Pages, Contacts, Travel

Saturday, September 29, 2012

Mimpi dan Pregnancy

Bulan pertama of my pregnacies, kerap sangat diganggu mimpi yang dasyat2. Mimpi orang mati, mimpi hantu, mimpi petir, mimpi tercabut gigi. Semua mimpi yang membuatkan aku berpeluh walaupun tidur dalam kedinginan penghawa dingin. Nak kata gangguan iblis waktu tu bulan Ramadan. Memang mengelirukan. First month memang sering tak cukup tidur. Tengah malam terbangun, dah tak boleh tidur. Pi kerja dah badan letih menguap seribu kali.

Actually, during the first trimester daripada pembacaan aku memang ibu- ibu akan dilanda ribut emosi. Emosi takut kehilangan, miscariage, dan macam2 lagi. So pasangan masing- masing mestilah kena menjadi seorang yang paling penyabar dan memahami. Kalau tidak berantakan la jawabnya.

Lagi satu adalah disebabkan hormon estrogen yang dihasilkan oleh plasenta yang mana ianya meningkatkan pengaliran darah dalam rahim. Secara tak langsung semasa ibu nak rehat,
Pengaliran darah yang tinggi turut menyebabkan gangguan emosi dan tidur. Subhanallah, istimewanya kaum wanita kan sebab dapat peluang mengalami semua kejadian Allah ni. So kita mestilah redha walaupun kekadang its just the max you can take at most time.

Love,
Mama ema

Friday, September 28, 2012

Pregnancy Apps

Browse around terjumpa a few apps berkaitan pregnancy. Tracking, advices and so on. Masih lagi mencuba, so far app Sprout macam menarik, ada macam2 info kat dalam tu.

Wednesday, September 26, 2012

Trimester Pertama Buat Kali Kedua

Motherhood experience for the 2nd time..wah, macam dah tahu semua tapi, memang lain betul rasanya. Dah hampir 3 tahun, so kebanyakkan pengalaman masa Sofea dulu dah tak berapa nak ingat.

Memandangkan ini adalah buat kedua kalinya, dah buat persetujuan dengan dear husband to make this 2nd time experience even more meaningful and full of joy memories untuk kami bertiga.ting! insyaallah. Lagi satu mana la tahu kalau-kalau dah ditentukan ni rezeki yang ke sekian kalinya. Jadi, haruslah kami make it this experience most meaningful.

Memang dalam tempoh 2 tahun ++, me n hubby ada buat family planning. 1stnya sebab my own mother start warning, jangan terlalu dekat jarak anak2 (thanks mak ingatkan!), 2nd nya memang pilihan kami pun untuk concentrate on membesarkan Sofea Raisha sebelum 2nd baby. Alhamdulillah dengan izin yang Maha Esa, perancangan berjalan lancar.

Awalnya, merasai perubahan diri semasa Ramadan yang lepas. Keletihan yang melampau-lampau. Rezeki Ramadan. 1st UPT negatif, so maybe takde apa-apa yang berlaku. Time tu, takde la nak kata sedih ke gembira ke, cumanya terdetik belum masanya lagi. So a week after, cuba lagi sekali (sebab P day stiil has not arrive) betul2 positif. Syukran! Dear husband punyalah excited. His reactions kan, memang not expected. Apa pun, mengenangkan reaksi dear husband, membuatkan hati sangat girang-gemirang!

Next phase, trimester pertama buat kali kedua. Masyaallah,  perubahan hormon sangat ketara. Yang pastinya bukan ibu mengandung sahaja..dengan papa mengandung sekali terkena tempias. Angin berlawan-lawanan. Angin taufan, ribut, greg semua pun ada. Mahu aja ada orang yang mahu balik ke rumah mak sendiri waktu2 genting sebegitu. Alhamdulillah, berkat kesabaran hati, dipujuk2 juga hati ini untuk banyak bersabar. Thanks to mak dan abah juga yang tergerak hati untuk sentiasa berulang-alik datang ke rumah yang secara tak langsungnya really support me up during my doom moment sepanjang Ramadan.

So raya 2012, minta maaf la banyak2, memang sangat the moody Raya. Takde nafsu Raya langsung, except mengenangkan Raya moment untuk Sofea dan keluarga di kampung halaman. Nasib baik tahun ini, tergerak hati buat preparation Raya awal. Macam tahu2 je. Alhamdulillah, puasa 2012, dapat puasa penuh akhirnya. Thank you Allah.

This time pregnancy, still the same. Disebabkan masalah hypo-thyroid, terpaksa berulang alik ke KK dan Hospital Pakar. Demi anak yang sihat walafiat, mama gagahkan diri untuk attend every appointment yang doktor bagi. Risiko hypo-thyroid ni masyaallah, kalau terfikir je pun, buatnya aku takut untuk pregnant. Sesungguhnya Ya Allah, sesungguhnya segala-gala yang akan terjadi telah disuratkan olehMu, hambamu yang lemah ini memohon kepadamu Ya Allah agar diberikan suratan yang terbaik buat kami sekeluarga. Sesungguhnya kami redha.

Alhamdulillah, this time around, ramai teman-teman seperjuangan yang turut akan bersama-sama berjuang untuk melahirkan khalifah-khalifah kecil di atas muka bumi Allah SWT ini. Happy sangat sebab ramai teman-teman yang boleh bersama-sama berkongsi suka-duka sepanjang perjalanan 9 bulan ini. Insyallah, this will be a great moment for all of us.

Love,
2nd time mama-2-be

Monday, September 3, 2012

Eid 2012

Raya kali ni, kepenatan double up. With low energy level, rage at the max rate (always..), lot of chores, and lots of travelling.
Tapi yang paling best detik2 bersama family tercinta.. Sampaikan sob..sob nak tinggalkan semua di kampung halaman tercinta. Rasa nak sambung cuti je lagi..

Tahniah mak dan abah sebab dapat siapkan semaksimum mungkin rumah di Karangan nun, sampai kita semua dapat beraya di sana. Walaupun rumah belum complete sepenuhnya but kita semua feel completed sebab dapat raya sama2 di rumah Karangan tahun ni. Thanks mak dan abah!