Makanan Ibu Sedang Berpantang Post-Natal
Kenapa perlu berpantang ye? Ni logik akal aku la kan, badan seorang wanita yang mengandung mengalami perubahan yang sangat2 besar dalam tempoh 10 bulan. Masuk pulak part bersalin, of course seorang wanita yang melahirkan anak akan mengalami kecederaan atau luka yang amat2 dalam di sekitar perut, rahim, dan ari2 yakni tempat keluarnya anak nanti sekiranya bersalin normal.
Semestinya, badan seorang wanita yang melahirkan anak tidak akan kembali normal 100% seperti badan seorang wanita yang belum pernah mengalami kecederaan bersalin. Jadi adalah afdal, untuk kita pastikan kesihatan dan kecederaan yang telah dialami tersebut pulih sekurang-kurangnya 80-90%. So mesti yakin, dan tabah untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran agar kita sentiasa sihat dan mampu dan menjaga suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain pulak nanti. Insyaallah.
So dalam memulihkan kecederaan tersebut, bersabarlah wahai semua wanita2 mulia yang telah melahirkan khalifah-khalifah Muslim di muka bumi Allah ini. Insyaallah setiap usaha dan kesabaran kita akan diberikan ganjaran yang baik dan setimpal oleh Allah SWT. Insyaallah.
Pemilihan makanan yang betul semasa tempoh berpantang adalah sangat penting dalam memastikan proses pemulihan berjalan lancar. Tak boleh makan, makanan sejuk, berangin ni bagi mengelakkan sakit2 sendi dan tulang. Makanan yang bisa juga perlu dielakkan, bagi proses memulihkan kesan luka. Silap makan, proses pemulihan seminggu boleh jadi 2-3 bulan. Takmo..takmo. Banyak info juga aku baca elakkan makan ikan masin/kering, sebab akan menyebabkan darah nifas berbau dan cepat kering, maybe tak keluar habis kot.
Antara jenis-jenis lauk yang boleh dimakan oleh ibu-ibu yang berpantang adalah:
(sumber: Google)
1. Ikan bilis – biasanya digoreng biasa atau pun dimasak sambal. tapi jangan terlalu pedas.
2. Ikan cencaru – biasanya dibakar untuk lebih sedap selain digoreng
3. Ikan haruan – lebih enak dibakar/ masak stim selain digoreng (jangan makan terlalu kerap ye, cukup 2-3 kali sahaja sepanjang tempoh berpantang, nanti kesan cantuman daging tak cantik)
4. Ikan siakap – masak stim
6. Ikan gelama – goreng
7. Ikan merah – masak sup
8. Ikan jenahak – goreng
9. Ikan selar kuning – goreng/ masak asam
10. Ikan kerisi – goreng/ masak asam
11. Ikan kurau – goreng/ stim
12. Ikan kerapu – goreng/ stim
13. Ikan senangin – goreng/ masak asam
14. Ikan tenggiri – goreng/ masak asam
15. Sayur sawi – sup
16. Sayur bayam – tumis air
17. Sayur kailan – goreng/ tumis
18. Sayur brokoli - stim/sup
19. Halia – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
20. Daun pegaga – dicampur dalam masakkan/ dibuat jus – elok utk tambah air susu badan
21. Milo/horlick – sesuai untuk sarapan dan minum petang
22. Biskut/roti – sesuai untuk sarapan dan minum petang
23. Ayam – dibuat sup atau dicampur dalam bubur
Antara resipi-resipi untuk lauk-pauk makanan ibu semasa berpantang:
NASI LEMUNI
Bahan-bahannya :
Beras (bersihkan dan toskan)
Santan (sama banyak dengan beras) ~ kalau beras 1 cawan : santan pun 1 cawan jugak
Pucuk Daun lemuni (dikisar & tapiskan - ambil airnya)
Serai (diketuk)
Halia (dihiris)
Halba
Bawang merah (dikisar)
Garam sesedap rasa
**Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti beras.
**Kalau nak lagi wangi, boleh masukkan daun pandan.
Cara-caranya :
Macam masak nasi lemak juga caranya.
Yang paling mudah, Masukkan semua bahan di atas ke dalam rice cooker.dan masakkan.
atau,
Masukkan semua bahan kecuali beras ke dalam rice cooker. Masakkan sekejap hingga mendidih. Masukkan beras dan kacau biar sebati dengan bahan-bahan lain. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.
**Boleh makan dengan ikan bakar, atau sambal bilis.
**Daun lemuni merupakan herba tradisional org Melayu (pantai timur) khasiatnya utk melancarkan darah haid. Petua ini diambil dari makcik urut Ibu; untuk wanita yg sering mengalami senggugut, elok diminum air rebusan daun lemuni. InsyaAllah, berkesan.
_________________________________________________________________________________
AYAM MASAK KERING
Bahan-bahan:
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.
Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.
Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.
DAGING LADA HITAM
500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.
_________________________________________________________________________________
IKAN GORENG HALIA MUDA
parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2
Bawang besar di mayang
Ikan digoreng garing
Halia muda di hiris
Bawang besar di mayang
Tumbuk halia muda dan bawang besar
Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat)
Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur)
* sedap dimakan dengan nasi panas2.
_________________________________________________________________________________
AYAM HALIA KUKUS
Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
Garam
sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan
Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas.
_________________________________________________________________________________
HALIA MUDA GORENG
Halia muda dihiris nipis2, digoreng (deep fry) dlm minyak panas sehingga garing. Simpan dlm bekas kedap udara.
Err..takkan simpan je kot.. Makan ler dgn nasik! Tapi goreng le byk2, tiap kali makan, seronok bila ada something yg crunchy munchy dimakan bersama nasi & ikan selar. hehehe..
_________________________________________________________________________________
SUP SAYUR CAMPUR
Bahan2:
Cauliflower, carrot, brocolli, halia, ayam.. (grinded pepper-optional)
Tak perlu tumis bawang putih, rebus semuanya.. hehe.. Make sure brocolli di masukkan paling akhir takmau overcooked.
_________________________________________________________________________________
AYAM PANGGANG
Bahan2: Ayam (seeloknya bahagian yg tak byk lemak), {halia, kunyit segar, bawang merah & putih, lada hitam- ditumbuk}
Cara: Perap ayam bersama bahan yg ditumbuk, bersama garam secukup rasa. Perap pada waktu pagi, panggang waktu tghhari. (boleh juga digoreng dgn minyak yg sedikit)
_________________________________________________________________________________
KERABU ULAM
Bahan2: Ulaman spt pegaga, serai kayu (daun salam), mengkudu dan daun cekur, {lada hitam, bwg merah, isi ikan selar panggang-ditumbuk bersama sehingga lumat}
Cara: Hiris nipis2 (jika suka) daun2 ulam (boleh campur jika suka), gaul bersama bahan yg ditumbuk. Jgn lupa garam secukup rasa. Boleh dibuat stok dan disimpan dlm peti ais.
Masa nak makan, gaul dgn nasi panas.
_________________________________________________________________________________
Masih segar dalam ingatan, pengalaman berpantang buat pertama kalinya. Seksa betul. Asyik fikir preparation nak menjaga baby, sampai lupa preparation untuk diri sendiri. Actually saya mengharapkan mak dan MIL prepare what I should eat and what should I not. End up, aku yang stress haha.
Takpela, yang lepas biar lepas la kan. Pengalaman pertama always sweet and sour. So kali ni, perkara pertama aku buat, mengoogle makanan yang yes-yes atau no-no semasa berpantang nanti. Harap semuanya berjalan lancar dengan bantuan suami tercinta k nanti!
XOXO,
Mama Ema
Comments
aku lak tgh mencarik jadual pemakanan yang tak over dan terbaek. Kalau kau ada, share eh.
Post a Comment