Pages, Contacts, Travel

Thursday, March 7, 2013

Checkup 36 Minggu-Sekali lagi Panic Mode

Pagi2 hari before checkup baru je bermood nak update pasal preparation nak sambut kelahiran kedua. Petangnya pi checkup, nurse cakap heartbeat baby laju. Konfius jap. Nape tak ok ke kalau heartbeat laju? Normal 120-160. Tapi check kali ni dah naik 170. So nurse refer kan ke doktor. Ingatkan kejap je..dah jumpa doktor paham2 je la.

Pastu bila dah jumpa doktor, check lagi sekali. Kali ni pun sama doktor check jantung baby still tinggi, and mama heartbeat normal. Wah nape ni baby? Tanye doc baby nak kuar hari ni ke? Hmm..doc senyum je awal lagi ni, lagipun tanda takde lagi kan. Tapi doc tetap suh refer kat labor room buat CTG. Lagi precise bacaan kat sana. Lagi2 la berdegup jantungku ni. Beg bersalin semua pun tak packing lagi. Even baju baby pun tak habis basuh lagi. Nasib baik la pi checkup dengan papa ri tu, kalau tak nanges sorang2 kat KK. Doc pesan lagi, pegi terus k..jangan delay2. Lagi2 la berdebar hati ni.

Sampai di HPJ, di Dewan Bersalin daftar masuk terusla buat CTG. Dekat 2 jam jugala kat situ. Dah kat Labor Room ni, lagi2 la berdebar, akak kat sebelah kiri dan kanan katil semua dah pecah ketuban nak tunggu bersalin. Tuhan je la yang tahu perasaan dalam hati, walaupun muka nampak cool je.

Awalnya nurse memang kata CTG tacky, aku pun tak tahu la istilah tu, maybe tak cantik la graf tu. Tapi dah lepas 2 jam, doc check, kata okla, ada naik turun. So maybe patient pun memang ramai, nurse pun 2 orang je bergilir-gilir. Makanya doc cakap dia discharge dulu and just monitor gerakan baby.

Alhamdulillah, pregnancy kali ni senang sangat nak rasa movement baby dalam perut. Sebabnya memang kuat bergerak. Sebab tu gak kot heartbeat pun tinggi. Bersukan kot adik Sofea ni dalam perut mama.

Tapi memang doaku tak pernah putus..
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kesihatan yang terbaik kepada anak-anakku dan suamiku, serta diriku untuk menjaga mereka.
Ya Allah YA Tuhanku permudahkanlah segala-galanya buat kami sekeluarga.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Ni la rupanya mesin CTG tu (Pic Google)
Balik je labor room terus terkelepet kat rumah, letih sebab ke sana ke mari. Malam tu jugak kelam kabut kemas dan asingkan semua baju baby yang nak bawak ke hospital nanti dan juga untuk basuh immediately. Papa pun dah ala-ala panic mode, tolong mama siapkan preparation untuk adik Sofea. Harap semuanya in order and in place bila tiba masanya nanti.

XOXO,
Mama Ema