Pages, Contacts, Travel

Friday, December 21, 2012

PANDORA

Branch Alamanda oledi open..nak yang ni boleh tak? please...

XOXO,
Mama Ema.

Treasure Hunt ERL

Last week..tetiba mr husband invite join group treasure hunt beliau. Wah..boleh ke my condition ni join in??

Tapi mr hubby cakap..dok dlm keta je..sebabnye treasure hunt ni bermula dr ofisnya ke melaka..wah..excited la. Dapat berjalan sambil mencari harta karun. So sebab sekereta 4 org..maka turut serta sekali adalah bos beliau dan ofismate.

Mulanya mcm nak tggal kakak sofea dgn bbsitter..but suddenly mr hubby ckp mcm tak meriah pulak sofea takde..so bertambah lah ahli kumpulan kami.

Overall ada 8 stop. Bermula di nilai 3 sampailah ke mitc melaka. Stop yg ke 6..stop yg mana kami kena drop harta karun kami d rumah anak yatim Payasum. Yg bestnya treasure hunt ni adalah berkonsepkan brg dapur. So setelah penat perah otak berfikir dapatlah kami bawang besar, putih, minyak masak, gula, garam..semua harta2 ni perlu diserahkan ke rumah anak yatim di Payasum. So plus point lagi dapat dlm program ni..berjalan,hunting sambil menderma! Alhamdulillah.

Tapi kat Payasum ni agak sunyi sepi masa kami sampai..rupanya semua anak yatim balik ke rumah waris msg2 sbb cuti sekolah..so tak dpt la beramah mesra.

Seronoknya lagi treasure hunt kali ni 90% soalan dapat kami selesaikan..woohoo.. tapi walaupun bnyk yg betul..still kami dpt 6th place dr 47 group.

Since ceo erl ckp its going to b annual program..insyaallah next year nak join lagi..harap2 boleh dpt better number.

Anyway, thx ye papa ajak mama join sekali..i really had fun..sampai tak dpt berkata-kata kepenatan petang tu.

Sunday, December 16, 2012

Bahagia & Membahagiakan - Prof. Dr Muhaya


Upon google around, terjumpa dengan satu blog ni dan review pasal kursus anjuran YBhg Prof Dr Muhaya. So inspiring. Rasa macam teringin pulak nak attend one of the course especially yang berkaitan dengan keluarga. Worth reading. So enjoy and happy paractise..

XOXO,
Ema.

Tuesday, December 11, 2012

The Best Father Ever - Abah

Thank you abah for being the most wonderful dad to all of kami 6 beradik. Abah sangat2 la sporting..and very2 supportive to all of us. Apa2 benda yang kami nak buat..(kalau yg ok dan murni la ye) for sure we will get 100% support dari abah. Kadang2 tu mcm tak percaya betul ke abah setuju ni...kadang2 rasa macam tak mencabar la pulak..mengada sungguh kan..

Ingat lagi dulu masa darjah 6 minta abah nak outing dgn kawan2..ala bukan pi mana pun makan kfc pastu pi la ronda2 kat supermarket nola tu..minta kat mak confirm tak dapat..abah bole on lak..siap kasi duit belanja lagi..

Pastu bila dah habis study minta nak kawin pulak..ingatkan kena marah..dia ok je. Abah memang cool la as a father. 

Pastu ingat lagi masa kecik2 aku selalu tanya abah macam2 pasal pelbagai benda..dan yg magicnya abah ada satisfaction answer untuk semua soalan pulak tu.. abah mmg super dad!
Kami 6 beradik bertuah sgt dapat abah yang macam abah. Sesungguhnya abah kami semua sangat sayangkan abah dan hanya tuhan saja dapat membalas apa yg abah telah berikan pada kami semua..

Nota: Insyaallah, kami semua cuba untuk tidak mempersiakan kepercayaan abah kepada kami. Amin.

Love u abah,
Ema

Mama vs Upin & Ipin

Recently sofea sangat addicted dengan upin&ipin. For me..satu dua episod ok..tapi kalau dah asyik ulang banyak kali that is something not healthy..geram. kalau dah tgk upin dan ipin..wah..semuanya dibuat nya tak endah. Ada satu hari ni..mama cakap sofea ni asyik tgk upin&ipin je..kenal lg tak mama ni..dia senyum2..mestila mama. 

Salah kitaorang gak..recent trip to jakarta..kononnya takut sofea boring, papa pun download la cerita upin&ipin. Bukan satu ada 10 semuanya.. sebelum ni sofea cuma tgk dalam youtube..bila dah asyik loading tu dia pun boring dan buka benda lain. Kali ni lancar je kan sebab download..mmg tak lepas le.

Sekarang ni mama telah mengisytiharkan perang dengan upin&ipin dengan rasminya. Really have to do something with this!!

Xoxo,
Mama sofea
Tengok tu nak posing still dengan Upin & Ipin
Konvo uncle Jejan pun diumpan dengan Upin & Ipin
Nak main bowling pun still dengan kawan baik nya
Still bz..bz..
Buat-buat tido bila mama suruh senyum..sbb bz dgn best fren

Saturday, December 8, 2012

Cerita Keluarga

Keluarga ada macam2 jenis keluarga. Yang miskin tapi bahagia..yg kaya raya tapi porak peranda. Yang nampak bahagia tapi menangis dalam hati. Yang tak bercampur dgn orang tapi bahagia in their own world. Tapi rasanya the heart of d family is the parent itself. Mcm mana didikan dan kelakuan mak bapa begitulah bentukan dan didikan ke atas sesebuah keluarga. 

Masa anak2kecil..yes the parent has full control tapi bila dah makin besar anak2 dah pandai cari haluan sendiri. Kalau mak bapa tak main peranan yang betul dan sesuai semasa pencarian haluan hidup anak2 akan mudah sesat dan hilang arah tujuan. Confuse. Tujuan yg murni akan berubah arah. Ibu bapa yg terlalu mendesak dan berharap akan memberikan tekanan yg hebat pd anak2. Setiap anak2 dan ibu bapa mahukan kasih sayang yg erat sesama sendiri. Akan tetapi bila tak dapat menanggung pressure yg hebat dr ibu bapa..akan banyaklah lahirnya cerita2 dongeng, tipu ditipu, banyak pihak.

Ibu bapa juga memainkan peranan yg penting memastikan anak2 sentiasa mempunyai ikatan kasih yang erat sesama sendiri. Brotherhood bondship yg kuat. Tiada perasaan dengki, jeles sesama sendiri, mahu jatuhkan adik beradik lain. Masyaallah jauhkanlah sifat2 ini sesama adik beradik. 

Peranan ibu bapa amatlah memainkan peranan yg penting dalam membentuk sahsiah keluarga yg harmoni. Mudah-mudahan semua keluarga di dunia ini sentiasa mempunyai bonding yg hebat.
Cerita ini diinspirasikan setelah menonton cerita Everybody's Fine.



XOXO,
Ema

Friday, December 7, 2012

Selamat Berkonvokasi Adikku

Akhirnya habis juga pengajian salah seorang adikku. Rasa mcm dah lama sgt adik yg sorang ni study..meninggalkan keluarga.

Tibalah masa pula menaburkan bakti pada keluarga dan negara. Aminn..

Alhamdulillah..dapat juga kami separuh keluarga pergi meraikan majlis angkat sumpah kedoktorannya di jakarta pada 29 Nov 2012. Bila dapat tahu ada majlis graduasi terdetik dalam hati nak pi..sebabnya sepanjang tempoh pengajiannya d jakarta takdela kakak yg sorang ni sibuk2 p melawat..so apa salahnya kan sama2 memeriahkan majlis. Lagi yang bestnya mak dan abah pun dapat bersama2 meraikan kegembiraan anak lelaki yg kedua ini. 

Kami pergi simple2 je. Itinerary pun ikut suka hati je. Niat d hati takdela nak bersoping sakan (cewah). Memandangkan keadaan diri ini dan anak kecil pulak.. malas juga nak jalan jauh sampai ke Bandung. Sakit pinggang woo. 

Disebabkan planning suka2 hati, sampai juga kami di Bandung, Tanah Abang, Central Park..hancur poket!

Cerita balik pasal hari angkat sumpah kedoktoran..memang sangat lama. Dari jam 8am sampai 3pm. Dewan konvo sederhana je..tapi majlisnya penuh dengan drama..ala2 teater. Ada menyanyi..deklamasi puisi..ceramah keagamaan. Penuh dgn pengisian. Sampaikan mak asik nangis je sepanjang majlis. Terharu. Lagi2 pulak Rizal represent pelajar malaysia memberikan ucapan di atas pentas..*clap..clap.

Seharian kat kampus..dah agak penat..so balik hotel dan tido. Malam pulak sambung jalan lagi. Ok, kalau rajin nanti sambung cerita shopping pulak ;)

XOXO,
Ema

Dengan lecturer - Dr Ingrid

Proud parents

Para Doktor Baru