Pages, Contacts, Travel

Wednesday, August 28, 2013

Bila Anak2 Sakit

Dulu anak je..selepas lahirnya baby MSR jadile anak2. Syukur ke hadrat ilahi dah ada sepasang anak dah pun..mmg bila dah bertambah bilangan anak ni..banyak benda nak kena prepare especially fizikal dan mental.
Dah bilamana ibu kepada anak2 ini berkarier..maka lebih banyak contingency planning nak kena buat. Lately ni mama anak2 ini mmg sangat dan terlalu serabut. Sampai ada masanya blur sekejap. Huish..never in my life came across this. Eversince me got 2 children..sorry baby MSR. Hidupku ini memangnkelam kabut dibuatnya.
Cepat sangat breakdown..lately pulak banyak pulak perkara yang tak dijangka terjadi..lagi2 la.
Besala ye..eversince ada sorang anak lagi..bila sakit mama pasti meroyan. Lagila bila dua dua anak sakit. Sangatla breakdown.
Dah 4 hari syafi wheezing..tapi malas la nak bawa klinik sbb rs mcm bole handle. Sampaila hari ke4. Kesian sgt tgk syafi..bawakla pi klinik maria for a neb. Rupanya doc diagnosed that baby syafi bernafas laju sgt tak normal. After a neb pun lung masih tak clear. So doc referkan ke ED Putrajaya.
Supposed paginya tu kerja..dah letak barang punch kad semua dah. Tapi decide nak pi hantaq sendiri syafi n singgah klinik. Tak sangka camni lak jadinya. Huhu. Terpaksa minta member opis-anty nurul hantarkan kami ke spital n temankan kakak yaya. Papa pulak the same morning ada interview n patutnya nak pi kursus 4 hari kat janda baik. Ya Allah dugaan sungguh. Buntu fikiran jap. Stress oo.. syafi sampai kat ED dah 4 kali neb still tak ok. Sampai 2pm doc inform perlu admit for hourly neb. Cian baby mama. Yang baby sorang lagi lak kakak yaya dah menangis2 tanak pi rumah mengasuh.
Dah le spital budak2 tak bole nk masuk. Mcm2..
Malamnya kak yaya pulak demam. Perfect!
So far dah nak masuk hari 3. Syafi is still on hourly neb. Sofea still demam. Ofis pulak banyak meeting event jamuan raya. N paling best no one willing to jaga sofea while papa nak ke spital. Sedey gile rite now. Hanya dapat berdoa kepada Allah Swt for the best thing untuk kami sekeluarga amin.
Mama ema melayan serabut hati dan perasaan..

Thursday, August 1, 2013

Ustaz Kazim Elias di Wisma Putra

Tajuk ceramah: Ramadan Berkat Takwa Meningkat
Sempena Ramadan 2013, tetamu khas, Ustaz Kazim Elias telah dijemput ke KLN. Alhamdulillah tenang hati lapang jiwa dengar pengisian dari alfadil ustaz. Ustaz Kazim laginya pandai sungguh bergurindam. Memang tak sempat ngantuk sepanjang ceramah ustaz dalam dewan yang sejuk.
Ustaz Kazim menyentuh akan kelaziman kita menziarahi kubur hanya setibanya aidilfitri yakni selepas selesai solat sunat aidilfitri. Kata ustaz pagi raya ziarah le orang yg masih hidup..nak pi kubur buat way before raya lagi.
Ustaz juga menyentuh berkenaan solat terawih. Katanya terawih dibuat secara berehat dan bersantai2. Tak perlu kelam kabut. Solat diselang selikan dengan supper adalah boleh ye.
Ustaz juga berpesan..Raya balik kg..bukan bercuti. Kesian mak dan abah menanti kepulangan anak2 di hari raya. Makan dan pakai lah..jgn simpan2. Nanti tak sempat merasa..kepunan. kita hidup ni tak lama.
Ustaz juga maklumkan kalau Org yg bertakwa yakni beliau akan redha dlm semua keadaan. Dalam keadaan buruk sekalipun dia masih berfikiran positif.
Seperkara lagi yang sangat mengusik perasaanku adalah apabila ustaz menerangkan yang Alhamdulillah isteri2 adalah perhiasan syurga..si isteri akan menjadi ketua bidadari di sana nanti. Ustaz Kazim turut menerangkan yang kaum perempuan senang masuk syurga. Oleh itu perlulah untuk kita jaga Sembahyang, jgn berzina, Taat pd suami dan rajin2lah buat sembahyang sunat 4.30 am Solat sunat hajat taubat tasbih.
Wallahualam.
Xoxo,
Mama Ema

Cukur Jambul, Akikah dan Berendoi

Alhamdulillah, dah selesai pun majlisnya. Sebenarnya, majlis sebenar adalah merangkumi beberapa sebab. Rumah baru abah, akikah dan cukur jambul Syafi, habis belajar dan kerja baru uncle Rizal, Abg Zahari nak buat Umrah. Patutnya ambil gambar 4 orang ni sekali kan. Tapi nak buat macam mana, dah namanya pun kenduri, memang bz sangat the whole day.

Happy sangat sebab majlis ni buat kat rumah mak di Kulim, ramai sangat kawan2 lama yang datang. Hepi sangat! Family papa pun datang juga memeriahkan majlis..so memang sangat meriah pun.

Planning majlis ni dah buat lama cuma confirmationnya dibuat seminggu sebelum majlis. Banyak juga la yang last minit..tapi syukur alhamdulillah sekali lagi semuanya dipermudahkan. Dari nak cari kambing akikah sampailah doorgift. Semuanya simple2 je. Doorgift disediakan untuk team marhaban. Candy Buffet untuk kanak-kanak dan juga mama papa abang kakak kanak-kanak yang enjoy makan sweeties.



Buaian Muhammad Syafi sentuhan aunty Rahmah


















Mini blueberry cupcakes also sentuhan aunty Rahmah



















Candy Buffet oleh aunty Rahmah














Bunga telur yang digantikan dengan bunga rampai


















Nampak tak Sofea yang sangat amazed dengan team marhaban














Aunty Rahmah the Event Planner


















Mama still dalam mode berpantang 30 Hari


















Kepala Muhammad Syafi Raiqal yang dah licin




















XOXO,
Mama Ema