Pages, Contacts, Travel

Thursday, June 19, 2014

Blended


Macam best je citer ni...nak pi tengok!
My 2 faves in one story.

XOXO,
Ema

Penutup Botol Coca-Cola


Super kreatif kan? The bubbles definitely would do that.

XOXO,
Ema

Tuesday, June 17, 2014

PVR Astro RM50


Hari ini nak share kisah kami dengan PVR. Especially me, bila dah ada dua orang anak masa dengan tv adalah amat terhad. Cumanya recently bila berjauhan dengan anak2 suddenly TV adalah satu harta yang penting di rumah.

Selalunya terkejar2 balik nak tengok cerita yang memang saya follow. Malam-malam tak payah keluar pi mana-mana, nak tengok perkembangan episod yang latest. Memang astro ada ulangan tapi tak kena timing la kan.

Tapi baru-baru ini bila dapat offer PVR dengan one time cost RM50. Apa salahnya kan? Dapat dekoder yang baru dapat rekod cerita. Wowee.

So memang rekod siap-siap la cerita yang ada, especially yang bersiri.

Tapi ada juga la cerita yang tak dapat direkod. Ada sekali pernah cuba rekod cerita yang dibeli dalam Astro First. Dalam tempoh masa tu, memang boleh view, tapi lepas habis tempoh masa yang diberikan, yang direkod pun tak dapat tengok. Huhu.

Tapi okla, eversince takde la ketinggalan cerita-cerita yang kita set nak tengok. Takdela rasa membazir sangat bayar astro, sebab still dapat tengok cerita yang terlepas. Boleh ulang-ulang lagi.

Rupa Dekoder PVR yang baru


XOXO,
Ema


DIY Lamb Chop Dinner At Home aka Lamb Chop Segera

Lamb Chop
Actually takde la DIY mana pun, cuma kami makan lamb chop kat rumah instead dine outside. :)
Bila dah ada anak, tambah2 yang baru nak start berjalan amatlah mencabar sebagai parent nak menikmati makanan yang sedap2 kat luar. Mana nak layan anak yang baru excited berjalan, ronda sana sini. Nak makan, lagi2 la nak menikmati. Fuh amatlah mencabar dan juga menguji kesabaran. Tapi Alhamdulillah bersyukur dengan kurniaan Ilahi.

So end up, daripada saya dan husband stress kat luar, rasa macam tak berbaloi je bayar mahal2 tapi tak dapat nak enjoy. Baiklah kami usaha lebih sikit, prepare one good dinner at home. So nak makan pukul berapa, nak makan macam mana, dress up macam mana pun suka2 hatilah. Hehe, lagi satu actually nak celebrate special day juga ni. Kalau takde idea nak celebrate mana-mana boleh la buat sendiri kat rumah. Insyaallah, bertambah istimewa bila dapat sediakan bersama, dan nikmati the good food bersama-sama juga.

Haha, kebetulan pulak, kawan seofis offer kawannya ada jual frozen lamb chop. Apa lagi, beli je lah. Dah lama nak merasa frozen lamb chop yang dah diperap tu. Masak sendiri kat rumah. So cuba je la.

Lamb Chop ni berjenama D'Apple, tak silap harga dalam RM10. Dalam tu ada 1 slice of lamb chop, fries dan sos untuk lamb chop. Cara masak senang je, terus je letak atas grill (kami guna pemanggang ajaib). Goreng Fries dan panaskan sos. Carrot and Brocolli tambahan sendiri, celur je dalam air panas letak garam sikit. Wallah, macam kat restoran kan. :) TQ la Mr. Chef, tolong grillkan the lamb chop. Sedaap sangat.



XOXO,
Ema

Tuesday, June 10, 2014

Convert Dokumen MS Word kepada PDF dan Letakkan Password

Dokumen MS Word save as type PDF -> option -> PDF Option -> Thick encrypt the doc with a password -> keluar prompt minta letak password nanti.

Klik OK.

Nota: Saya guna MS Office 2013.

Kalau Dokumen PDF nak letak password boleh gunakan Primo PDF.

Kalau gunakan Adobe Reader 9:

Figure 1
Find the lock icon in the Tasks toolbar.
Figure 2
Select Encrypt with Password from the pull-down menu.
Figure 3
Select Require a password to open the document and enter your preferred password.
Figure 4
You can also set permissions to restrict printing, editing or document changes.

Figure 4
And finally, confirm your password(s) and click OK.

Monday, June 2, 2014

Cara Upload Video Dalam iPad

1. Kena ada ipad.
2. Kena ada komputer.
3. Kena ada fail berbentuk video yang disokong oleh iPad. (H.264, MPEG-4, and M-JPEG). Boleh guna YTD (YouTube Downloader) untuk download video dan convert video.

YTD
4. Install iTunes dalam komputer.
5. Attached iPad dan komputer.
6. Drag the movie file onto the upper left part of the iTunes window, where it says “”LIBRARY.” The movie will copy to the Movies area of iTunes.

7. Select your iPad from the sidebar menu. You will now see an options screen for your iPad.
8. Click the “Movies” tab near the top of the screen, and check the box next to “Sync movies.”
9. Click “Sync” on the main screen to sync your iPad. The movie you dragged into iTunes will now sync to the iPad.

Cara nak masukkan video melalui wifi/3G (wireless) boleh refer ini transfer wireless

Selamat Mencuba!

XOXO,
Ema

Interview Kursus COTI Korea

Tarikh interview: 27 Mei 2014
Masa Interview: 11.00am
Masa Daftar: 8.15am
Tempat Interview: Bilik Temuduga SPP
Jumlah Pegawai Hadir Temuduga: 50+ pegawai pelbagai skim perkhidmatan
Difahamkan, hari sebelum pun dah ada sesi temuduga pagi dan petang

Temuduga secara berkumpulan - 4 orang
Panel temuduga - 2 orang

Soalan Interview
1. Perkenalkan diri dalam bahasa inggeris dan inform mengenai kursus COTI
2. Hobi
3. Expectation jika terpilih
4. Perkara apa yang ingin dilihat di Korea sekiranya terpilih
5. Perkara yang ingin diimplimentasikan/ditambahbaik di pejabat
6. Aktiviti luar pejabat

Panel inform peserta mesti fit sebab banyak aktiviti luar seperti daki gunung, berbasikal
perjalanan di Korea banyak menggunakan pengangkutan awam
pengalaman dengan family angkat

7. panel tanya sekiranya family angkat ajak buat aktiviti yang tidak sesuai cth pergi public bath, apa respon peserta?
8. Perkara apa yang akan dibawa ke Korea jika terpilih nanti
9. Di korea ramai yang tidak pandai berbahasa inggeris, bagaimana mahu berinteraksi jika mengalami masalah?

Panel temuduga kami rupanya adalah bekas peserta COTI. Beliau turut berkongsi pengalaman ketika berkursus di Korea. Katanya flight malam, sampai awal pagi terus dapat task ala-ala runningman untuk cari barang. Maka memang agak blur dan terkial-kial sebab 1st time nak berinteraksi dengan warga Korea.

Katanya hari kedua, terus dibawa ke pejabat-pejabat Kerajaan, kilang-kilang gergasi di Korea untuk knowledge sharing. Kemudian diserahkan kepada keluarga angkat selama 3 hari untuk aktiviti bersama mereka.

Lepas itu, aktiviti daki gunung. Sebelum hari tersebut peserta akan diberikan duit untuk persediaan barang-barang untuk mendaki. Bila mendaki pun banyak aktiviti di antara pendakian. Peserta memang kena betul-betul fit untuk aktiviti tersebut. Tambahan pula kursus tahun 2014 pada bulan oktober. Musim Autumn. Sejuk tu. Tarikh kursus tahun ini adalah pada 19 Oktober hingga 1 November 2014.

Overall interview adalah sangat positif. Panel pun ok sangat. Salah seorang pegawai yang ditemuduga katanya ini adalah kali ketujuh beliau hadiri temuduga COTI. very high spirited man right. Tapi panel pun did inform, mereka did interview, tapi keputusan akhir masih dengan JPA. So berdoa banyak2 agar rezeki berkursus di Korea luas terbuka tahun ini.

Harapan kami semua dapat lah bersama-sama sertai kursus pada tahun ini. Nasib baik tak suruh buat persembahan. Haha. i did prepare something. Sempat juga le share. Harap dapat curi perhatian the panels ;)

XOXO,
Ema