Pages, Contacts, Travel

Sunday, May 30, 2010

Kursus Induksi Umum

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga panggilan untuk Kursus Induksi Umum dan yang paling seronoknya ini merupakan requirement yang terakhir untuk sah dalam lantikan.

Actually terdapat beberapa syarat sebelum sah lantikan dalam jawatan kerajaan ni. First sekali, mesti hadiri Kursus Induksi khusus yang akan dibuat oleh jabatan masing-masing. Keduanya mesti lulus Ujian Undang-undang. Ujian Undang-undang selalunya diadakan 2 kali setahun. So boleh la daftar sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh periksa. Boleh check dari laman web JPA about the exam. Bila dah lepas ujian undang-undang ataupun belum, boleh la terus ikuti Kursus Induksi Umum yang kebiasaannya akan dianjurkan oleh pihak JPA. Sebenarnya sebagai penjawat awam yang baru dilantik, kita diberikan tempoh percubaan selama 3 tahun untuk sah dalam lantikan. So dalam tempoh 3 tahun tu, kena la lepas ketiga-tiga prasyarat tersebut tadi.

Dalam Kursus Induksi Khusus yang dianjurkan oleh JPA ni. Biasanya akan mengambil masa lebih kurang 14 hari. Ianya akan diadakan di mana-mana INTAN di seluruh negara. KAlau nak cepat dapat kursus induksi khusus ni, biasanya kenala be a little bit proactive. tanya2 la pihak JPA selalu untuk masukkan nama kita dalam tu.

Untuk tahun ni, kursus bilangan yang terakhir baru je lepas. Tak tahu kenapa, tahun 2010 hanya ada 3 buah kursus sahaja yang dianjurkan. Nasib baik nama ada untuk kursus yang terakhir tahun ni.kalau tak kena la tunggu lagi. Kebiasaannya, semasa kursus kita perlu menghadiri setiap kelas yang diadakan. Jumlah kelas yang perlu dihadiri adalah lebih kurang 25 kelas. Semasa menghadiri kursus, peserta akan diberikan satu tugasan individu dan satu tugasan berkumpulan. Dan pada akhir kursus, peserta perlu menduduki ujian yang mempunyai 2 bahagian iaitu Objektif dan Subjektif. Bahagian A Objektif, terdapat 40 soalan manakala untuk Bahagian B, terdapat 8 soalan dan peserta hanya perlu memilih 4 soalan untuk dijawab. Setiap peserta mesti lulus sekurang-kurangnya 50% untuk lulus kursus induksi khusus ini.

Sepanjang kursus juga peserta akan dinilai, dari segi penampilan diri, akhlak, pembentangan kumpulan dan juga tugasan individu dan berkumpulan tadi. Jumlah semua markah yang diperolehi mestilah melepasi 50% sekurang-kurangnya untuk lulus. Sekiranya tidak melebihi peratus tersebut, peserta perlu mengulangi ujian akhir kursus induksi umum tersebut.

Sepanjang kursus ini, terdapat juga aktiviti senaman ringan yang akan diadakan. Jadi dinasihatkan sesiapa yang akan menghadiri kursus ini untuk membawa pakaian sukan yang bersesuaian. Pada awal kursus, semasa pembentukan kumpulan (2 hari pertama), pakaian sukan perlu dipakai sepanjang program.

Oleh kerana peserta perlu melakukan tugasan dan pembentangan secara berkumpulan, juga dinasihatkan untuk membawa laptop bersama bagi memudahkan peserta membuat tugasan nanti. Terdapat juga beberapa peserta yang turut membawa printer bersama untuk kemudahan masing-masing. Namun begitu, jangan khuatir sekiranya anda tidak mempunyai laptop, pihak INTAN ada menyediakan makmal komputer untuk digunakan. Mesin pencetak juga disediakan untuk kemudahan peserta.

Untuk makluman juga, bagi penginap di asrama, pihak INTAN tidak menyediakan makan/minum pada hujung minggu. Jadi peserta terpaksa lah makan di luar. Jadi lebih mudah sekiranya anda berkereta sendiri ke tempat kursus atau tumpang kawan yang ada kereta untuk keluar makan nanti.

Tempat saya berkursus tempohari adalah di IKWAS, Kluang Johor. Kami dibenarkan keluar, asalkan tidak melebihi jam 12 malam. Setiap hujung minggu kami juga dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing. Tapi tak tahu lah, if this regulations apply to all INTAN or not. Alhamdulillah, kursus dah habis, sekarang tinggal tunggu keluar result je lagi dan surat confirmation.

Maeklong Market

Tempat ni memang 'A' la for unique place. Really want to visit this place. Sebenarnya tak pernah tahu pun pasal pasar ni. Sebelum ni cuma kenal Chao Phraya, tempat floating market tu. Ok, before that this place is situated in Thailand.



Kalau difikirkan, takde tempat lain ke untuk berniaga? banyak2 tempat kat tepi landasan keretapi juga nak buka pasar. Memang pelik kan?

Tapi percayalah, pasar basah ni memang dibuka di tepi landasan keretapi. Ada yang jual buah, sayur, makanan, ikan, macam2 benda lagi yang ada. Sehari ada 8 kali keretapi yang akan keluar masuk, memandangkan stesen tersebut merupakan stop yang terakhir, so keretapi tersebut akan stop for a while there.



Stesen ini telah dibuka pada tahun 1905, dan menghubungkan beberapa pekan di sekitarnya. Kalau rasa nak melawat di sini, boleh la naik keretapi dari Bangkok ke Stesen Maeklong.

http://blog.hotelclub.com/maeklong-market-maeklong-railway/

Krisis Negara Jiran

Recent Baju Merah, Baju Kuning tragedi di negara jiran telah sekali lagi menggegarkan dunia. Kalau terlalu obses dengan politik, memang tak pernah menguntungkan negara. Tapi yang peliknya, politik juga la dapat menggerakkan negara...kalau dahulunya zaman pembangunan negara sebelum capai kemerdekaan, yes...persatuan sangat diperlukan bagi menunjukkan kesatuan sesuatu bangsa, komuniti....tapi apabila kemerdekaan telah dicapai pembangunan dikecapi...ketamakan mula melanda. yang paling kesiannya..rakyat-rakyat yang masih belum menyedari mereka adalah boneka politik....rakyat bermati-matian dengan so called kesetiaan or whatever it is...pemimpinnya di mana...di luar negara, biaya pasukan bola...tengok bola...ntah apa lagi pun tak tahu yang dibuatnya.

 Tapi yang paling sedihnya, sedar tak sedar perkara ini, telah memberikan kesan yang teramat kepada industri2 kecil di negara tersebut. Sektor pelancongan khususnya....sekiranya, berita2 kemusnahan terus terpampang di muka-muka berita utama..tell me, siapa lagi yang berani nak 'singgah' di negara tersebut. Kalau sebelum ni pernah terjadi tragedi, lapangan terbang telah ditawan oleh aktivis politik..nak tunggu lagi ke, nak cari penyakit lagi ke? kelumpuhan sesuatu lapangan terbang bakal membekukan ekonomi sesebuah negara. Tiada lagi pelancong yang berani, berani untuk datang berhibur, relaks di negara yang penuh isu. Tak pasal2 kena tawan pulak...hajat nak bercuti, tapi jadi tawanan.

Kesian, makcik2 yang sumber rezekinya daripada pelancong luar. Contohnya, penjual2 souvenir khususnya...when there is no tourist, takkan org tempatan pulak yang nak membeli..pening kepala peniaga2 yang bergantung dengan ekonomi pelancongan. Negara ini merupakan negara favourite, pelancong...sebab tempatnya cantik...kosnya murah. Terdapat pelbagai perkara yang unik terdapat di sini. Masya Allah, rakyat negara ini memang terkenal dengan kreativiti mereka. Hasil seni, hasil kraftangan, memang cantik2...yang penting affordable. Kalau nak shopping kat sini...wow...memang heaven. Pernah sekali singgah di sebuah pasar kraf di pusat bandar...seharian jalan pun tak puas lagi. Semua benda ada di sana. Memang best.

Tapi bila difikrkan...direnungkan kembali...back to reality..hmmm will I be back there again. Yes, tapi tunggu kestabilannya dulu lah...

Thursday, May 27, 2010

End of Course

Yeay...! finally end of story oledi..
but i think many to comes after this.
but pls, let sofea besar lagi sikit baru nak pegi next kursus.

after 3 week courses..smalam gone through presentation. and this morning...wahhaah..exam!
smalam punya presentation ok la...not for my 100% satisfaction. but still ok.

this morning punya exam, i think utk objective part I am 80% satisfied, but subjective mcm 50% je..
but anyway, Ya Allah Ya Tuhanku...Sesungguhnya aku telah lakukan yang terbaik dalam jangkamasa tersebut untuk study. Harap2 semua ok.

Sungguh terharu ok....rakan sekumpulan, INOKA. boleh buat surprise celebrate birthday I kat KFC Kluang. Wowee...sangat2 terharu dan really surprise with da cute cake. It was double celebration for me and my colleague...bakal DO Kulai ye. we are the May borners..bole tak?

apapun lega sangat sebab exam and presentation dah habis...now back to real world again...!

Sunday, May 23, 2010

27th Birthday



Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi, dah 27 tahun rupanya berkhidmat sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat kedua ibu bapa, yang amat disayangi. Tiada siapa di dunia ini dapat menandingi kasih sayang yang telah dicurahkan sejak mula-mula diriku mengenali dunia yang fana ini.

Buat suami tercinta, telah setahun 2 bulan kita melayari bahtera perkahwinan, dan alhamdulillah, dah dianugerahi penyeri hidup kita. Sambutan birthday ke-27 ini, amat istimewa pada tahun ini, sambutan kedua sebagai isteri dan buat pertama kalinya sebagai seorang ibu.


Saturday, May 15, 2010

Sofea Merajuk

nasib baik bole balik umah this week..dapat la jumpa my baby.
baby sofea merajuk abis..sebab kena tinggal ngan mama.

My Little angel...bukan sengaja mama nak tinggalkan sayang.
I have to b there, for some reasons for ur future dear..
pls understand k my dear.

Wednesday, May 12, 2010

1st day

Feel weird and awkward, without little Sofea by myside. Ya Allah tabahkan lah hati mama dan Sofea untuk berjauhan pada kali ini.
Tadi baru lepas call dear hubby, Sofea bebel-bebel dalam keta lepasa hantar mama. Alhamdulillah serasi dengan nenek. Harap2 little Sofea understands the situation.
I love you, my sweet daughter! And Thanks papa for all your support and love..

sob...sob

I am writing this at 12.50am in the morning, as I am leaving for my 2 weeks courses in Kluang, Johor in more/less 12 more hours. This is my first time leaving my husband and my little angel for quite a while. Really big thanks and all my greatest appreciations ever to mak, as she is willingly fly from Kulim to Putrajaya to take care of my sweet angel, Sofea Raisha.

I am praying togod, to give me full strenghth while I am away from the person I most care and love.
"Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kekuatan dan ketabahan pada diriku dan hatiku agar dapat berjauhan dengan mereka. Sesungguhnya tiada sedetik pun masa yang berlalu yang aku tidak memikirkan mereka yang menyayangiku. Ya Allah, aku mohon kepada Mu lindungilah kami semua di bawah rahmatMu. Amin, Ya Rabbal Alamin."

Monday, May 10, 2010

Happy Mother's Day

My first year as a mommy. Thanks Sofea Raisha for making this life even more wonderful..I love u sayang mama.

Sunday, May 9, 2010

Cite Akok Salor

Akok Salor, is the finest Akok you can find in Kelantan. That statement is officially made by me. Avtually before this, I did not like to eat them, until I taste this one...The taste, whew, really yummy!

The basic ingredients: Flour, Egg, and Brown Sugar(Gula Merah). The taste...mmmmp, again ...yummy!

Selalu, kalau balik PAsir MAs, mesti tak ketinggalan pegi beli Akok ni, kalau masa bulan Ramadan. Masha Allah, punya lah ramai orang, lepas subuh dah kena line-up for your Akok.

Akok ni, 3 biji = RM1. Tak tahu la nak kata mahal ke tak, sebab rasanya the good taste is priceless..

Acuan Akok


Akok di bakar antara dua bara api
Traditionally cooked between burning charcoal


Akok Salor, 3 pcs=RM1



My Full Saturday

Spending a day with loves one....is one of the most precious thing I treasure.

Papa, Mama & Sofea

We started our day to the Mom & Baby Expo at the Midvalley, KL. Wowee, there is a lot of mama, papa, and babies....Tapi memang best la...banyak benda2 yang we can seee from internet, is there.

Mama Testing Moby Wrap

I am really happy to see all the baby slings, pouch and moby wraps...wah finally i can see all various of things there. Tapi sebenarnya sebab tak plan nak shopping sangat pun, except finding Sofea's new car seat. Kat situ, almost all brands semua ada. And I am eyeing this Combi Car seat...weee....so cute little pink kaler.

Masa ronda2 tu..tersinggah kat one shop, that sell baby material made of corn. Very the non-chemi, healthy for babies. Actually little Sofea takde la this very sensitive and allergies skin..tapi since she is starting to bite things. I bought this little candy teethers for her. Little Sofea really love them. And the good things is , it is made from Corn Starch, and...yummy, I wonder does it have corny taste...yummy!

Sofea New Organic Teether
  
Little Sofea In Sling

Little Sofea Sleeping soundly in Mama Craddle

Sofea wanna have ABC, pls mama, pls...


Tuesday, May 4, 2010

7 – 9 May 2010 : Mom & Baby Expo 2010

Lets go to Mommy & Baby Expo at the Midvalley from 7-9 May 2010.
Lots of freebies and gift to be won.

Redang 3 Days 2 Night


Beach View Dining Hall


Deluxe Room View


Front View Berjaya Beach Resort


Ayura Spa

Dear Readers and travellers,

For those who are interested to join us for family vacation in Redang Beach Resort for 3 days and 2 Night, fullboard (including meal), starting from KL-Redang Island-KL please do not hesitate to call and make your booking. For this June journey from 17-19 June 2010, all in package only cost you about RM398/per person.

rahimah/shuhaimi - 0127973267

For more pictures: http://www.berjayahotel.com/redang/gallery.asp

Clamp...or clamp.

Habis mood hari ini, clamping punya pasal. Baru je excited mood-mood vacation, tetiba lak kena potong ngan geng2 BPH ni. We know that all of you are just doing your job. Tapi kan kekadang ni, pengurusan so kepoci, macam dah takde keja lain. Datang clamping keta orang dekat housing area tengah2 malam. Hello, kerja2 u all ni dah la of course nak kena claim OT kan, pastu suka2 clamp keta org tanpa soal selidik, RM50 for 1st timers, RM100 for 2nd timers and kalau kali ke3 terus kena keluar kuarters.

Sebenarnya i think all of these systems, betul2 menyusahkan. kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. ni dah kira betul2 menyusahkan rakyat betul. lagi2 rakyat ni la yang dok jadi pencacai siang malam buat kerja untuk kerajaan.

dah dapat kemudahan tinggal di kuarters, kena mambanci lak beli kete. tak bole ada dua, nanti tak cukup parking, parking tempat tak betul dah kena clamp pulak. memang betul2 menyesakkan kepala otak. before this they introduce sistem sticker. suppose yang ada sticker je la bole parking in. tapi sekarang besepah keta tadak sticker, yang lagi tak puas hatinya kereta ntah hape2, yg tak jalan hampir setahun dah still memenuhi parking-parking basement yang tak seberapa. tolonglah fikirkan hak2 orang lain yg memang hari2 keluar masuk parking. lagi2 yang ada anak kecil. orang lain dah menyumpah keta dan tuan keta, lagi tak paham2.

Pihak BPH perlu memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah parking yang membelenggu penduduk kuarters di Putrajaya. Sistem sticker merupakan langkah pertama yang memang dipuji, tetapi kenapa tidak dikuatkuasakan. Sistem tu macam melepaskan batuk di tangga je. ala-ala kadar punya kerja. ni lah orang dok cakap BPH tak buat kerja. Sebenarnya action taken, tapi tak siap, pastu rajin buat kerja lain. Menghabiskan duit rakyat bayar OT korang je.

Apa-apapun, I hope they will solve the parking issue and enforce the sticker usage immediately/soon.

Monday, May 3, 2010

Fabulous Weekend

What a weekend....
From Putrajaya-Marang-Pasir Mas-Tasik Banding-Back to Putrajaya.

Whew..we had already go around halfway of Peninsular Malaysia last weekend. We had really enjoy ourselves there in Marang. My hubby with his brothers and also my sister spend their night out at the middle of the sea to catch squid.

'Mencandat sotong' is one of happening event if u r into fishing. This season April-June is the best time to catch squid. Kami bertolak dari Putrajaya dalam jam 9am that morning, then singgah jap at my frens's and my hubby aunts house, nak tengok baby kat Bentong dan Mempaga. Sampai kat umah Kak Elmi, just finished her confinement, kesian tengok dia, all alone watching 4 little brats. Includes new born Putri. Gosh, Putri is so cute.


"Sofea Raisha and Puteri Dania"

Kitaorg bertolak terus ke Marang dalam jam 12tgh, and singgah jap kat Kelulut beli keropok lekor...sedap..

Sampai kat Marang lebih kurang jam 5 lebih, by the time semua dah ready untuk turun ke laut. Luckily they manage to get bot pelancong this year. So the condition is quite good. Tapi mama tak de la pulak join sekali. Sebab kesian kat baby Sofea cari mama malam nanti kan.

So the following is the faces of Juara Joran 2010. Tapi sayangnya, separuh daripada mereka telah kecundang di pertengahan pelayaran akibat loya-loya, pening-pening dan muntah-muntah. tahniah kepada yang selamat bertahan dan mendapat hasil tangkapan pada malam tersebut. Akibat laut bergelora pada malam itu (tak bape sangat pun, penangan nasi kerabu mama nisha petang tu la...), pelayaran terpaksa dihentikan pada jam 1.30pagi.

Pasukan joran candat 2010 berjaya membawa pulang hasil angkapan sotong sebanyak 70++ ekor.

Juara Joran 2010 jatuh kepada Adik Pejal, berjaya mendapat tangkapan lebih kurang 20 ekor..