Pages, Contacts, Travel

Friday, December 21, 2012

PANDORA

Branch Alamanda oledi open..nak yang ni boleh tak? please...

XOXO,
Mama Ema.

Treasure Hunt ERL

Last week..tetiba mr husband invite join group treasure hunt beliau. Wah..boleh ke my condition ni join in??

Tapi mr hubby cakap..dok dlm keta je..sebabnye treasure hunt ni bermula dr ofisnya ke melaka..wah..excited la. Dapat berjalan sambil mencari harta karun. So sebab sekereta 4 org..maka turut serta sekali adalah bos beliau dan ofismate.

Mulanya mcm nak tggal kakak sofea dgn bbsitter..but suddenly mr hubby ckp mcm tak meriah pulak sofea takde..so bertambah lah ahli kumpulan kami.

Overall ada 8 stop. Bermula di nilai 3 sampailah ke mitc melaka. Stop yg ke 6..stop yg mana kami kena drop harta karun kami d rumah anak yatim Payasum. Yg bestnya treasure hunt ni adalah berkonsepkan brg dapur. So setelah penat perah otak berfikir dapatlah kami bawang besar, putih, minyak masak, gula, garam..semua harta2 ni perlu diserahkan ke rumah anak yatim di Payasum. So plus point lagi dapat dlm program ni..berjalan,hunting sambil menderma! Alhamdulillah.

Tapi kat Payasum ni agak sunyi sepi masa kami sampai..rupanya semua anak yatim balik ke rumah waris msg2 sbb cuti sekolah..so tak dpt la beramah mesra.

Seronoknya lagi treasure hunt kali ni 90% soalan dapat kami selesaikan..woohoo.. tapi walaupun bnyk yg betul..still kami dpt 6th place dr 47 group.

Since ceo erl ckp its going to b annual program..insyaallah next year nak join lagi..harap2 boleh dpt better number.

Anyway, thx ye papa ajak mama join sekali..i really had fun..sampai tak dpt berkata-kata kepenatan petang tu.

Sunday, December 16, 2012

Bahagia & Membahagiakan - Prof. Dr Muhaya


Upon google around, terjumpa dengan satu blog ni dan review pasal kursus anjuran YBhg Prof Dr Muhaya. So inspiring. Rasa macam teringin pulak nak attend one of the course especially yang berkaitan dengan keluarga. Worth reading. So enjoy and happy paractise..

XOXO,
Ema.

Tuesday, December 11, 2012

The Best Father Ever - Abah

Thank you abah for being the most wonderful dad to all of kami 6 beradik. Abah sangat2 la sporting..and very2 supportive to all of us. Apa2 benda yang kami nak buat..(kalau yg ok dan murni la ye) for sure we will get 100% support dari abah. Kadang2 tu mcm tak percaya betul ke abah setuju ni...kadang2 rasa macam tak mencabar la pulak..mengada sungguh kan..

Ingat lagi dulu masa darjah 6 minta abah nak outing dgn kawan2..ala bukan pi mana pun makan kfc pastu pi la ronda2 kat supermarket nola tu..minta kat mak confirm tak dapat..abah bole on lak..siap kasi duit belanja lagi..

Pastu bila dah habis study minta nak kawin pulak..ingatkan kena marah..dia ok je. Abah memang cool la as a father. 

Pastu ingat lagi masa kecik2 aku selalu tanya abah macam2 pasal pelbagai benda..dan yg magicnya abah ada satisfaction answer untuk semua soalan pulak tu.. abah mmg super dad!
Kami 6 beradik bertuah sgt dapat abah yang macam abah. Sesungguhnya abah kami semua sangat sayangkan abah dan hanya tuhan saja dapat membalas apa yg abah telah berikan pada kami semua..

Nota: Insyaallah, kami semua cuba untuk tidak mempersiakan kepercayaan abah kepada kami. Amin.

Love u abah,
Ema

Mama vs Upin & Ipin

Recently sofea sangat addicted dengan upin&ipin. For me..satu dua episod ok..tapi kalau dah asyik ulang banyak kali that is something not healthy..geram. kalau dah tgk upin dan ipin..wah..semuanya dibuat nya tak endah. Ada satu hari ni..mama cakap sofea ni asyik tgk upin&ipin je..kenal lg tak mama ni..dia senyum2..mestila mama. 

Salah kitaorang gak..recent trip to jakarta..kononnya takut sofea boring, papa pun download la cerita upin&ipin. Bukan satu ada 10 semuanya.. sebelum ni sofea cuma tgk dalam youtube..bila dah asyik loading tu dia pun boring dan buka benda lain. Kali ni lancar je kan sebab download..mmg tak lepas le.

Sekarang ni mama telah mengisytiharkan perang dengan upin&ipin dengan rasminya. Really have to do something with this!!

Xoxo,
Mama sofea
Tengok tu nak posing still dengan Upin & Ipin
Konvo uncle Jejan pun diumpan dengan Upin & Ipin
Nak main bowling pun still dengan kawan baik nya
Still bz..bz..
Buat-buat tido bila mama suruh senyum..sbb bz dgn best fren

Saturday, December 8, 2012

Cerita Keluarga

Keluarga ada macam2 jenis keluarga. Yang miskin tapi bahagia..yg kaya raya tapi porak peranda. Yang nampak bahagia tapi menangis dalam hati. Yang tak bercampur dgn orang tapi bahagia in their own world. Tapi rasanya the heart of d family is the parent itself. Mcm mana didikan dan kelakuan mak bapa begitulah bentukan dan didikan ke atas sesebuah keluarga. 

Masa anak2kecil..yes the parent has full control tapi bila dah makin besar anak2 dah pandai cari haluan sendiri. Kalau mak bapa tak main peranan yang betul dan sesuai semasa pencarian haluan hidup anak2 akan mudah sesat dan hilang arah tujuan. Confuse. Tujuan yg murni akan berubah arah. Ibu bapa yg terlalu mendesak dan berharap akan memberikan tekanan yg hebat pd anak2. Setiap anak2 dan ibu bapa mahukan kasih sayang yg erat sesama sendiri. Akan tetapi bila tak dapat menanggung pressure yg hebat dr ibu bapa..akan banyaklah lahirnya cerita2 dongeng, tipu ditipu, banyak pihak.

Ibu bapa juga memainkan peranan yg penting memastikan anak2 sentiasa mempunyai ikatan kasih yang erat sesama sendiri. Brotherhood bondship yg kuat. Tiada perasaan dengki, jeles sesama sendiri, mahu jatuhkan adik beradik lain. Masyaallah jauhkanlah sifat2 ini sesama adik beradik. 

Peranan ibu bapa amatlah memainkan peranan yg penting dalam membentuk sahsiah keluarga yg harmoni. Mudah-mudahan semua keluarga di dunia ini sentiasa mempunyai bonding yg hebat.
Cerita ini diinspirasikan setelah menonton cerita Everybody's Fine.



XOXO,
Ema

Friday, December 7, 2012

Selamat Berkonvokasi Adikku

Akhirnya habis juga pengajian salah seorang adikku. Rasa mcm dah lama sgt adik yg sorang ni study..meninggalkan keluarga.

Tibalah masa pula menaburkan bakti pada keluarga dan negara. Aminn..

Alhamdulillah..dapat juga kami separuh keluarga pergi meraikan majlis angkat sumpah kedoktorannya di jakarta pada 29 Nov 2012. Bila dapat tahu ada majlis graduasi terdetik dalam hati nak pi..sebabnya sepanjang tempoh pengajiannya d jakarta takdela kakak yg sorang ni sibuk2 p melawat..so apa salahnya kan sama2 memeriahkan majlis. Lagi yang bestnya mak dan abah pun dapat bersama2 meraikan kegembiraan anak lelaki yg kedua ini. 

Kami pergi simple2 je. Itinerary pun ikut suka hati je. Niat d hati takdela nak bersoping sakan (cewah). Memandangkan keadaan diri ini dan anak kecil pulak.. malas juga nak jalan jauh sampai ke Bandung. Sakit pinggang woo. 

Disebabkan planning suka2 hati, sampai juga kami di Bandung, Tanah Abang, Central Park..hancur poket!

Cerita balik pasal hari angkat sumpah kedoktoran..memang sangat lama. Dari jam 8am sampai 3pm. Dewan konvo sederhana je..tapi majlisnya penuh dengan drama..ala2 teater. Ada menyanyi..deklamasi puisi..ceramah keagamaan. Penuh dgn pengisian. Sampaikan mak asik nangis je sepanjang majlis. Terharu. Lagi2 pulak Rizal represent pelajar malaysia memberikan ucapan di atas pentas..*clap..clap.

Seharian kat kampus..dah agak penat..so balik hotel dan tido. Malam pulak sambung jalan lagi. Ok, kalau rajin nanti sambung cerita shopping pulak ;)

XOXO,
Ema

Dengan lecturer - Dr Ingrid

Proud parents

Para Doktor Baru





Wednesday, November 21, 2012

Teater Tun Siti Hasmah

Semasa pementasan Teater Tun Siti Hasmah (TTSH), entah kenapa, tak pernah-pernah ke Istana Budaya (IB) melonjak-lonjak pulak hati nak ke sana sama-sama memeriahkan TTSH.

Biasalah kan, everything happen now, the blame is on the hormone. Pementasan tu cuma 2 minggu, nasib baik ada rezeki, berpeluang gak pi tengok walaupun nyaris2 tak dapat pi sana. Lagi-lagi yang hepi sebab dapat bawak mak dan abah sekali bersama-sama pergi menonton TTSH. Ni lah kali pertama buat kami semua pi menonton teater di IB.

Last week kebetulan mak dan abah dah ada di rumah, terus je beli tiket online untuk menonton pada hari Jumaat jam 8.30 malam. Nasib baik, minggu lepas adalah minggu cuti, so jalan memang tak jem. Sempat lagi kami makan Char Koey Teow kat belakang Istana Budaya. Boleh tahan lerr..

By 8.20pm kami dah ambil tempat kat dalam teater. 8.30pm tepat, show pun bermula. Inilah 1st time tengok Lisa Surihani, Nazim Othman, Eja beraksi live depan mata. Memang not bad at all la..puas hati dapat tengok TTSH. TTSH menceritakan cerita yang kita tak pernah tahu pun apa yang yang Tun Hasmah alami sebagai isteri bekas PM yang telah berkhidmat lebih 20 tahun. Tun Hasmah sebenarnya tidak kurang hebatnya, beliau adalah doktor Melayu wanita yang kedua di Malaysia. TTSH menceritakan kisah hidup beliau sejak zaman remanjanya apabila beliau menuntut di Universiti di Singapura, sehinggalah detik YBhg Tun Che Det letak jawatan pada tahun 2002. Tun Hasmah adalah seorang wanita berpengaruh yang sangat low profile. Jadi tak banyak cerita tentang beliau di media massa semasa pemerintahan Tun. Sedikit sebanyak tahulah kita apa yang telah dialami oleh Tun Hasmah sepanjang menemani Tun Che Det sepanjang karier beliau sebagai PM sehinggalah sekarang. Ikutkan memang banyak part yang tak dipaparkan, tapi apalah sangat nak ditunjukkan dalam tempoh 2 jam berbanding puluhan tahun Tun Hasmah bersama-sama dengan Che Det. Apa pun tahniah kepada Erma Fatima sebab dapat mengongsikan highlight hidup Tun Hasmah kepada semua penonton. Dengar kata pementasan ini akan dibuat di layar perak pula. Mesti lagi mantap..

Actually, kepada sesiapa yang berminat nak menonton pementasan dah pun berkahir 19 Nov yang lepas. tunggu keluar di cinema la pula ye.

Berpeluang gak ajak mak dan abah join sekali

Thanks laling

Mek kecik ni tak bole masuk so stay dengan Cik Su dan Uncle Jejan

Luv,
Mama Ema.



5 Bulan..OMG!

Syukur alhamdulillah.. dah masuk 21 minggu hari ini. Maksudnya dah 5 bulan 1 minggu. Sekejap je masa berlalu rasanya. Rasa macam baru je tahu Sofea nak dapat adik. Tup..tup tinggal lagi 4 bulan je adik Sofea bakal dilahirkan....OMG. Sangat berdebar, walaupun ini bukan pertama kali..tapi untuk merasai pengalaman yang pertama kalinya berlaku semula...fuhh...sangat berdebar ok. Ya Allah, permudahkanlah segala-galanya buat diriku dan anakku nanti bila tiba masanya.

Dalam tempoh 5 bulan ini, nak kata feel pregnancy ni kuat sangat tak macam yang the 1st one. Mungkin sebab dah pernah, mungkinlah....Ataupun mungkinkah sebab berlainan jenis pregnancy. ???

Buat kali ini, sepertimana perjanjian dengan papa Sofea, kami telah bersetuju untuk bersama-sama sekali lagi menjadikan pengalaman pregnancy kali kedua ini sebagai salah satu memori terindah kami. Tapi ever since...hmm terindah, terpahit, tersedih, tergembira..semua pun lah dah ada. Baru je 5 bulan ye. But Insyaallah, di masa depan mungkin kami berdua akan tertawa bersama kot mengenangkan kembali apa dah dilalui kami dalam tempoh ini.

Kakak Sofea sangatlah supportive to mummy, eventhough kadangkala kerapkali membuat mummynya stress. Tapi mama cuba ye kakak Yaya menenangkan diri setenang yang mungkin. Sofea selalu datang cium perut mama dan cakap "Jangan risau ye mama, kakak Sofea kan ada"...

Pregnancy kali ini, cepat betul stress. Pantang ada benda yang mengganggu, walaupun benda kecil..cepat betul stress. Mungkin sebab hormon, sebab baby..tak pasti. Tapi baby nanti jangan panas baran ye.

Minggu lepas, satu lagi kenangan tak berapa indah berlaku. Actually it happened during outing and gathering dengan family papa sofea di Melaka. Tengah best2 mandi kat homestay tu, boleh pulak tergelincir jatuh. Perasaan susah hati tu tak payah cerita le, cuma mama kuatkan dan tabahkan hati je cover sebab depan keluarga mertua dan lagi satu sebab takde tanda2 bleeding pun. Huhu. Alhamdulillah, keesokannya terus ke klinik minta cik doktor scan to make sure everything ok. Masa scan tu, bukan main lagi, baby berenang-renang happily dalam perut mama. Lega hati ni, sebab ternyata baby masih lagi gembira...walaupun hati mama sedih dalam tempoh kejadian jatuh itu.

Sekarang ni, mama still on thyroxine, folic acid, vit b complex, vit c dan iron supplement. Thyroxine memang dah wajib every morning amik. Cumanya Iron dan vitamin lainnya kekadang terlupa juga nak amik. Bab susu juga adoyai..mama bukan penggemar susu ye. Murah rezeki baby, Nenek Ina bagi S26 Mama 2 tin..hamik ko..untuk mama minum everyday. Tapi till now, mama cuma masukkan susu dalam makanan apa2 yang mama buat..direct intake so far masih lagi berusaha.

Dalam tempoh 5 bulan ni, juga, mama pun tak tahu la nak cakap apa. Sempoi je mama ni. Makeup tak payah cerita je, blusher je jadi peneman setia hari2.. tu pun kalau boleh nak bare face je. Dressup, so far..memang tak cerewet lagi selesa seluar dan tshirt..dah happy dah. Bukan mama je, kakak Sofea pun sekarang dah tak pakai skirt. jeans and shirt je. Fave color mama sekarang ni adalah BIRU. Sangat suka semua yang berwarna biru..esp royal blue. Adakah ini terdapat sebarang maksud dan tanda...haha.. kalau baby boy, sepasang la ngan kakak Sofea..kalau bb girl..jangan tomboy sudah la..

Panjang lebar pulak entry kali ni.
Adik Sofea @ 20 minggu
Luv,
Mama Ema

Tuesday, October 23, 2012

Kalaulah hero..nak macam hero korea bole?

Lately semangat tgk cite The Great Doctor dan To the beautiful you...comel2 manusia dalam tu. Hmmm terpikir kalau keluar cam hero Korea pun alhamdulillah..heroin korea dah ada ni....;)


Friday, October 19, 2012

Mama jangan marah Sofea lagi ye..

Lately ni, maybe disebabkan hormon pregnancy, tahap kesabaran always at peak. Mood memang selalu up and down, cepat sangat merajuk dan tempered lebih2 lagi bila insan yang disayangi tak berapa nak mengendahkan kata-kata ibu mengandung kedua kalinya ini..

Mungkin disebabkan hormon pregnancy juga, insan disayangi di sekeliling pun terkena gak tempias..bila kengkadangnya saja2 je perkara kecil dibesar2kan.

Soon to be kakak Sofea pun ada kengkadangnya perangai bebai...dan she keep ignoring all the things i keep on telling her. Tak tahu la pasal apa, tapi mungkin leka sangat la tu dengan kartun2 di YouTube, sampai tak dengar cakap mama dan papa.

Bila dah kena bebel2..pandai pula buat muka sebek..sedih pulak la mama nengok. Dah cool down semua orang..maka Sofea pun pujuk mama..."Mama jangan marah Sofea lagi ye.." Hati mana la yang tak cair dengar..budak 2++ tahun pun tahu tak best kena marah dan buat mama dia marah.

Sebenarnya mama bukan sengaja2 nak marah Sofea pun, tapi kalau tak mama marah dari sekarang, mama takut satu hari nanti Sofea pun dah tak feel apa2 bila kena marah dengan mama dan buat salah dengan mama. Semua ni bekalan buat Sofea untuk membesar jadi anak yang baik. Insyaallah. Mama sayangkan Sofea dan papa.

Love,
Mama

Maternity Pillow





Tak kisah la jenis yang mana2 pun..but i desperately need this. Nak..tapi till now, yang dah di survey harganya mmg buat cheq pitam! dah tak reti nak position bantal mcm mana lagi nak tido..berebut bantal ngan papa dan sofea..hu..ada dua tempat lagi nak MLO dan Fab Mom. Kalau ala2 still di luar kemampuan, cheq minta sama My MOM je la... ;)

Ema

Thursday, October 11, 2012

TSH melayang

Hari ini checkup combined clinic at HPJ. Combined clinic ni maksudnya checkup ada 2 doktor, doc O&G dan medical.

As explained before, my thyroid hormone was at lower level than the normal which is also known as the hypothyroid. Last checkup, quite relieves sebabnya hormon stabil and normal. This time around my tsh mendadak pulak naik sampai 6. Normal 0-4. So doktor increase my thyroxine intake sampai 175 mikrogm. Before ni intake 150mg. Harap2 next checkup dah normal balik.

Hari ni dr. Najah did scan my tummy. Happynya dapat nampak little jr dengan jelasnya. Mcm happy je swimming inside me. Mesti comel macam kakak dia kan..hmm tak sabar pulak jumpa little jr... Smiling..smiling n keep on dreaming.

Note: bila la parking hpj nak improve. Serius tertekan!

Note2: Do not take thyroxine and iron pill together-gether. Pisahkan mereka...

Love,
Mama ema

Saturday, September 29, 2012

Mimpi dan Pregnancy

Bulan pertama of my pregnacies, kerap sangat diganggu mimpi yang dasyat2. Mimpi orang mati, mimpi hantu, mimpi petir, mimpi tercabut gigi. Semua mimpi yang membuatkan aku berpeluh walaupun tidur dalam kedinginan penghawa dingin. Nak kata gangguan iblis waktu tu bulan Ramadan. Memang mengelirukan. First month memang sering tak cukup tidur. Tengah malam terbangun, dah tak boleh tidur. Pi kerja dah badan letih menguap seribu kali.

Actually, during the first trimester daripada pembacaan aku memang ibu- ibu akan dilanda ribut emosi. Emosi takut kehilangan, miscariage, dan macam2 lagi. So pasangan masing- masing mestilah kena menjadi seorang yang paling penyabar dan memahami. Kalau tidak berantakan la jawabnya.

Lagi satu adalah disebabkan hormon estrogen yang dihasilkan oleh plasenta yang mana ianya meningkatkan pengaliran darah dalam rahim. Secara tak langsung semasa ibu nak rehat,
Pengaliran darah yang tinggi turut menyebabkan gangguan emosi dan tidur. Subhanallah, istimewanya kaum wanita kan sebab dapat peluang mengalami semua kejadian Allah ni. So kita mestilah redha walaupun kekadang its just the max you can take at most time.

Love,
Mama ema

Friday, September 28, 2012

Pregnancy Apps

Browse around terjumpa a few apps berkaitan pregnancy. Tracking, advices and so on. Masih lagi mencuba, so far app Sprout macam menarik, ada macam2 info kat dalam tu.

Wednesday, September 26, 2012

Trimester Pertama Buat Kali Kedua

Motherhood experience for the 2nd time..wah, macam dah tahu semua tapi, memang lain betul rasanya. Dah hampir 3 tahun, so kebanyakkan pengalaman masa Sofea dulu dah tak berapa nak ingat.

Memandangkan ini adalah buat kedua kalinya, dah buat persetujuan dengan dear husband to make this 2nd time experience even more meaningful and full of joy memories untuk kami bertiga.ting! insyaallah. Lagi satu mana la tahu kalau-kalau dah ditentukan ni rezeki yang ke sekian kalinya. Jadi, haruslah kami make it this experience most meaningful.

Memang dalam tempoh 2 tahun ++, me n hubby ada buat family planning. 1stnya sebab my own mother start warning, jangan terlalu dekat jarak anak2 (thanks mak ingatkan!), 2nd nya memang pilihan kami pun untuk concentrate on membesarkan Sofea Raisha sebelum 2nd baby. Alhamdulillah dengan izin yang Maha Esa, perancangan berjalan lancar.

Awalnya, merasai perubahan diri semasa Ramadan yang lepas. Keletihan yang melampau-lampau. Rezeki Ramadan. 1st UPT negatif, so maybe takde apa-apa yang berlaku. Time tu, takde la nak kata sedih ke gembira ke, cumanya terdetik belum masanya lagi. So a week after, cuba lagi sekali (sebab P day stiil has not arrive) betul2 positif. Syukran! Dear husband punyalah excited. His reactions kan, memang not expected. Apa pun, mengenangkan reaksi dear husband, membuatkan hati sangat girang-gemirang!

Next phase, trimester pertama buat kali kedua. Masyaallah,  perubahan hormon sangat ketara. Yang pastinya bukan ibu mengandung sahaja..dengan papa mengandung sekali terkena tempias. Angin berlawan-lawanan. Angin taufan, ribut, greg semua pun ada. Mahu aja ada orang yang mahu balik ke rumah mak sendiri waktu2 genting sebegitu. Alhamdulillah, berkat kesabaran hati, dipujuk2 juga hati ini untuk banyak bersabar. Thanks to mak dan abah juga yang tergerak hati untuk sentiasa berulang-alik datang ke rumah yang secara tak langsungnya really support me up during my doom moment sepanjang Ramadan.

So raya 2012, minta maaf la banyak2, memang sangat the moody Raya. Takde nafsu Raya langsung, except mengenangkan Raya moment untuk Sofea dan keluarga di kampung halaman. Nasib baik tahun ini, tergerak hati buat preparation Raya awal. Macam tahu2 je. Alhamdulillah, puasa 2012, dapat puasa penuh akhirnya. Thank you Allah.

This time pregnancy, still the same. Disebabkan masalah hypo-thyroid, terpaksa berulang alik ke KK dan Hospital Pakar. Demi anak yang sihat walafiat, mama gagahkan diri untuk attend every appointment yang doktor bagi. Risiko hypo-thyroid ni masyaallah, kalau terfikir je pun, buatnya aku takut untuk pregnant. Sesungguhnya Ya Allah, sesungguhnya segala-gala yang akan terjadi telah disuratkan olehMu, hambamu yang lemah ini memohon kepadamu Ya Allah agar diberikan suratan yang terbaik buat kami sekeluarga. Sesungguhnya kami redha.

Alhamdulillah, this time around, ramai teman-teman seperjuangan yang turut akan bersama-sama berjuang untuk melahirkan khalifah-khalifah kecil di atas muka bumi Allah SWT ini. Happy sangat sebab ramai teman-teman yang boleh bersama-sama berkongsi suka-duka sepanjang perjalanan 9 bulan ini. Insyallah, this will be a great moment for all of us.

Love,
2nd time mama-2-be

Monday, September 3, 2012

Eid 2012

Raya kali ni, kepenatan double up. With low energy level, rage at the max rate (always..), lot of chores, and lots of travelling.
Tapi yang paling best detik2 bersama family tercinta.. Sampaikan sob..sob nak tinggalkan semua di kampung halaman tercinta. Rasa nak sambung cuti je lagi..

Tahniah mak dan abah sebab dapat siapkan semaksimum mungkin rumah di Karangan nun, sampai kita semua dapat beraya di sana. Walaupun rumah belum complete sepenuhnya but kita semua feel completed sebab dapat raya sama2 di rumah Karangan tahun ni. Thanks mak dan abah!

Wednesday, July 25, 2012

My own QR Code

My own QR Code..sila scan di sini ye.
Sesiapa yang nak ada blog QR Code boleh refer site ini - http://qrcode.kaywa.com/


Inspirasi iklan Blackberry ;)

Ema

Monday, June 11, 2012

Cerita anak mama

Dah lama tak story pasal anak mama, Sofea Raisha. Puteri yang rupawan.

Hari ni, sofea raisha dah genap 2 tahun 5 bulan. Dah pandai jalan, of course, dah pandai emosi, dah pandai bergayut telefon, mengadu, berlakon, cakap belum lagi 100%. tapi bolehla..
Most of the time suka buat mama hangin, tapi pandai pulak ambil hati mama.. Sorila dear kalau mama garang sometime atau all the time.. Its learning process dear.. We have to bear each other .. Mama judt nak anak mama faham mama terlalu sayangkan sofea raisha to let you make mistakes in your life.

Love, love,
Mama

Happy 3rd Anniversary

Selamat ulangtahun ketiga, suamiku.. Walaupun dah banyak pertengkaran, ketidaksefahaman yang kita lalui dalam tahun kebelakangan ini.. Semoga semuanya memberikan kita lebih kekuatan untuk terus memahami dan menyayangi antara satu sama lain. Sesungguhnya ku cuba berikan yang terbaik untuk kita sekeluarga, tolong maafkan segala kekhilafan diri ini sepanjang bergelar isteri ...

Happy Anniversary Darlin!

Cerita dolu2

Salam bahagia semua..Ya ampun..dah berbulan tinggalkan blog. Not sure why, adakah ketiadaan waktu, pertukaran device, takde cerita best nak story, takdak mood..hape2 je la lagi kan. Hri ni took a day off lepas bercuti..boleh ek cuti lepas bercuti?apa je la..teringat pula kat blog yang dah lama tak jengah. Not sure apa yang akan jadi lepas. Just praying the best to my blog. Apa pun, sekarang dah masuk jun, means since feb dah 3 bulan no blogging at all.huhu.Mac, april, mei..banyak occassion dah berlaku. Maybe i can recap a bit what happen during the neglected months..Birthday papa, 3rd anniversary, my birthday..meriah! Baru perasan..facilities blogging dalam ipad ni tak berapa meriah la. sebab tu yg slow sikit berblog rasanya. Sebabnya tak boleh nak upload gambar guna apps blogger ni. Huhu..Hugs and kisses,Ema