Pages, Contacts, Travel

Wednesday, June 29, 2011

10 Toddler Milestones 12-17 Months: Sofea Raisha

1. Gets Attached to Lovey
A toddler's strong attachment to a well-loved stuffed animal or blanket--a lovey--offers her a comforting sense of security. (Bonus: Her beloved blanket can even help tame tantrums!)

Cik Sofea ni pun ada bucuk gaks, bucuk dia adalah bantal bear. Tapi takdela kronik sangat attached nya ngan bantal bear ni. Sebab ada sekali tertinggal kat umah ibu dia (nanny sofea) sebab sibuk sangat nak bawak semua bantal pi sana. Malam tu alhamdulillah tido lena gak walaupun takde bantal bear.
tu dia bantal bear oya
i love bantal bear

my bantal bear
muka tak mandi lagi + bantal bear + cik su


Bantal bear
bantal bear lagi...

2. Starts Showing Right- or Left-Hand Dominance Set your child's spoon on the high-chair tray and watch--does he pick it up with the same hand each time? A 1-year-old might begin favoring one hand over the other.

Mmm...actually yang ni mama tak berapa nak perasan, tapi Sofea ni banyak kanan la. Sebab dah kena trained amik tangan kanan kan...

Kanan kan?

Kanan kan?
 
3. Loves Playing Games Even the simplest game of hide-and-seek might have your little guy squealing with delight. Playing games together is healthy for your toddler--and you!

Takat ni Sofea suka main khemah2. Suka sangat masuk dalam selimut, amik kain tutup kepala dia, pastu cak..mmg fave la main cak2. Kalau tak caya tengok ni..

Sampai macam ni skali lah..Main cak2 ngan papa

4. Holds Out Arms While Getting Dressed As a child becomes more coordinated, getting her dressed in the morning gets easier. Ask her to hold her arms out while you're slipping her shirt on. Voila!

Yes, buat ni, mmg Sofea dah pandai. Senang mama kasi Sofea pakai baju.

5. Has Perfected 2 Words Your little one likely will have perfected a couple of words by now--ball, bye, maybe even Mama or Dada. Keep talking with your tot and watch her vocabulary grow!

yeap...sofea dah pandai cakap:
mama, papa, cat, dog, rambut, ibu


6. Loves Her Reflection Mirror, mirror on the wall--your toddler is the fairest of them all! A baby-safe mirror is a great toy for this age; she'll be delighted by her own reflection.

Sofea suka gile tgk cermin. Kalu sikat rambut dia, kalau ikat rambut dia...cepat2 nak pi tengok cermin.

Tgk tu enjoy betul anak mama tgk cermin


7. Bends for an Object & Can Pick It Up The next time your little one drops a toy, watch to see if he'll retrieve it. He might now be able to bend over and pick up objects without falling.

Dah terer dah sofea amik barang tanpa duduk or jatuh ni.
kan, mama dah katakan..

8. Follows Simple Instructions A young toddler's brain is preparing for a game of Simon Says. Play a simplified game with your tot and see if he can follow basic instructions.

Dah pandai dah sofea ni. Kalu minta tolong amikkan remote control, cepat2 dia pi amik. tak kira la dia tengah nangis ka, tgh makan ke. sangat reliable.
Kalau handphone tu bunyi, dia la orang pertama yang pi amik dulu. Skema lak tu, kalau hp papa, papa je bole jawab. Kalau Hp mama, mama je la yang boleh jawab...orang lain tak bole, jenuh ko pujuk pun takkan bagi punya.

9. Enjoys Playing with Kids
Memang sekarang ni Sofea excited kalau nengok rakan2 sebaya. Tapi kadang2 tu mama tgk sofea ni ada gak jenis2 budak dia nak layan ngan yang tidak. Tak tahu gak le apa kriteria pemilihannya tu. Tapi yang jelas Sofea ni attracted to the opposite gender. Lumrah alammm....

Opposite attraction

10. Starts to Sort Toys
Ye lah...bukan takat sorting je..memunggah habis..so apa yang mama sofea buat..buat dek je la. I noticed that now, little sofea like to play with teddy bear, minnie mouse...then main make-up2..bagi teddy sit down. main ala2 keperempuanan tu. nak buat camne kan..girls are girls...

sayang..tu mama punya k..

Cheers,
Mama Ema

Monday, June 27, 2011

Korean: Big Things

Satu lagi drama Korean yang aku ngan chemi layan. Semalam tengok channel One HD, ada pulak cerita ni. Menarik, sebab pelakon dia hensem2, kiut2, comel2, mantap2. Lead actor dia tu yang berlakon dalam cite stairways to heaven. Korean lovers mesti kenal punya mamat ni.

Sinopsis (credit to Korean Drama Guide):
Seo Hye Rim is a hot-tempered news announcer who was fired by the broadcasting company, but is later elected to the National Assembly and became the first female president of Korea. She faces political pressure and potential impeachment from Kang Tae San and his followers, but survives with the aid of the prosecutor Ha Do Ya.
Drama remade after artist Park In-kwon's cartoon of the same name. Civil rights lawyer Seo Hye-rim jumps into the political race with Ha Ryu and becomes the first female president.


Main Casts : Ko Hyun Jung as Seo Hye Rim, Kwon Sang Woo as Ha Do Ya, Cha In Pyo as Kang Tae San, Lee Soo Kyung as Jang Se Jin, Park Geun Hyung as Lee Bae Ho. Lee Soon Jae as Baek Sung Min.
Total Episodes : 26 Eps

Setiap Sabtu dan Ahad: 10.05 PM
Channel One HD

Cheers,
Ema

49 Days

Sejak2 upgrade Astro Beyond ni, bertambah lagi addiction nak tengok drama Korean. Wah, tringat zaman universiti dulu, gile betul tengok drama Korea back to back. Tak tido satu malam pun sanggup. haha. Tapi zaman sekarang ni, ok lah tu, twice a week, tapi yang sangapnya kena tunggu la dan make sure time cerita tu ada kat umah.

Sekarang ni tengah layan cerita 49 Days
Comel2 betul Korean ni. Jalan ceritanya pun menyentuh jiwa. Sinopsisnya lebih kurang ginilah:

Seorang gadis ni koma akibat accident. Tapi akan diberikan peluang kedua untuk hidup sekiranya dia dapat bagi 3 orang selain ahli keluarga dia sendiri menangis untuk dia. Jadi untuk merealisasikan peluang tersebut, dia telah pinjam jasad seorang lagi gadis yang murung ni yang boleh bercakap dengan rohnya.

Jumlah episod: 20.
Setiap Isnin dan Selasa: 9.00 malam

Channel One HD

Cheers,
Ema

Camping @ Port Dickson

Percutian yang tidak dijangka...tup..tup dah sampai pun kami ke PD. Rupanya takdela jauh sangat kalau dari Putrajaya ni ke PD. Dalam satu jam setengah je. Mula2 kami nak lalu highway PLUS, tapi baru je lepas Nilai dah jem. Confirm jem sampai ke Seremban. So Chemi pun decide amik jalan alternatif. Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Kami lalu Nilai, Sepang, Lukut, dah sampai Port Dickson.

On the way tu lalu Sepang singgah beli Buah Naga dulu, kat sini memang banyak ada banyak buah naga ni. Sepanjang perjalanan memang ada je orang jual Buah Naga@Dragon Fruit. Chemi, adik beradik memang febrett abis la ngan buah ni. So kena la beli sekilo, dua..gambaq tak sempat snap. Tapi yang bestnya buah naga kat sini, kulitnya nipis, buahnya tebal. So puas la makan.

Kami sampai dah dalam jam 5, memang bertolak lambat pun sebab nak sampai petang. Apa lagi khemah dah siap bukak, berenang la. Sofea macam biasa excited nak swimming. Tapi kali ni dia pelik sikit, nape air ni rasanya masin??? Tapi Sofea maintain je mandi..

Bersiap sedia dulu before swimming

Banyak khemah kat sini

Security Briefing

Main air dulu

Snap picca dulu

Macam ni ye caranya..

Melayan Sofea dulu

Papa and Sofea @ PD

Nampak tak blakang tuh Avillion

Sunset view in PD

Sofea swimming la mama

Nak main lagi, tanak naik..
Actually ni 1st time bagi Sofea guna pelampung kat lengan tu. Bagus la, memang dia dapat floating dalam air. Siap kocak2 kaki lagi. Nanti nak bawak pi pool lak. Pelampung Princess sofea dah bocor dah..nanti la ganti yang lain pulak. Tapi Sofea pun bukan suka sangat naik bot tu..tak feel kot.

Memang meriah kat Pantai PD ni, malamnya ada Pasar Malam, ramai jugak la yang bercamping kat situ. Kami takde la bermalam, suku hari je kat situ. Tapi tengok ramai gak family yang bercamping kat tepi pantai nun. BBQ lagi, wah...memang interesting.

Dah puas mandi, makanya kena la cari tempat nak mengisi perut pulak. Lepas area town PD (dekat dgn Stesen Janakuasa TNB) ada Medan Ikan Bakar. Tempatnya bersih, siap terapung lagi. Memang menarik. Sangat rekomenkan semua untuk menjamu selera kat sini. Sebelum makan pilih dulu ikan, udang, sotong yang segar-bugar. Lepas tu pikir la pulak menunya.

Semua segar2. Harga ikut harga nelayan katanya

Bakal santapan kami

Ikan Pari Bakar

Antara menunya

p/s: Teringat masa mencandat sotong kat Ganu, makan sepuas-puasnya sotong
Memang hepi semua orang balik malam tu, walaupun penat sampai umah 2 pagi. Maybe next time bole sambung overnite pulak.

Cheers,
Ema

Tuesday, June 21, 2011

Rindu!

Weh, kak ema rindu la kat hampa semua..sob.sob!

Cheers,
Kak Ema

Sunday, June 19, 2011

Lullaby untuk Sofea

video

Sofea, kalau nak tidoq mesti nak pekena video ni dulu...ulang 4,5 kali round, kalau tak sofea yang tidoq dulu, mama Sofea la yang tidoq dulu jawabnya..

p/s: Happy Father's Day, papa Sofea. mmuah!

Cheers,
Mama Ema

Friday, June 17, 2011

So Long and Goodbye

So long dear

Tak cukup korum lagi..

Today is the last day, to a dear fren Fiza. Harap2 our relationship still maintain walaupun kita tak bekerja sebumbung lagi. U have been a great fren to me and lots of things we've been through together as colleagues.

Sedih to be apart, but life must go on. Aku doakan agar kita dan rakan2 lain sentiasa tegak dan terus teguh berdiri menghadapi segala cabaran yang mendatang. Insyaallah..

P/S: sempat gak kita pi tengok cite Karak sama2 kan ri tu..& sob..sob..next reunion adalah di lokasi yang sepatutnya ye kawan2.

Cheers,
Ema

Geram! Geram! Geram!

Kenapa lah ada orang kat dunia ni yang kreatif sangat. Dan yang paling penting tahu cara nak meluahkan kreatif tersebut dan juga tahu nak menghargai hasil kerja mereka tu. I am so envy of these peoples...tak tahu nak cakap apa memang geram! geram! geram!

Ikutkan hati nak sangat buat, tapi anjakan paradigma tu belum ada. Sangat tabik la, all these creative and know how to be creative and yet their time spend. Actually my mum is one of these person. Kadang2 rasa macam kerja diaorang tu macam buang masa je kan..actually the outcome and the most important thing is the satisfaction when something done and is just right there before your eyes...demmm...bila la agaknya my turn ni.

Upon blogwalking, terjumpa satu blog ni...sekali lagi geram! geram! geram!..she is really dem talented and soooo creative. berbunga-bunga hati tengok blog kakak ni.Antara contoh2 kretifnya:

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Semua benda dalam rumah customize
Best kan jadi orang kreatif ni, and have the guts to produce them. Menanges tengok.... :(

Sebelum lupa, kalau nak tengok lebih banyak lagi, dan mencuba free tutorial dalam tu pi la kat blog Make It and Love It. Tapi nanti kalau cuba jangan la lupa share ok. Boleh tarik semangat sikit.

mmm..hajat di hati nak post collection hasil kerja tangan my mum. Nanti la kalau berkesempatan boleh share and memorialize it here.

Cheers,
Ema

Monday, June 13, 2011

Family Day @ Sunway Lagoon

Thanks to E-Mas sebab dah bawa kami semua berFamily Day di Sunway Lagoon. Dah lama tak pegi Sunway Lagoon, rasanya last pegi time sekolah rendah kot. haha...so ingat2 lupa je apa yang ada kat dalam sana tu.

Actually sepatutnya kami pergi berlima, including my brother and sister. Sebab kat Kedah nun, dah start sekolah keesokan harinya, maka sekatan telah berlaku. Untuk memastikan tiada pembaziran tiket, dengan senang hatinya kami offer to beloved pakcik and makcik untuk turut serta..tapi khalish dan khalash kena beli extra tiket la.

Untuk yang berminat nak pi Sunway Lagoon, harga tiket untuk 3 Park adalah RM80-Dewasa, RM65-Kanak2. Tapi kan kalau beli online lagi murah tau - Dewasa-RM60, Kanak2-RM48. So beli online je. Lagi satu 3 Parks ni cover Water Park, Amusement Park & Wildlife Park. Ni pun tak larat nak main dah. Tapi kalau ada yang nak cuba aksi extreme kat sana...kena la beli yang 5 parks. Harga semua boleh refer kat page ticketing.

Lagi satu, sesiapa yang nak masuk Sunway Lagoon, no outside foods and drinks, wokeh. Memang ada checking kat depan gate masuk siap check sampai dalam beg. Tapi kalau korang ni pandai bab hide and seek ni...silakan. Sebabnya kat dalam tu, the food prices, Masyaallah...mcm ala2 berada di US gitu takpun kat Europe. Mahal.

p/s: Baby food supplies dibenarkan masuk. Jangan risau.

Seterusnya layan je lah..

Muka 'nape tak mandi lagi ni?'

Senam robik dulu warming up

Sofea and mama ready to terjun

Sofea tengah membiasakan diri

yeah, berteduh dulu

Papa semangat

ok, masuk sini dulu ye..

Sofea ngan abg khalash

lidya and nasrul - so long and goodbye (he is leaving e-mas oledi)

Sofea and airyn

Sofea practice swimming

Rehat dulu

Moving on to 2nd pool

Makan icecream half asleep-mcm ni la rupanya

Ingatkan nak tido, sambung mandi lagi

mmmm...best, panas2 dapat main air

Hepi papa

Finally

Papa berjimba atas Pirate's Revenge

Mr Stripey - Lagi besar dari kat zoo negara

Still moody baru bangun tido

Sofea bad mood lagi, mama masih teruskan usaha

tu la rupenya hairless guinea pig-dlm cermin yaw..

Ok, best dapat tgk bird

Actually experience kat sunway lagoon ni mmg best la..sebabnya ada water park, wildlife park, amusement park...wah mmg best la. Nak, nak pulak ni 1st time kami bawak Sofea ke water park. Mandi sampai tertido lah..Tapi kalau pi ramai2 lagi best kot. I mean kalau ada adik-adik, abg semua la...memang enjoylah..kena plan masa betul2 nak main yang mana dulu. Sebab tempatnya luas sangat, dan rasanya memang berbaloi la dgn harga tiket tu. Tapi kena main sepenuh jiwa dan raga la. Takat masuk, tengok orang main je, buat pe kan...?hehe. Berbaloikan wang ringgit anda-lebih kurang gitulah bunyinya.

P/s: Teringat zaman dulu, dengan Rizal kat sunway lagoon, boleh pulak dia naik apa benda tu yang pusing 360' tu, dah duduk, boleh pulak dia lari keluar..harap2 zaman besar2 ni dah ok la dik ye...;)

Cheers,

Ema