke..supaya struktur beg sentiasa OK.


Style C

Style C: Kotak kadbod keras..Rasanya benda ni kat Jusco boleh dapat. Nampak kemas. Kalau simpan dalam almari sure takde habuk. Tapi kena cari saiz yang bersesuaian. My beg mcm2 saiz pun ada.


Purse Organizer

Masa surfing for bag and shoe organizer terjumpa la benda ni. Praktikal la. I think for my case, tak bape kritikal..but for my mum...sangat2 lah kritikal keadaannya..mmg emergency memerlukan benda ni.
Isi sahaja barang di dalam compartment yang ada. Kemudian masukkan ke dalam bag. Kalau macam ni nak tukar bag selalu pun tiada masalah.


Sangat praktikal kan? I am eyeing this item:


So cute right? warnya cantik, ada zip, so barang pun tak akan jatuh...boleh guna untuk semua jenis bag. Nama benda ni BOV. Ada mcm2 saiz.S-L. Harga pun lain2. Ada juga jenis yang boleh reversible. Tapi yang ini tak boleh sebab ada zip.
Dear Mr. Hubby, alangkah bahagianya hidup sekiranya u dapat support I untuk dapatkan all these item untuk investment jangka panjang... ;)

Untuk makluman lanjut mengenai produk boleh layari web berikut:

Yang selainnya, saya google je randomly.



Friday, June 11, 2010

Accompanying Sofea @ Hospital

Kesian baby mama. Akhirnya kena admitted ward. Sofea start demam since last Saturday 5 Jun. Malam tu panas je badan..esoknya bawak ke klinik...dan start medication. 2 Hari mama on leave, taking care of Sofea..the 4th day, demam dah Ok...So little Sofea kena la pi skolah...half day je, since papa pun half day on that day.

Malam tu, demam Sofea dtg balik...and this time, Sofea batuk teruk...dan muntah2...I Suspected kahak kat dala. Risau, sebab kahak ni la puncanya baby asthma.

The next day, pegi lagi klinik and this time minta dr refer paed. Sofea was referred to Dr Mahani at KPJ Kajang. Tak dapat nak comment banyak..1st time dgn dia.

Sofea was dripped, sebab tak menyusu the whole night, kencing pun kurang. ALhamdulillah lepas, half a bottle punya drip, demam dah beransur hilang....pampers pun dah filled with bahan kumuh Sofea.

1st time ever, Sofea kena amik gas. The gas is to clear up her lung...Paru2 Sofea tertutup sebab banyak kahak. Thats make her uncomfortable to breath and nasal blockage. Alhamdulillah, lepas amik gas...Sofea dah start menyusu dan dapat tido...anak mama ni kan kuat tido..kesian Sofea.

This morning 2nd time Sofea pegi Fisio. tepuk kiri, tepuk kanan, tepuk belakang..and suction through her nose and mouth..memang nampak seksa...Sofea nangis, tapi kekadang senyap je. Mungkin rasa lega, hingus dan kahak dah kena sedut keluar.

Sofea is still sleeping. Qhada tidur rasanya anak mama ni...lama betul dia tido..mama je pulak yang tak boleh nak tido, walapun sebenarnya mmg dah keletihan..sebab tido tak cukup dan tak betul.Plus pulak, angin senggugut dah tiba. Lega hati mama. Sori ye papa, have to cope with angin mama 2 minggu ni.hehe.

Love Papa and Sofea....XOXO

Saturday, June 5, 2010

Freedom Flotilla, Mavi Marmara & Rachel Corrie

Kekecohan di Genting Gaza tak pernah-pernah surut. Kekejaman rejim zionis semakin menjadi-jadi. Baru-baru ni misi bantuan kemanusiaan telah diusahakan oleh pihak2 yang prihatin atas kejadian yang tak pernah henti-henti menimpa rakyat Palestin.  Usaha murni tersebut, telah menjadi tajuk utama akhbar-akhbar hari ini, apabila sekali lagi rejim zionis membuat tindakan kejam bagi menghalang usaha bantuan kemanusiaan tersebut.

Pada tanggal 31 Mei 2010, satu lagi titik hitam telah dibuat oleh rejim zionis apabila komando Israel telah menyerang dan menwan misi Freedom Flotilla kapal Mavi Marmara untuk menghantar barang-barang dan makanan untuk membantu rakyat di Gaza. 7 orang aktivis Turki telah ditembak mati, manakala 40 aktivis lain tercedara. Terdapat 12 orang rakyat Malaysia yang turut bersama-sama menyertai misi tersebut. Alhamdulillah, mereka telah diselamatkan dan ditempatkan di Jordan. YB Menteri Luar sendiri telah menjemput wakil Malaysia tersebut di Jordan, dan untuk mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Jordan.

Terkini, Kapal Rachel Corrie, yang telah dinamakan sempena aktivis US yang telah dilanggar dengan bulddozer Israel semasa berada di Palestin, sekali lagi memulakan pelayaran untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza. Kali ini, misi kapal Ireland tersebut disertai oleh, ahli Parlimen, bekas Ketua Setiausaha UN, peguam dan juga 12 orang rakyat Malaysia. Mengikut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Israel, tiada kapal yang berjaya sampai ke Gaza. Pihak Israel telah menggambarkan bantuan yang disalurkan ini akan turut menyalurkan bantuan ketenteraan dan juga senjata kepada Palestin dan merupakan ancaman kepada rejim tersebut.

Pada 26 Mei 2010 lalu, Presiden Palestin diiringi Menteri dan Pegawai Kanan Kerajaannya telah membuat lawatan kerja ke Malaysia. Lawatan ini adalah untuk membincangkan berkenaan hubungan antara kedua buah negara dan juga isu yang sekian lama membelenggu rakyat Palestin.

Semua rakyat Malaysia sentiasa memanjangkan doa untuk keselamatan rakyat Palestin dan tidak lupa kepada misi bantuan kemanusiaan yang sedang berjuang untuk menghantar bantuan kepada mereka. Wallahualam.