Pages, Contacts, Travel

Tuesday, December 20, 2011

Panduan Tukar Sekolah

Recently, ada buat sedikit research cara-cara nak buat pertukaran sekolah. Almaklumlah, year end kan, so next year dah nak masuk sekolah baru pulak.

Tapi ni cerita nak masuk sekolah kebangsaan ye, bukan cerita masuk nurseri. ;)

1. Minta borang untuk tukar sekolah dari sekolah yang sedang dihadiri. (Jadual 3)

2. Isi borang tersebut selengkapnya, dan lampirkan perkara berikut:
  • Salinan Surat Beranak
  • Salinan KP
  • Salinan Sijil Nikah ibu bapa
  • Surat Tawaran Kuarters
3. Bawa semua borang yang lengkap diisi kepada Pejabat Pelajaran tempat untuk bertukar.

Nota:
No. Tel Pejabat Pelajaran Putrajaya - 03-8888 8922, 8890 3070, 8890 3069.
SMK Presint 11 (2) - 03-8890 3490

Cheers,
Ema

Saturday, November 26, 2011

Stress Kerja!

Kerja kuat2 dan bersungguh2 pun kadangkala hasilnya amatlah mengecewakan. Apatah lagi kalau orang di sekeliling langsung tidak cuba sekelumit sekalipun memahami akan masalah sebenar, malahan masih mencuba untuk mencari kesalahan walau sebesar kuman pun, takpun kesalahan orang lain tapi masih mahu ingin mengaitkan dengan perkara yang sebenarnya berlaku.

Jadi penjawat awam ni, kadangkala buat aku terpikir...memang dah rasanya kena mengabdikan diri dengan kerja dan kerajaan. Sebab tu la aku pelik la jugak kalau masih ada yang accusing kerja kerajaan ni senang. Belum cuba belum tahu. Tapi kan, kalau difikirkan, mungkin bergantung dengan perwatakan/keikhlasan seseorang yang bergelar penjawat awam itu.

Kalau dianya seorang yang bertanggungjawab, selalu rasa bersalah kalau anything wrong related to tugas hakiki...dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki everything pastilah dianya kerja tak cukup tangan tak cukup masa pun dalam sehari tu.

Tapikan, kalau dianya peduli apa dengan apa benda pun nak jadi di opis. aku dibayar gaji 8am-5pm, isnin-jumaat, ada aku kesah benda yang berlaku di luar waktu itu....?????? makanya ikut suka hati mak bapak dia lah nak buat apa benda pun kan..

aku ni tak tahu la pulak kategori yang mana, tapi yang pastinya aku mmg rasa tak tenang kalau everything is not at the correct place. Mahu nak tempeleng sekor2, sorang2, sebuah2...dan apa2 lagi yang inter-related dengannya...
Jadi Baby pun stress gak....!

Walau apapun aku hanya mampu berdoa akan segala-galanya dipermudahkan buat diriku, keluargaku dan sahabat2ku..

Cheers,
Ema

Tuesday, November 1, 2011

IKEA juge!

Last weekend cam ramai jek yg berweekend di ikea. Sofea dan mama pun tanak ketinggalan gaks. Tapi sbb papa nak brtesco gak, makanya kami pun park di tesco dan jalan je ikea thru the curve. Actually ni 1st time mama sofea ke the curve. Best gak rupanya ada street market kt dlm tu. So sempat la tambahkan koleksi shawl.



Mama Sofea nak wat bilik Sofea

Sofea kata nak bilk macam ni papa

Dapnye celem ni mama

Posing dolu - Sofea still dengan celem

Tggu Sofea habis celem sebelum street market
posted from Bloggeroid

Test from android

Testing OK.



posted from Bloggeroid

Wednesday, October 26, 2011

Sabah 7H6M

Ok, post kali ni nak sharing pasal jadual perjalanan kami di Sabah. Sharing is caring kan..

Selalunya kalau nak jalan2 je ke sabah, tak payah stay lama2 sangat. Cukup 4H3M. Tu pun dah banyak hari. Almaklum je la, lagi lama stay lagi banyak la RM keluar.

Percutian kami kali ni ambil sampai 7H6M, sebabnya kami nak menziarahi saudara-mara di sana. ikutkan stay sebulan kot baru cukup, so kami pun ambil yang wajib je la. kekeke.

Sepanjang 7 hari kami decide untuk sewa kereta untuk 4 hari pertama, sebabnya senang kami nak bergerak ke satu-satu tempat. FYI, jalan2 di Sabah ni agak mencabar, so driving skill diperlukan ye di sini, sebabnya jalan raya di Sabah tak seperti di Semenanjung. Nasib baik la kami bawak skali driver kami yang sungguh otai itu...iaitu nenek Sofea. So kalau nak pi jalan jauh, kena la sewa kereta yang mantap sikit. So sebabnya kami ni ber4, dan paham2 je la barang2 kami masyaallah punya banyak, chemi decide untuk sewa kereta waja. so boleh la nak agak2 nak simpan barang tu mcm mana.
Kereta yang kami sewa ni ok la, alhamdulillah dapat yang murah. Kadarnya RM100/hari. Ni lepas nego la. So kami takde la amik sampai 7 hari, masak tu nak bayar, kami amik 4 hari pertama, so lagi 3 hari di KK, kami jadi road runner je.

Kereta sewa-plat semenanjung lak tu

Penginapan pula, sebab dah kata ziarah keluarga kan, so of course la kami overnite rumah sedara-mara di Sabah. Tapi 3 malam di KK, kami stay di Hotel Daya Kinabalu. Bukannya apa, kesian pulak nak stay rumah sedara, dan buat mcm motel pulak. Atas keselesaan semua, spend another bunch of RM untuk stay di hotel. Rate untuk Hotel Daya Kinabalu adalah RM130/nite.
Hotel Daya Kinabalu ni, ok, sebab dia teletak tgh2 bandar KK. Dekat dengan jeti kalau nak ke Pulau, dan juga dekat dengan Pasar Kraftangan. Walking distance sahaja.

Flight kami jam 1025 pagi. So seawal 830 pagi kami dah tiba di LCCT. FYI skang ni kena check in online, kalau check-in di kaunter kena bayar RM10. Dah check-in online tu, kena la print tiket sendiri, takpun guna mobile check-in bole scan barcode di kiosk dan print tiket di situ. Kalau ada hp canggih la, kalau tadak print je siap2.

pastu trip kali ni kami beli siap2 beg sorang 15kg, untuk nenek sofea haku up lagi sampai 20kg, sebab dah tau dah mesti banyak punya brg nenek..kekeke. jangan marah ye mak. so overall kilo yang kami purchase online adalah sebanyak 50 kg. masa check in bag..mmg dup dap..sebab beg bukan main besar dan banyak sofea sorang je dah satu beg. alhamdulillah ngan2 je, kilo beg kami 49kg. kusss semangat. baru pegi ni, balik amacam lak ni.
actually masa beli tiket aku dah up dah sorang 5kg, tapi nampak gayanya ni mcm terlebih je ni. so masa nak check in online untuk flight balik kami tambah lagi bagage kilo sebanyak 20kg, lepas campor tolak, bahagi darab semua. masa nak buat check in online tu kami beli siap2 tambahan bagage tu. so kena tambah lagi rm40. alhamdulillah mmg ngam2 je, jumlah kilo bag kami 80kg. perghh...terer gak kami budget.

satu lagi info, sebab kami nak print tiket lepas web check-in kan, di daya kinabalu hotel ada servis printing. so kami print je tiket kami kat sana. next time, bila dah ada hp canggih ni, kami print kat airport je la nanti.

ok, 1st day sampai kami terus amik kereta sewa di airport. senang. terus load barang dan off to beaufort, rumah kungkung. on the way tu kami singgah di papar makan soto dulu. dah isi perut kami terus ke kampung pasung, beaufort. Kungkung ni adalah panggilan moyang aku yang bernama Angih. Kungkung ni berbangsa Cina, kesian kat dia stay sorang2. Popo baru je meninggal awal tahun..sob..sob tak sempat bawak jumpa dengan Chemi dan Sofea.Kitaorang stay di situ 1 nite.
Sofea dan qaram
Keesokannya, kami jalan2 di pekan Beaufort dan singgah makan lunch di Brunei Satay House. sedap satay dia...yang paling syahdunya makan mi rojak sabah. sedap beb. teringat2 sampai la ni.


mi rojak sabah

Makan di Stay House Brunei
Pastu kami teruskan perjalanan ke Kg Kayau di Papar. Stay sana 1 malam.

Kanak2 ribena di Papar

Keesokan harinya kami teruskan perjalanan ke Keningau. Kami lalu jalan Kimanis-Keningau. Jalannya lalu gunung-ganang, bukit-bukau, aku mmg serender la kalau nak drive sini, bukit 70-80 darjah. gerun! tapi jalan kat sini berkabus tebal. macam la2 nak ke Genting.
Sofea and nenek otw to Keningau

Keningau ni, tempat aku lahir, so menggamit kenangan mak gak le sampai di sini. Kami stay di sini 1 malam gaks. Kat keningau ni ada satu tempat makan food court dekat dengan bus station untuk bus ekspres. Kat sini ada muslim food, nasi dengan butter prawn mmg 2 thumbs up! sedap!
kat keningau ni juga fames ames dengan pasar malam nya yang setiap malam pun ada. ramai gak le orang kat sini. yang famesnya, chicken wing.nyum2 mmg sedap!
Sofea and papa @ Nite Market Keningau
Buah Terap

malam tu kami stay di rumah aunty, sebab nak jenguk nenek tiri di sana. Kami stay di Kg. Melabau.
Sofea dan Alisha
Aktiviti Papa di Keningau
Sofea dan Moyang Muda
Aktiviti Sofea di Keningau dan sepanjang trip

Keesokannya kami ke Bundle Shop Keningau. Kat sini ada lebih dari 50 kedai bundle. Yang bestnya kat sini bundle direct jepun dan korea. so yang aku sukanya, tengok cadar2, langsir2, sarung bantal..semua jenis ada. so pemborongan telah berlaku untuk crochet pillow cover, tisu cover. huhu..nasib bek, jauh, kalu idak mahunya semua benda nak borong balik.
Suka sangat menyorok bawah gantungan kain

petang tu terus off ke Kota Kinabalu (KK), melalui jalan Gunung Mas. Sini pun jaan agaks adventure. Kalau tak biasa, silalah drive siang hari ye. Sampai di KK terus check-in hotel dan rehat.

Hari ke-5, last day dengan kereta yang kami sewa, kami sambung trip kami ke Ranau. Jalan nak ke Ranau ni pun adventure gak le. Kami lalu Tuaran, Tamparuli, Kundasang dan Ranau. Di Kundasang kami singgah di National Park, hari yang kami sampai ada rehearsal Kinabalu the Musical sempena Climbathon yang diadakan di sana. So tengok rehearsal je la. pusing, gambar2..terus ke kundasang...sob..sob all day long ujan. stress gak le sebab tak dapat nak jalan2 lagi. dan yang lagi sob..sob..kabus tebal..dam kami tak nampak gunung kinabalu. Sori ye my hubby nanti kita datang lagi, gunung tu malu la nak menunujukkan dirinya...;)

On the way balik dari Ranau kami singgah di rumah uncle mak di Tuaran, dan off to KK. Malam tu pulangkan kereta. Maka bermulaah aktiviti road runner kami.

Hari ke-6, kami bangun awal sikit, breakfast di hotel dan off to Pulau Manukan. Sebab tak larat nak jalan ke jeti dan nak cepat, kami naik cab ke jeti, kena charge rm10. Pastu kami naik bot ke Manukan Island, charge sorang RM15. Kami sewa snorkel dan life jacket-RM15, sebab nak snorkel kat island sana tu. Bot ni dia ikut jam. elok la kalu pi awal sikit, so sampai island nanti tak panas sangat. kalau tak takut panas ok, pukul bape pun ok. kami ni takut panas...

Sofea naik je bot terus..kroh..kroh..pelik sungguh anak mama ni. kami sampai around 11am. tu pun dah agak panas. tapi sebab baby mam ni dok syok tido, mama dan papa pun terus ambil kesempatan snorkelling. Banyak betul ikan kat situ, tapi kami ni bukan biasa sangat snorkell...ikan tu datang dekat libas2 ekor...geli dan suspen la pulak..tapi puas hati la dapat snorkel together-gether berdating dalam laut ditemani ikan2 di Manukan...cewah...

Pastu swimming pulak dengan sofea, sofea pun mcm mama ngan papa dia gak takut panas...so kami berswimming di bawah jeti manukan...kat situ lagi la banyak ikan. tapi sofea pun sama suspen gak tengok fish..so dia nak kat tepi pantai. tapi kira puas hati la swimming kat sana.

petang tu kami balik naik bot jam 4. hujan pulak tu. tapi sofea macam besa..kroh..kroh lagi otw balik..kami jalan kaki je balik dari jeti ke hotel..sebab jalan pun jem, cam tak baloi je ambil cab. sofea terus melenakan diri. mama ngan papa ganti2 dukung sofea. sampai je hotel, letak atas katil, terus dia bangun. memang betul2 la anak mama sorang ni.

malam tu kami bersiap terus ke pasar kraftangan sabah dan ke pasar malam untuk dinner. kat situ ada macam2 jenis, udang dan ikan bakar. pilih je nak makan apa. tapi yang aku agak bengkeknya, ko pilih je satu kedai k, untuk makan, tak boleh beli kedai lain makan kat tempat lain. malam tu hentam lagi chicken wing sepuasnya. kami juga stop by kedai pemborong brooch, so dah nama borong memang aku borong habis la...kekeke.

hari  ke7 = last day kami di sabah, pagi tu aku dan chemi ke pasar kraf semula, nak cari souvenir lagi bawak balik. dan nak jumpa pakcik chemi yang berniaga di sana. Kalau ada yang nak pi sana singgah la ke kedak Pak Lah Pasir Mas Kelantan. Dia pun salah satu pemborong juga di sana.

Kami berjalan je pergi dan balik dari hotel. Sampai di hotel sambung packing dan keluar lunch di Mall Suria Sabah. Mall ni pun depan je dengan hotel. Convenient kan stay hotel sini. Oleh kerana flite kami malam, kami minta late check-out from hotel. Ikutkan kena charge half-day, tapi sebab kami ni ada gak la bisnes relationship dgn diaorang ni dapat la FOC je stay sampai jam 6.

Kami ke airport malam tu naik van, sebab rasanya kalau naik teksi mmg dah tak muat barang 80kg kami tu. Kena charge rm40. So check in bag, dan kami pun berlepas kembali ke Kuala Lumpur.

Tour End dengan seribu kenangan manis dari negeri di bawah bayu.

Cheers,
Ema

Sabah 4 of us

Tup..tup di Sabah kami sudah... menjadi juga trip ke sabah. Actually tiket dah setahun lebih beli, biasa la nak yang murahkan. Tapi akhirnya time nak fly, time ni pula projek tgh meletup2 di ofis. Nasib baik bos kasi green lite, Alhamdulillah terealisasi juga hasrat nak bawa chemi and sofea melawat saudaramara di Sabah.

Sabah adalah negeri kelahiranku.. Dan Sabah juga negeri asal usul ibuku. So walaupun kami sekeluarga dah lama menetap di semenanjung jalinan keluarga di Sabah masih lagi berterusan. Tambah pulak di Sabah masih ada moyangku. So masih ada banyak sebab untuk melawat ke sana.

Kami di Sabah selama seminggu. Macam lama gakkan, tapi memang cukup2 je masa yang kami plan. Alhamdulillah sempat jumpa saudara mara terdekat.

Actually ni adalah 1st chemi n sofea ke sabah. So nak kena lawat banyak tempat, tapi kira ok la plan kami. Tempat2 penting sempat kami lawat.


On the ke Keningau, berkabus jalan

Breakfast Waffle
Kinabalu the Musical - Sabah National Park
Sofea dan Qaram (Great, great, great grandpa)
Buckle your seatbelt
Bye-bye di LCCT
Brunch pancake atas plane
Keletihan balik dari Ranau
On The way to keningan dengan nenek Sofea
Hotel Daya Kinabalu
Bye-bye di KKIA
Suka2 atas plane
Sofea fave chair di rumah Qaram
Nenek dengan grandpa - popo tua dan popo muda

Cheers,
Ema

Wednesday, September 28, 2011

Training Exchange

Preparation untuk upcoming project. Harap semuanya berjalan lancar, dan harapannya semua dapat memberikan support dan kerjasama yang baik sepanjang projek. Amin...

Monday, September 26, 2011

Open House

Kisahnya bukan open house kat rumah, tapinya office. Preparation je dsh mcm kat umah sendiri pulak. Sangat enjoy, sebab semua orang enjoy....

Paling tak puas makan: red velvet. Nak lagi bole tak...?huhu...

Gambar lauk takde, gambar si pemeriah majlis je yang banyak ;)

Monday, September 19, 2011

Raya 2011

Alhamdulillah, syukur dapat sekali lagi peluang untuk beraya sekeluarga.

Tahun ini merupakan tahun ketiga beraya sebagai seorang isteri dan tahun kedua bergelar mama. Tahun ni yang lebih spesialnya sebab sofea raisha dah pandai apa itu raya, mungkin cuma 50%, tapi yang penting dia tahu la raya ni spesial dari hari yang lain.

Dah pandai enjoy main dengan rakan2 sebaya, makan kuih raya, dengar lagu raya, tahu erti duit raya.... Huhu.

Banyak kelainan yang sofea tunjukkan pada syawal kali ini. Kuih paling favourite adalah almond london, makanan plg favourite adalah sate. Kek pun dia suka gak, starting makan red velvet ari tu, em dah suka dah makan kek anak mama ni. Air pun dah pandai memilih... Nak yang manis2 je takpun yang ada kaler. No colour no drink for me ye mama.

Syawal kali ni yang lagi special sebab 1st time la dapat dressing sedondon ngan sofea raisha..biarlah org nak kata beli kain sekayu ka, sedondon ngan langsir sekali ka, boria ka... Yang penting ana suka.... Kekeke, ada akak kisah?

Raya ni pun sofea dapat new haircut, tak berani nak potong sendiri makanya bawak la si kecik ni ke saloon. Alhamdulillah dia ok je sepanjang aunty saloon tu gunting rambut.

Tapi di sebalik kegembiraan hati ni sambut raya bersama bertiga ni... Sayu sikit la sebab tak dapat sambut raya dengan mak, abah dan adik2 kat rumah. Huhu. Tak sama la..Sambut raya hari ketiga, keempat...sedey je....

Harapannya dapat la next year sambut raya dengan semua sekali....rindu nak gathering sefamily....

Cheers,
Ema

Kaspersky Sneak Preview

Events:
Exclusive Sneak Preview of Kaspersky Endpoint Security 8 for Windows and Kaspersky Security Center 9

Date:
8 September

Venue:
Le Meridien, KL

Comment:
There a extravaganze of features in the new upgraded version for Kaspersky AV. Lets me further explain in BM, version terbaru Kaspersky adalah lebih fokus hanya kepada satu endpoint sahaja. Sebelum ini installer bagi workstation dan Server adalah berbeza. Versi 8, hanya satu installer untuk semua jenis endpoint. Macam 1 Malaysia.

Kali ini, lebih banyak features yang diketengahkan, terutamanya bab controlling endpoint. No point kalau detect and delete virus if no prevention done before the process. Prevention is better than cure.

 Zaman ini, pengguna IT adalah tiada had umur. Even baby baru lahir pun dah didedahkan dengan IT. Pasang YouTube lagu baby, ayat Hafazan Al-Quran, dan macam2 benda lagi. So jangan hairan kalau baru umur setahun dah pandai buka laptop nak you tube ok.

So here comes the parental control. Please use and activate this. Tolong rajinkan diri celikkan IT masing-masing demi pembesaran anak-anak yang lebih baik. Please, please control, walaupun at the minimum level.

Kalau Enterprise version, benda ni bagus untuk control endpoint user. Al-maklumlah user sekarang cerdik pandai nak bypass segala benda. Actually benda ni bukan nak menyusahkan user, tetapi untuk kebaikan bersama.

Tapi, kalau dah terlalu banyak features pun mesti ada benda yang tak baiknya juga. So kena check, and use, how berat and how it would affect the performance of the workstation. Jangan enable semua features, at the end of the day user sendiri merana tak boleh nak buat kerja, because of the workstations is too slow.

Product release dalam early October, maybe by then dah ada banyak review dari pelbagai pihak untuk dinilai.

As Kaspersky user, I think the product is okay. Maybe nak kena banyak fine-tune, sebab sometimes kelembapan amatlah mengundang kemarahan..huhu.

The reviewer team
During the events
Cheers,
Ema

p/s: Sedap lunch di Le Meridien

Protes Mini Skirt

JAKARTA 19 Sept. - Kira-kira 50 orang wanita memakai skirt mini dan sarung kaki panjang berwarna-warni berkumpul di Jakarta hari ini sebagai bantahan kepada komen gabenor Jakarta yang menyalahkan cara pemakaian wanita menjadi punca gangguan seksual.

Protes tersebut sebagai respons terhadap kepada kenyataan Fauzi Bowo yang berkata Jumaat lalu wanita tidak patut memakai pakaian yang terlalu terdedah bagi mengelakkan daripada dirogol atau dicabul.
Perhimpunan tersebut bertujuan meminta polis dan kerajaan Indonesia untuk lebih berusaha menjaga keselamatan wanita serta membantu mangsa gangguan seksual, bukan menyalahkan cara pemakaian wanita. - Reuters.

Sumber: Utusan Malaysia

Sangat tidak logik kalau nak salahkan pemakaian wanita 100% dalam isu rogol dan cabul. Kalau berhijab, berpurdah sekalipun...nafsu lelaki is still just there.

Tapi yang kelakar dan uniknya boleh pulak buat protes beramai2 pakai mini skirt.

Sumber Gambar: nodeju.com
Sumber Gambar: nodeju.com

Cheers,
Ema

Saturday, September 17, 2011

Critterlanders

Raya...raya.. Selamat hari raya!

Semalam spend half a day at critterland celebrating arissa batrisya 2nd birthday. Happy birthday dear arissa, aunty n sofea wish dear arissa happy n healthy growing to be a good girl n daughter in the future.

Puas hati sofea, mama n papa sofea main kat critterland. Yg bestnya parent pun bole feeling kanak2 gitu kat critterland ni. Mengimbau kenangan lama betul...

Cheers,
Mama ema