Pages, Contacts, Travel

Friday, August 29, 2014

Realiti GST

Banyak persepsi negatif yang lahir bilamana perkataan GST mula menjadi sebutan di bibir-bibir rakyat Malaysia. Persepsi pertama barang naik harga.


Tapi saya cuba juga nak dapatkan info berkaitan GST ni. Tup-tup dapat pulak kursus GST untuk 3 hari.

Ok, sini saya nak kongsikan apa itu realiti GST yang saya tahu dan faham.

Sebenarnya sedar dan tidak sedar, semua rakyat Malaysia telah mula membayar cukai sejak tahun 1972 lagi. Kerajaan mula memperkenalkan Sales & Services Tax (SST) sejak tahun 1972.

Barang keperluan harian seperti makanan segera, minuman, perencah, produk tenusu - 5%
Barang kegunaan harian seperti perabot, kereta, barangan elektrik - 10%
Perkhidmatan seperti restoran, tempat letak kereta, hotel, pusat servis kenderaan - 6%

Cuma kita je tak berapa sedar dah bayar cukai tu, sebab lahir-lahir je barang-barang tersebut harganya memang dah termasuk dengan cukai. Tahun demi tahun juga harga barangan semakin meningkat disebabkan harga minyak naik, demand tinggi, supply kurang. Begitulah naik turunnya harga barang yang memang dah termasuk dengan cukai.


Sejak awal tahun ini, Kerajaan dah mula memperkenalkan Good & Services Tax ataupun GST. GST yang diperkenalkan adalah pada kadar yang sama rata untuk semua jenis kategori barang dan perkhidmatan iaitu sebanyak 6%.

So dalam erti lain, cukai jualan yang dikenakan sebelum ini 5-10% akan disamaratakan menjadi 6%.
Realitinya ada harga yang menurun dan akan ada harga yang naik.

Perkara pertama yang akan memberikan sedikit kesan kepada kita sebagai pengguna apabila cukai ke atas barang keperluan harian berubah dari 5% kepada 6%. 

Sebagai pengguna, kita harus bijak merancang dan memilih. So starting Januari 2015 sila simpan semua resit barangan harian dan mula buat inventori. Sila mula membuat senarai barang yang benar-benar diperlukan dan silalah jangan membazir.

Keadaan selepas GST nanti tiada siapa yang tahu. So kita sebagai pengguna haruslah bijak membeli. Peniaga juga jangan lah mengambil kesempatan ke atas tidak faham pengguna tentang GST. Sebagai pengguna bijak kita boleh membuat aduan kepada KPDNKK berkenaan peniaga yang mengambil kesempatan terhadap GST dengan menaikkan harga barangan sesuka hati.

Makanan asas seperti makanan laut, hasil pertanian, ternakan, beras, gandum, tepung tidak akan dikenakan GST.  Pengangkutan awam, utiliti, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, tanah, dan tol turut dikecualikan daripada GST.

GST ini dah mula diperkenalkan di Perancis sejak tahun 1954. Sehingga kini sebanyak 160 buah negara di dunia ini telah menggunakan sistem GST. So GST ini bukan benda baru, dasar yang baru nak diperkenalkan. Ianya telah digunakan oleh semua negara maju dan telah banyak membantu sesebuah negara untuk terus maju dan berkembang.

XOXO,
Ema

Friday, August 22, 2014

Ramadan Kami 2014

Alhamdulillah, rasa tenang sangat Ramadan kali ini, bila segala-galanya adalah sederhana sahaja. Dapat berbuka bersama sekeluarga. Dapat explained pada si puteri tentang puasa, berbuka, Ramadan. Cuma erti Terawih lagi belum dapat feel.

Ramadan kali ini, kami mulai di rumah Tok Ma Sofea di Pasir Mas. Kami 1st sahur dengan nasi goreng kicap. Simple je kan. Tapi Nasi Goreng Kicap tu, memang jadi all time family favourite sepanjang bulan puasa. Especially waktu bersahur. Memang ngam dengan selera family kami. Orang lain tak pasti la.
So ceritanya bermula 1 Ramadan, Nasi goreng kicap, ended 30 Ramadan pun Nasi goreng kicap. :)

Sepanjang sebualan berpuasa, rasanya ada la dua kali ke Pasar Ramadan. Pasar Ramadan Putrajaya tak sempat jejak langsung. Takde mood nak jalan ke Pasar Ramadan sebab selalu terbeli yang tak berapa sedap dan mahal. HUHU. So tahun ni, tak teruja sangat nak ke PARAM.

Berbuka di luar. Ada juga terima jemputan rasanya dua kali juga. Tak larat sangat nak makan buffet, end up bloated and rasa macam nak pengsan je makan banyak sangat. HUHU. Sempat ke Buffet tempat papa ada kot 3 kali. Tapi tak best kat sana, sebab tempat solat sangat terhad.

Ramadan kali ni, takde la asyik2 weekend kat shopping mall. Sebab mama SR dah awal2 shopping. Tak menyempat kan shopping raya. Before puasa dah setelkan baju budak2. Actually banyak beza shopping before Puasa and semasa puasa. Harga banyak beza k. Unless, memang ada tempat yang betul2 kasi diskaun raya kaw2 punya. Perasan sangat di Poney Outlet, buying the same shirt and pants, harga memang agak beza. So moralnya, tahun2 depan pun shopping awal. Tak pening, tak runsing, tak gelabah, tak membazir.

Kami pi shopping rasanya dua kali je sepanjang Ramadan ini. Strategi berbuka pun, yang first spare kurma, pi solat, shopping sikit2 baru cari tempat makan. Kali keduanya book tempat makan awal2. Stress-Free.

Alhamdulillah, rasa tenang je Ramadan kali ni bila semua dibuat sederhana sahaja. Moga diberikan lebih ketenangan pada Ramadan yang akan datang. Amin.

Berbuka di bentang otw balik dari Pasir Mas

Lauk Mangkuk Tingkat 1st day kerja

Berbuka di tempat kerja Papa

Berbuka dengan aunty Nurul


Berbuka sambut birthday Nenek

Sofea dan Ayen di Uniten

Berbuka di kala shopping Raya



XOXO,
Ema

Wednesday, August 6, 2014

Minor Surgery Wisdom Tooth

Sebenarnya dari zaman sekolah lagi memang allergik dengan dentist. Normal la kot, bila google around bukan aku je yang trauma, ramai lagi kot orang yang trauma bila bab dental and dentist.

Dah capai usia 30 tahun ni, kesedaran makin tinggi nak jaga gigi. Sebab dah tak boleh nak tahan sakit. 
Semalam pi jumpa dentist nak setelkan gigi yang last sekali. Rupanya doktor kata memang nak kena operate. Lagi tak keluarkan gigi yang hujung tu, memang akan effect gigi geraham yang di depan.

Ya Allah takutnya. Semalam juga ada buat prosedur cabut gigi tunggul, gigi yang dah patah. Alhamdulillah, kali ni walaupun buat di KK P9, prosedur alhamdulillah tak sakit mana pun. Actually ni 2nd time dapat treatment di KKP9, same doktor. Alhamduliilah, bius, tampal, cabut..tak sakit mana pun. Ngilu-ngilu sikit je. Doktor pun kata jangan takut relaks je.


Tapi bab operation memang kena buat di Hospital Putrajaya. So dia dah bagi surat refer dah ni. fuh..serius takut ni. Tadi google around, ramai yang dah experienced di Hospital Putrajaya, katanya waktu prosedur memang tak sakit mana pun. In fact tak rasa langsung, sebab bius pun ok. Cuma sengsaranya selepas pembedahan. Nak kena jaga betul-betul. Tak boleh berkumur. Doktor akan bagi mc selepas operation. Tapi tak pasti berapa hari.

"Ya Allah lindungilah hambamu daripada kesakitan yang tak tertanggung."

XOXO,
ema

Tuesday, August 5, 2014

Ketupat Palas

Sempena Aidilfitri 2014 ini, berjaya buat ketupata palas sendiri dan menjadi. Makan haruslah dikongsi di sini, supaya senang nak refer raya2 tahun depan. Kalau anak mama dah pandai baca blog mama ni nanti boleh juga refer di sini ye bila nak buat ketupat palas.

Actually, dah beberapa tahun kebelakangan ini memang selalu buat dengan mak, kami lenjan je buat ikut resipi sendiri, sebab mak pun ingat2 lupa resipi tok. So bila dah ada teknologi ini why not google around dapatkan perkongsian rakan-rakan lain untuk tip top meletopkan lagi ketupat palas hidangan aidilfitri.

Bahan-bahan perlu ada:
1kg pulut = Santan RM3 (1kg santan = RM8-10)
2kg pulut = 1/2 kg santan
Daun palas
Garam 
Air

Sehari/setengah hari sebelum:
Rendam pulut - lagi lama lagi cepat masak (semalaman)
Buka daun palas dan simpulkan seperti ketupat untuk lembutkan daun
Potong hujung daun palas untuk ratakan daun.
Jangan potong bahagian bawah daun palas, (bahagian yang keras) untuk menyenangkan kerja membalut nanti.

On the day before Raya:
Setelah pulut direndam, cuci dan toskan
Campurkan santan dan garam secukup rasa
Masukkan dan gaulkan ke dalam pulut tersebut
Paras santan mesti rata dengan pulut, jika kurang tambah air agar separas.

Tanak dalam periuk dan gaulkan untuk satukan semua bahan-bahan. Gunakan api kecil bagi elakkan hangit/berkerak.
Setelah kering semua bahan, tutup api dan sejukkan. Pulut patutnya separuh atau 3/4 masak.

Membalut ketupat:
Bila pulut dah sejuk, boleh mulakan aktiviti membalut ketupat. Jangan lupa bersihkan daun ketupat sebelum mula membalut.
Nak balut perlu ada teknik. Jangan sampai jadi ketupat betina nanti masuk air.
Nak explain macam susah sikit part yang last tu.
Tapi dah selesai pusing semua mesti disimpulkan, bagi mengelakkan ketupat terburai semasa direbus.

Source: http://wattieshomemadecakes.blogspot.com/2012/09/langkah-demi-langkah-cara-membuat.html

Merebus Ketupat:
Dah selesai balut ketupat, masukkan ke dalam periuk.
Masukkan air separas ketupat, buka api dan tutup periuk.
Rebus sehingga air rebusan kering. Jangan sampai hangus pulak.
Toskan ketupat.

Bila dah pandai membalut ni, rasa macam nak buat lagi. Practice makes perfect kan. Kekeke..semoga diberikan kelapangan dan kerajinan.

XOXO,
ema

Aidilfitri Kami 2014

Salam Lebaran Buat Semua Family dan Kawan-Kawan. 
Maaf Zahir & Batin.


Sayu tak muka Syafi kat bawah ni, macam orang tak dapat beraya je. Ceritanya nak trim sikit rambut mamat kecik ni sempena Aidilfitri 2014. Masa duduk tak nangis. Start uncle tu buka mesin potong rambut tu..apa lagi, berjuraian air mata di pipi. Kesian anak mama. Tapi uncle tu memang terror la, dalam masa singkat, pressure dari syafi tak henti-henti nangis, setel. Tak sampai 10 minit rasanya.

Syafi dan Uncle Shah Rukh Khan
Raya kali ni, Syafi and Sofea lebih mengenali apa itu bunga api. Memang enjoy la kakak Sofea main bunga api. Adik tak boleh main sangat, dapat la 2-3 batang bunga api dah. Asap banyak. Kan tak pasal2 raya spital pulak dik.


Kakak, bunga api dan Olaf
Malam raya kali ni, kami buat BBQ sempena celebrate birthday abah yang ke-55. Good number eh. Abah pencen lagi 2 tahun. Birthday abah jatuh betul-betul 1 Syawal kali ni, 28 Julai. Selamat hari lahir abah, kami semua doakan abah, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik untuk sentiasa menjaga dan bersama-sama kami dan anak-anak :)

Raya kali ni, juga kak ema dan ciksu dapat ilmu baru membungkus ketupat palas. Lepas je tanak pulut tup-tup datang pulak pakar buat ketupat ke rumah kami. Apa lagi belajar la dengan dia. Dulu ada arwah tok, tak sempat nak belajaq. Alhamdulillah lepas banyak cubaan yang tak jadi, menjadi juga ketupat palas kami. 

Ada dua cara nak masak ketupat, rebus or kukus. Kalau nak kukus kena tanak pulut 3/4 masak. So tak perlu kukus lama-lama. Kami cuba je kedua-dua kaedah tapi nampaknya kalau rebus daun palas tu maintain je hijau. Bila kukus daun dah jadi warna gelap sikit.

Hero bz2 membakar malam2 raya. Lepas bakar ayam, bakar mercun pulak

Happy Birthday Tok Wan
Raya kali ni, tema warnanya biru gelap. Tapi kami sefamily belah mak pakat2 nak buat gabungan dua warna pink dan biru. So takde la muram je gambar raya kami tu.

Aidilfitri kali ni, 1st time adik Syafi pakai baju melayu, songkok siap ada capal lagi nenek belikan. Baju Syafi dan papa sedondon kali ni, tok ma yang jahitkan.  TQ Tokma :)


Kami di Aidilfitri 2014

Adik dan mama

Dua Beradik

Raya ke3 kami sekeluarga dan aunty Rahmah bertolak ke rumah mertua di Kelantan. Alhamdulillah, jalan tak jem sangat, tetapi tengah jalan aircond kereta pulak buat hal. So biasalah musim perayaan more investment to the car.

Kakak pose dulu before balik rumah Tok Ma

Adik yang nak pose secara duduk
Raya ke4 di Kelantan started dengan kenduri. Banyak sungguh kenduri kahwin time Raya ni di Kelantan. Kebetulan yang kahwin ni anak kepada bestfren Tok Bah, Adik kepada best fren papa Syafi. Kahwin pulak dengan adik kawan papa, kawan pulak dengan uncle Rizal. Pening tak? Dipendekkan cerita, what a small world indeed.


Selamat Pengantin Baru Sujai dan Fadhli

Selfie papa & Syafi
Raya ke-5 kami pergi beraya di rumah mak angkat adik iparku di Jeli. Dipanggil mak angkatnya Umi. Umi dan family tinggal di Kg. Lawar. Suami Umi, kerjanya bisnes Etok. Tak sure la betul ke tak ejaannya ni. Tapi etok ni spesis siput yang ada dalam tasik. Walaupun rumah Umi di kampung, tapi rumah Umi bersih sangat. Aku suka dengan cara kehidupan diaorang. Umi ada 4 org anak lelaki, semuanya sopan santun, hormat orang tua. Alhamdulillah.

Sofea, Syafi and Sara

Sofea, Syafi n Nenek
Salam lebaran,
Ema

Monday, August 4, 2014

Reuse & Recycle: Supercreative!

Wall Garden
Chandelier
Wall Mosaic
Cherry Blossom template
Parking Canopy
Plant Pot
Cutey
Purse
Jetpack
Chandelier
Boat pun boleh
Ottoman
Wall
Bird Feeder
Idea, Idea!

XOXO,
Ema