Play Room, Nap Room, Baby Room, Confinement Room Ep. 2
Boleh pulak ada episod ye. Ni kira update daripada entry yang sebelum ini Play Room, Nap Room, Baby Room, Confinement Room.
Lepas visit ke IKEA minggu lepas, banyak pulak le barang yang takde. Yang on sale, mostly dah sold out. Ramai yang complaint pasal stock run-out. Setakat beberapa unit buat sale, baik tak payah kan. Contohnya MALM Chest Drawer RM99 tu, bila tanya pekerja kat situ, katanya 15 minit je dah sold out. Huhu. So terpaksa la tukar ke Plan B.
Aneboda RM199 |
Bumper Pad RM49.90 |
Quilt Cover/Pillow Case RM39.90 |
LENDA RM69 |
RACKA Curtain Rod RM9.90 |
Betydlig RM6.90 |
Disebabkan pada mulanya nak gunakan MALM Chest drawer letak perkakasan baby, pastu angan2 nak buat changing table. Tak dapat la..sebab chest drawer dah sold out. So Plan B, just grab Aneboda Wardrobe untuk gantikan tempat simpan baju Kakak Sofea dan Chest Drawer Sofea ditukar hak milik untuk adik Sofea. Dan lokasinya dikekalkan di tempat asl. Berat woo, almari2 tu nak baik naik turun tangga kat rumah tu. Nasib baik ada super dad. tu pun dia dah surrender nak ubah lagi.
Banyak2 benda aku suka sangat dengan rod langsir tu, murah dan very2 praktikal. Dah la boleh laras ikut kepanjangan yang bersesuaian. Murah pulak tu. Memang sangat praktikal. Nak pasang pun senang sangat. Tak payah la susah payah cabut dan pasang besi langsir, yang selalu tak cukup. Huhu. Thanks pa tolong mama pasangkan ye.
Awalnya nak beli curtain kat textiles kids, tapi kain kat situ semua agak nipis, so kena double layered pulak. Pastu kaler pun memang meriah pulak yang tebal sikit tu. Yang saiz besar, semuanya RM89. So kami pun meronda kat bahagian textiles rumah pula. Tetiba jumpa LENDA curtains. Kainnya tebal, ada 2 jenis warna. Putih dan brown. So lepas discuss ngan papa, kami decide white, sebab konsep bilik pun whitish. Ni pun aku suka gak, langsirnya besar, senang pasang, murah.
Ok, so far so good. At 38 weeks today, before papa start off new job. Dah setel dah my Play Room, Nap Room, Baby Room, Confinement Room.. yeay!!
Hasilnya tara!
Tak sabar nak guna "my room" ni ;) |
XOXO,
Mama Ema at 38 Weeks
Comments
Post a Comment