Pages, Contacts, Travel

Wednesday, September 22, 2010

Adakah bayi anda sudah cukup makan?

Here are a few things to watch for to ensure that you are not over or under feeding your baby:
Signs that baby may want to continue to eat
  • Leaning in for the spoon
  • Opening the mouth
  • Grabbing for food and trying to put it in the mouth
Signs that your baby may be full
  • Closing of the mouth as the spoon comes close
  • Spitting out the food that is being fed
  • Turning the head away as the spoon comes closer 
+++++Courtesy of www.wholesomebabyfood.com+++++

    Sofea Food

    Sofea started her solid food from 6 months old age. Upon asking her paed, I started to introduce her with rice porridge and rice cereal. But most of the time I fed her the rice cereal mix with milk.
    Alhamdulillah Sofea really loves to eat, then I started to give her the Heinz food. Apple, Banana, Sweet Potato, Pear...she loves everything..

    Ehem, eventhough, sometime memang ada yang tak berapa setuju dengan all this kilang food..Tapi Sofea really loves them..tapi sekarang Sofea reaching 8 months, I think that I should really shifted the other way of feeding my little Sofea. Mungkin I should prepare the food myself instead of relying on Heinz, Nestle..etc..
    Nenek Sofea pun dah bising, u should cook for her..bla, bla...tapi kalau time dengan nenek pun tak sempat gak nak masak..

    Actually, its not about the masak thing and all that..Banyak lagi perkara yang bermain di kepala ni..tak sempat, by the time Sofea feeding time baru teringat nak buat bubur..mana sempat dah, dah buat bubur..boleh ke makan lagi esoknya...tehangit buat bubur...Sofea reluctant to eat the bubur..nak tercekik makan bubur..penat mama masakkan..banyak lagi lah benda dalam fikiran..

    Sampai la one day terjumpa benda ni..So I would like to share with all new mothers yang no idea nak menyediakan makanan untuk baby tersayang..maybe this is some option for u guys instead of using the kilang food.

    Only one hours, for a week...I like....

    Sebenarnya makanan baby ni turut boleh disimpan macam susu ibu...boleh letak dalam freezer or just fridge.
    Its up to u depend, nak guna berapa lama dan how much makanan yang disediakan sekaligus..tapi rasanya elok2 seminggu pun ok dah tu.
    Sekali penyediaan, separuh letak dalam freezer, separuh dalam fridge, senang kerja.
    Kita start dengan cari bahan makanan yang bersesuaian untuk baby. Macam kita malaysian kan, elok terus dengan nasi..So cadangan ni nak buat bubur nasi mix with carrot, sweet potato, dan ayam. Pasal resipi tak perlu risau, google je, dah dapat belambak resipi dari internet.
    1. Rebus nasi dan buah tadi sampai masak.
    2. Sejukkan, dan masukkan dalam blender.
    3. Blend sampai halus, sehalus mana agak2 baby tak tercekiklah nanti.
    4. Dalam bekas buat ais kiub kan..isi la satu2..satu bekas agak2 dalam 1 ounce..so nanti boleh kira baby makan berapa banyak..kalau nak senang isikan terus dalam bekas besar2..(tapi kalau tak habis membazir la pulak nanti). Sebab kalau dah usik bekas tu nanti, jangan disimpan semula, sebab dah ada bakteria bekas air liur baby. Pastikan juga bekas yang digunakan adalah selamat untuk disimpan di dalam freezer ok.
    5. Tutup bekas kiub ais tadi dengan plastic wrap.
    6. Dah beku, alih dalam plastik freezer dan simpan la sehingga mahu digunakan.

    p/s: adalah dicadangkan, makan di dalam fridge cuma bertahan selama 2 hari, tapi kalau freezer (beku) tahan lebih lama.

    7. Dah tu kalau baby feeding time, just panaskan makanan tu semula, samada melalui microwave (ada yg tak galakkan kaedah ni), kukus, atau rendam..nak panaskan terus pun boleh..tiada masalah.

    Tuesday, September 21, 2010

    Pic Raya 2010

    Family picture





    Sofea and mama

    Sofea and Nenek

    Sofea and mama berbaju kurung

    Sofea and Moyang

    Sofea and Tok Abah

    Sofea and Tok Ma keseragaman

    Pic Mama and Papa Sofea berduaan

    Petang 1 Syawal
    Sofea baru bangun tido

    Monday, September 20, 2010

    Syawal 2010

    Syawal 2010...
    hmm...hmmm...hmmm..
    merupakan Syawal yang pertama buat baby ku Sofea Raisha,
    merupakan Syawal yang pertama buat kami meraikannya sebagai ibu bapa..
    merupakan Syawal yang pertama ibu bapaku meraikannya sebagai Tok Wan dan Nenek..
    merupakan Syawal yang pertama kami meraikannya di rumah baru...
    merupakan Syawal yang pertama kami beraya di rumah mama dan abah di Pasir Mas seawal Day 1 of Syawal..
    apa lagi....mungkin banyak lagi yang merupakan pertama kalinya..


    tapi Hari Raya tahun ini, seems more perfect with Sofea Raisha..
    tapi it seem imperfect sebab agak kelam kabut..nak raya rumah mertua, nak raya rumah parent sendiri..
    and at the end of the day..we miss the highlight of Raya already..

    cuti raya ni boleh kata gak panjang, sampai dah terasa agak2 dah bosan jap..
    terperap kat umah..
    aku ni memang jenis tak berapa suka berjalan sana-sini...yang penting rumah org2 penting (uncle2 dan makcik2) dah pi kira ok lah tu...so mmg dok kat umah je..
    tahun ni pulak ada baby, lagi la aku rasa mcm berat sungguh nak pi jalan sana dan sini..
    tapi yang bestnya walaupun aku dah tak dapat duit raya, tapi boleh tolong kutip duit raya untuk Sofea Raisha..
    jadi baby ni best rupanya..banyak dapat duit raya..kira2 lagi banyak lah dari duit raya yang aku penah dapat masa kecik2 dulu..

    tapi Raya kali ini juga banyak cabaran dan dugaan..
    tapi harus sabar..
    Hari Raya suppose to be the day of family gathering...tapi besides that, it would also be the day of judgement, the day of doom...and the day of apa2 lagi lah..
    kalau dalam family semua baik2..takdek dengki2..kira sangat alhamdulillah..
    tapi mana nak cari lagi family mcm tu sekarang..drama melayu makin banyak, begitu jualah drama2 reliti yang berlaku dalam kehidupan seharian..
    memang kalau nak diskripkan balik...memang boleh jadi drama..
    tapi apakan daya..its family gathering kan..makanya semua cite best, cite tak best..
    semuanya akan berkumandang lah..its your choice whether to take it straight out to ur left ear..or straight to the heart..
    patut la makin hari makin renggang hubungan kekeluargaan..
    sebab lagi rapat u r...lagi cepatlah u all akan membenci satu sama lain..
    tapi kalau tak rapat, lain pulak ceritanya..
    so ambil jalan tengah..biar kenal je dgn semua dan jadi lah seperti PBB..hua..hua..hua...

    Aku berdoa Ya Allah, kau kurniakanlah sifat penyayang di kalangan keluarga kami Ya Allah..Kau jauhilah segala sifat negatif dan dengki dalam ahli keluarga kami Ya Allah...Sesungguhnya segala yang baik adalah kurniaanMu Ya Allah, dan yang buruk itu datang dari diri kami sendiri..Amin Ya Rabbal Al Amin..

    Wednesday, September 8, 2010

    Merancang perjalanan bersama bayi

    Some more info I want to share with all of you yang ada baby, dan yang planning nak balik kampung sempena Aidilfitri.


    Perjalanan balik kampung bersama bayi bukanlah sesuatu yang mudah. Perancangan dan persediaan awal sememangnya bagus, tetapi jangan jangka bahawa semuanya akan berjalan lancar.


    1. Simpan keperluan utama dalam beg yang lain dan mudah dicapai - seperti beg lampin. lampin, krim ruam, tisu lembap, susu, snek, beg plastik dan perkakas makanan. Semua itu harus disimpan di tempat yang mudah untuk diambil.

    2. Sentiasa sediakan beberapa baju persalinan bimbang makanan tertumpah dan sebagainya.

    3. Rancang waktu bertolak yang membolehkan bayi mendapat tidur hariannya seperti bertolak pada lewat petang agar bayi dapat tidur sepanjang malam. Lebih lama bayi tidur sepanjang perjalanan itu, lebih baik.

    4. Sekiranya memandu pada waktu siang, berhenti pada waktu-waktu tertentu agar bayi dapat menyusu, berehat serta menikmati udara segar di luar kenderaan.

    5. Sediakan mainan dan muzik bagi menenangkan dan menghiburkan bayi.

    6. Jangan lupa untuk membawa susu formula, botol dan air yang secukupnya. Namun sekiranya memberi susu badan, ia jadi lebih mudah kerana tidak perlu membawa apa-apa barang tambahan.

    7. Rancang untuk berhenti sebentar apabila bayi kelaparan (rehat ini juga diperlukan oleh ibu bapa) Sebagai alternatif, cuba susukan bayi tatkala dia masih di tempat duduk bayi.

    8. Jika ada seorang dewasa di bahagian belakang kereta boleh membantu bayi menjadi lebih tenang dan gembira.

    p/s: Berhati2 di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.

    25 Sebab Suami Mental

    Info untuk semua para isteri, ada yang berkaitan ada yang tidak..sama2 la kita ambil pedoman.
    Enjoy...

    1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun  dia tak tau.. bla bla bla "
     
    2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu  sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "
     
    3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."
     
    4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"
     
    5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."
     
    6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "
     
    7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"
     
    8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "
     
    9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC  tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."
     
    10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan  ber...ber... .ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."
     
    11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "
     
    12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer,  kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."
     
    13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.  ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih  betul betul .."
     
    14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam  besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."
     
    15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."
     
    16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."
     
    17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda  benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."
     
    18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.  ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."
     
    19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."
     
    20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"
     
    21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti  henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."
     
    22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"
     
    23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang  suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan  rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."
     
    24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."
     
     
    DAN AKHIR SEKALI
     
    25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih  dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan  pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."

    Jangan ada yang sampai jadi mcm ni pulak nanti..

    Ambang Aidilfitri 2010

    Tahun ni, banyak benda nak kena fikirlah about Hari Raya.
    Pertamanya, fikirkan betapa gembiranya hati dapat berhari raya dengan anak sendiri, Sofea Raisha.
    Dah lengkap dah family aku, I have my own family, nak beraya rumah sendiri je pun dah boleh..Tapi I still got my own parents and in laws...yang amat aku sayangi dan rindui selalu.

    Rasa mcm dah berabad tak balik, walaupun selalu jumpa my parents. Alhamdulillah, parents aku cukup2 memahami dan selalu membuat kunjungan tidak rasmi ke rumah kami di Putrajaya. Aku sangat2 terharu dengan both of my parents..My mom kadang2 every week datang ke rumah. Datang tengok Sofea, tengok mama Sofea, papa Sofea..

    Tapi dilema gak kan, bila dah berkahwin ni, everything is so very different now. Aku kena adil untuk kedua belah pihak, tak boleh lebih sini or lebih sana...tapi hakikatnya aku amat2 sayangkan my mom..I love you Mak!

    apsal mcm sedih lak tetiba ni..
    Tahun ni kami dah decide akan pulang ke Kelantan dulu untuk menyambut Hari Raya, walaubagaimanapun, mungkin the day before singgah kejap lah kat rumah kulim...jangan mak tak lepas pegi pulak dah la ye..

    tahun ni gak, maka berganda2 lah aku nak kena packing..2 hari lepas dah setel baju Sofea, semalam dah keluarkan baju aku dan chemi, tinggal lagi nak masukkan dalam beg je...fuhh punyalah letih setelkan baju, hari2 basuh baju dengan banyaknya, baju yang dah pakai, baju baru, cadar, langsir..mcm2 lagi lah..
    cuaca lak tak berapa memberangsangkan...tapi ok lah...dah kering dah most of the thing..

    Persiapan..ok-ok lah tahun ni...rasa mcm dah habih sederhana dah ni...mcm banyak benda yang aku dah tangguhkan untuk beli...tapi budget aku still tak cukup2 lagi...peliklah kenapa jadi mcm ni...mmg la kita tak boleh nak kira, or risaukan every penny...tapi hmmm...bila dah berfamily, and ada adik2 lagi, wah...mmg nak kena risau gak ni...every little penny..

    harapannya, Aidilfitri kali ni adalah sangat meriah...everything berjalan lancar, semua orang bertolak ansur, semua orang saling memahami, tak de la cakap2 belakang...takdela komen2, yang penting semua ok la. apa yang pasti nobody is perfect!

    cheers,
    ema XOXO

    Friday, September 3, 2010

    Iftar 2010

    Tahun ni, 1st time meraikan Ramadan Mubarak al-Kareem sekeluarga dengan my most precious my baby girl, Sofea Raisha. And it also means that mama and papa no longer available to celebrate Iftar anywhere else but home. Walaupun begitu, disebabkan jemputan kerja, vendor, dan rakan2...adakalanya tak dapat nak menolak. But mama always try to reach home the earliest I can to be with you my darling.

    1st Iftar Outing with mama vendor, nasib baik just around the corner from the house, makanya sempat la mama nak cabut balik awal...so boleh la attend, thanks papa for giving the green light..2nd one, Iftar with the Prime Minister @ KLN, alhamdulillah everything went well except for the food served...which caused most of us having diarrhoea the next day. hmmm...wonder whether to join them again next year???
    Mama and Aunty Nurul

    Uncle Anuar and Uncle Zulhusni


    2 fave bos mama, Pn Hamidah & Pn Wan



    3rd Iftar thanks to uncle Anuar's vendor, we had such lovely food at Pullman Putrajaya...sedapnya mama makan kambing and beriyani kat sana..plus the beef satay..nyum..nyum...kali ni, papa join mama sekali..nasib baik nenek agree to take care of my precious. Kat Pullman Putrajaya tahun ni, the buffet nampaknya less menu than previous year..Papa cari air kelapa pun no longer available..dan yang paling tak tahannya malam tu, keadaan yang sangat panas, ada ke pasang spotlight betul2 depan muka orang nak makan...mmg tak sesuai, suasana yang ala2 outdoor yang memang dah panas tak dak angin, ditambah pulak dengan spotlight...wallawei..mcm kitaorg pulak yang kena salai dek spotlight tu..pls Pullman management you really have to take care of these things. Anyway thanks to ***  for inviting us to such a lovely Iftar that day.

    Mama & friends

    Papa pun ada sekali

    Sayang mama ni pandai pulak merajuknya, malam tu agak2 bz la, sebab the whole family ada di rumah...termasuklah Tok sekali....bertuahnya Sofea, moyang Sofea pun datang jauh2 nak jumpa Sofea. Back to the merajuk story, malam tu Sofea mengamuk ngan kuatnya...tanak minum susu...pelik gak anak mama sorang ni..alhamdulillah the next day, perangai kembali normal...
    Sofea dan kereta 1st Sofea...seksi, sebelum mandi pose dulu..
    Muka sofea yang still ceria sebab tak tahu nak kena tinggal ngan mama dan papa

    Today mama and papa again, scheduled to attend Iftar ICT at Equestrian Park. Harap2 everything went well too...dan this time around since nenek, tok wan, tok nek, uncle and aunties ada kat umah..mama will cabut awal again..sorry guys!

    cheers,
    ema XOXO

    Thursday, September 2, 2010

    Farewell KC

    Last 12 Ogos 2010, pulanglah my dear fren KC ke pangkuan husband yang dirindui dan telah ditinggalkan 2 minggu. Lama tuh sure tak lena la en. shazi kat aussie tuh.

    Sori la kc, tak dapat nak spend time dgn hang, tapi alhamdulillah dapat jugak kita gathering kat KLIA, time hang sampai dan balik. Really miss u lot, sis!

    ni adalah 1st time dear kc meet little sofea raisha. mcm2 kc belikan untuk sofea ni. thanks ye, aunty kc..lain kali jangan lupa beli lagi ye. hehe.

    anyway dear, really miss u a lot..tapi nasib baik ada facebook, sms, handphone, etc..thanks to all the communication today, tak terasa sangat pun jarakya walaupun kita berjauhan....harapannya, sama2 lah kita tabah menempuhi asam garam kehidupan alam perkahwinan..every pain are going to be the best memories for us during our old days later on..so be strong and brave facing our new life ahead. I hope that we will always keep on learning, patient and have faith in no matter thing that we are going through.


    aunty kc and sofea

    mama and sofea raisha in the train

    Sister aishah, Nadia, ayah su qayyum...wan dan aki kat blakang ngan sofea.

    cheers,
    ema XOXO

    Wednesday, September 1, 2010

    Jalan2 shopping @ JJ Balakong

    31 Ogos 2010, kami sekeluarga plus my mum spend our days @ JJ Balakong. Misi semalam adalah untuk mendapatkan baju papa chemi..yang sememangnya susahnya nak cari baju. Alhamdulillah dapatlah beberapa pasang from Nicole and Pierre Cardin. Lega!

    Weekend ari tu pi Midvalley, bayangkanlah dari pukul 8.00 malam sampai 10.00 malam, memusing kat sana sehelai baju pun tak berkenan. Last2 Sofea gak le yang untung...bertambah lagi baju raya.

    Pusing2 cari baju sampai papa Chemi dah migrain,...pening kepala, konpius nak marah dan sebagainya...saja nak menghiburkan hati...aku pun ambil la gambar si jejaka yang mcm baru lepas frust bercinta 20 tahun..

    jangan marah ye papa..


    semalam alhamdulillah, (selepas di warning berkali2), kejap je dah dapat buat decision nak baju yang mana satu..aku pun senang la pulak cari baju this time..main amik, try dan semua muat lak tu..baguihnya..
    tu maksudnya ukur baju di badan sendiri...tapi frankly speaking, tak tahu nape, tahun ni cam takde mood sangat nak shopping baju raya..betul2 tak tahu kenapa la..
    mood nya semua dah pegi untuk shopping baju sofea.

    anyway time buka puasa semalam, terjumpa seorang baby girl, Puteri, 2 hari je beza dengan Sofea. Punya lah debab..mmmm..geram nak cubit..
    Antara aksi2 dua orang baby girl yang beza cuma 2 hari ni & muka papa Chemi kegembiraan selepas berjaya mendapatkan baju raya 2010.