Pages, Contacts, Travel

Wednesday, January 30, 2013

Azam 2013

Assalamualikum WBT.
Rasanya macam belum terlambat nak update azam kami sekeluarga tahun 2013 ini. Harapan agar semua yang dihajati termakbul, kesempitan di sana sini dapat dikurangkan, silaturrahim dapat dieratkan..Insyaallah.


 Azam Mama 2013:
1. Cuba jadi mama yang pro buat Sofea Raisha dan Adik Sofea (cayok2 nak handle 2 baby!)
2. Nak banyakkan baju kaler biru (Sempena nak raikan bb boy)
3. Nak breastfeed adik Sofea nanti (Insyaallah)
4. Cubaan nak sambung study (Insyaallah kalau berkesempatan)

Azam Papa 2013:
1. Jadi papa yg lebih mithali buat Sofea Raisha dan adik Sofea (Gandakan kerajinan untuk 3 baby including mama..hehe)
2. Kalau ada peluang nak tukar kerja baru. (Insyaallah)
3. Kurangkan kolestrol (Kena pantang makan)

Azam Sofea 2013:
1. Nak jadi anak dan kakak mithali (mesti kena rajin tolong mama nanti ye!)
2. Nak diapers-free. (Setakat ni kakak Sofea dah boleh diapers free di siang hari..yeay!)

XOXO,
Mama Sofea

Wednesday, January 23, 2013

Indahnya Pulau Langkawi

Dah hampir menjangkau 30 tahun, baru kali ini saya mengakui dan takjub akan keindahan Pulau Langkawi. Bukannya tak pernah bertandang ke pulau tersebut, tapi jejaknya diriku ke Pulau Langkawi kali ini, membuka hati dan pandanganku sebab terpesona sangat dengan keindahan Pulau Langkawi.

Hello Langkawi Island

Mungkin juga penangan Resort 5 Star yang tak pernah termimpi pun berpeluang untuk menginap di sana. Rupanya inilah percutian yang diidamkan. Selama ini istilah bercuti kami adalah silap, bercuti dan melancong adalah perkara yang berbeza. Patutlah ramai foreigners yang banyak menghabiskan masa di satu tempat dengan jangkamasa yang lama...lagi2 tempat yang sangat remote and quiet.

Insyaallah, mungkin kalau ada rezeki satu hari nanti boleh betul2 bercuti lagi. Kali ni bukannya bercuti pun, berkursus lah. Tapi thanks to organizer sebab memilih tempat yang sangat cantik dan quiet untuk semua peserta kursus buat brainstorming. Memang betul lah mencapai objektif kursus.

Kami telah dikuarantin di resort selama 5 hari. Hotel agak jauh dari pekan so memang sangat fokus di sini. Kami menginap di Four Seasons Hotel dan Resort, Tg Rhu. Kalau nak pergi ke Kuah, sehala RM30 naik teksi. Jauh la tu kan. So memang tak keluar pun, sebabnya satu jauh, dua jadual kami memang padat.

1st day check-in, naik cab ke resort sebanyak RM30. Sampai je kat resort aku sangat surprised, selalunya kita akan jumpa reception, tapi kali ni mana receptionnya? Sampai je depan pintu resort dah kena sambut dengan mesranya dan dibawa ke ruang menunggu. Masyaallah, cantiknya resort ni! Dapat pulak fresh lime dan refreshing towel..wah, mode vacation sudah tiba.


Resort ni overall adalah Moroccan style..so aku rasa macam dah sampai Morocco dah time ni. Tinggal lagi pekerjanya takde la pulak Moroccan hehe.

Dah minum2, refreshing, dijemput pula dengan buggy driver untuk dibawa ke bilik. Wah, jauh rupanya bilik dengan the main hall. So the very2 peramah buggy driver explain kat mana tempat breakfast, lunch, dan tempat bengkel nanti.. Tak sampai2 lagi bilik..about 7 minute drive juga la baru la sampai ke bilik.

Masuk je bilik. wah, terlopong la jap. So reconfirm, saya seorang je ke ni? Yes Mam, anything just let us know. Mula2 memang la happy beb, bilik besar sangat, view cantik sangat, katil empuk sangat, ada jakuzzi lagi. Apa lagi snap gambar tak habis2 la.




Malamnya attend dinner dan taklimat. Balik dah dalam jam 11pm. Buggy driver hantar sampai depan walkway, dan kena jalan masuk sendirian berhad. Masa tu nak berjalan rasa kenapala jauh sangat ni, nak lari jatuh pulak nanti tak pasal2 pulak. Walkway resort tu kelamnye la, kalau jalan berpasangan ok la juga. Ni aku sorang2 yang tgh sarat2 ni, macam2 benda dok pk. macam 50m jugalah nak sampai pintu bilik. huhu.
Dah masuk bilik, wah macam2 lagi fikir. Tak boleh jadi ni..mak o mak datanglah temankan saya dengan Sofea. Nasib baik mak agree untuk datang temankan sayang kat mak.

2nd day, rupanya bukan mak dan Sofea je yang tiba. Dapat surprise Mr Hubby pun terbang dari KL sebab tak sampai hati aku stay sorang2. Last2 semua datang temankan. Hepi sangat! Tapi faham2 je la, i cant be with them 24X7, so pandai2 la bawa diri kan.

Sofea hepi sangat setibanya di resort. Ye la orang dah lama kena kuarantin sebab campak. Dapat pulak naik Feri dengan nenek, pastu jumpa mama. melompat-lompat la dia.

Esoknya, awal pagi papa dah ajak berjakuzzi. Petangnya tu kami ronda2 resort naik buggy dan swimmimg dalam family pool. Pool kat sini memang berbeza dari pool yang kami pernah terjun. Sangat best ok. Hepi la sangat cek mek sorang ni.





Kids for all season - Playhouse

Adult Quiet Swimming Pool

Org gembira nak pi swimming

So di kesempatan ini juga kami mengambil kesempatan untuk sambut birthday Sofea di sini. Wallawey, anak mama dapat celebrate birthday by the pool. Lepas tiup lilin terus terjun masuk kolam. She is the happiest person.




Hari terakhir kami, awal2 pagi bangun ronda2 tepi pantai yang putih bersih. Sofea sekali lagi surprised, bila ada satu couple Russian ni bagi hadiah kat dia. Bukan Sofea je, aku dan hubby pun surprised.


Sofea sangat surprised sampai tak dapat nak senyum dapat monkey


Memang kenangan manis betul buat kami berempat, termasuk yang dalam perut mama ni dapat habiskan masa kat sini. Now I really treasures Langkawi!










XOXO,
Ema

Jom Kontrol Kolestrol

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Tapi kalau dah paras kolestrol ni tidak dikawal akan mencetuskan pelbagai fenomena. Kolestrol jahat yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan:
1. Serangan jantung
2. Strok
Tak nak jadi macam ni
So kalau tak nak jadi macam ni, hybrid the silence killer inside of you. Kawallah pemakanan yang kita makan seharian. Insyaallah, kita berusaha dan berdoa jauhkan diri dari segala punca penyakit. Semoga kita sihat dan segar untuk menghadapi saat2 manis bila dah berusia nanti especially dengan insan yang tersayang.

Ni antara makanan yang perlu ditingkatkan:
1. Makanan bijirin penuh dan tinggi serat
Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.
Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat.


2. Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3
Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung

Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.

3. Kekacang badam, walnut, pistachio dan soya
Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung. Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung

Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol.

4. Buah-buahan kaya antioksidan mengandungi vitamin A, C dan E
Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.

Ini..Oh Yes..and Yes!
Ini everyday Yes..and Yes!

Ni makanan yang perlu dielakkan dan kurangkan:

1. kek, biskut, snek pastri, sosej, nuget, burger, donut. pilih makanan komersial terproses berlabel tiada lemak trans


2. makan organ dalaman haiwan (hati, limfa, jantung, pedal dan otak), makanan laut (ketam, sotong, udang dan segala jenis kerang) dan jenis daging merah.

3. pengambilan telur  hanya mengambil dua biji kuning telur saja dalam seminggu. Sebaiknya, pilih telur ayam jenis rendah kolesterol.

4. Gantikan juga santan dalam masakan kepada jenis susu rendah lemak atau skim. 


5. Makanan bergoreng, berminyak dan bersantan perlu dihadkan pengambilannya dalam seminggu. Jadikan tabiat membuang lemak dan kulit pada daging ayam sebelum memasak. 


6. Seeloknya, gunakan sedikit minyak ketika memasak dan pelbagaikan jenis masakan rebus, panggang, kukus, rebus serta menggunakan ketuhar gelombang mikro selain menggoreng.
Nampak sedap kan...tapi NO, NO, NO!
Ini pun...NO, NO, NO!
Of course kita sayangkan keluarga, isteri, anak2dan kawan2 kan. So kurang2kanlah makanan berkolestrol tinggi. Sama2 la kita jaga pemakanan kita start dari sekarang. *Note to myself and husband.


Inspirasi: 
Selepas buat pemeriksaan darah oleh Dr. Rizal, dan mendapati tahap kolestrol adalah pada paras yang tinggi..huhu.
  
Rujukan:  
http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/kesan-kolesterol-badan/
http://pbasmkps.blogspot.com/2012/04/pemakanan-untuk-menurunkan-paras.html

XOXO,
Ema 

Campak Oh Campak

This is just one event yang memang takkan boleh missed by anyone, cuma tunggu masa dan ketikanya sahaja. I remembered I had mine when I was 9 or 10 years old. So masa sekolah la...yahoo..yahoo la sebab tak payah pi sekolah. Tapi yang tak bestnya sebab sakit. Still segar dalam ingatan masa tu arwah nenek paksa minum air akar lalang sebab nak bagi cepat keluar dan habiskan bintik2 campak tu. Seksa woo..

It goes the same macam papa Sofea, pun kena demam campak masa sekolah rendah. So agak shy,shy cat le..sebab muka ada polkadot.

Kali ni time baby mama pulak ni yang kena. Sofea kena demam campak ni time Krismas 2012. Nasib baik memang mama bercuti pun time tu.

Awalnya just menunjukkan simptom2 tak larat, lesu. Kali ni macam lain sikit demamnya..Selalunya selsema, batuk2 barulah disusuli demam. Tapi kali ni, no selsema, batuk2..tiba2 je tangan dia panas je semacam..start demam, and the following day dah keluar bintik2. Huhu. Sofea memang lembik habis la the first 3 days.

Menangis mama tengok keadaan Sofea, cuma depan Sofea terpaksa tabahkan diri, sebab Sofea ternyata sangat kuat dan tabah menghadapi simptom demam campak ini, sampaikan Sofea terbaring je, diam, cakap pun tak larat. Selera makan tak payah cerita la kan. Kesian sangat. Ni first time la kiranya tengok keadaan Sofea yang macam ini.

First day paginya: Baru start demam

First day petangnya: Dah collapsed atas papa
Hmm..dan inilah first time kami as parent mengharungi saat2 anak kena demam campak. Alhamdulillah la time ni mak ngan abah pun ada sekali. So takdela panik sangat.

All the time kami just monitor suhu badan dia, jangan panas sangat, so just standby panadol dan juga ubat demam bontot itu. 2 kali juga la guna benda tu sebab temp badan sofea terlalu tinggi. Cool fever pun memang melekat je kat kepala. Sampaikan Sofea yang request cool fever tu. Jarang2 gak dia nak pakai benda tu lama2. Mungkin sebab sakit kepala or rasa panas sangat la tu.

2nd day: Minta pakai cool fever
Alhamdulillah gak, bila dengar je cucu mak Siti kena demam campak, Ustaz yang berdekatan dengan rumah pun tolong buatkan air tawar dan bedak sejuk untuk Sofea. So kami bagi minum dan juga mandikan Sofea dengan air tu.

Mak juga ada rebuskan air akar lalang untuk mandikan Sofea the 3rd day. Memang la keluar lagi banyak bintik2 tu. So cepat sikit la keluarnya. Kesian sangat kat Sofea, bubles2 yang keluar tu, 2nd day ianya akan pecah..masa tu la Sofea akan rasa lagi sakit dan pedih2. Memang kena handle with care la.

Asyik beradoi je dari buka mata sampai la dia tido.

4th day: Dah banyak dah keluar..sob..sob..


Hari ni masuk 3rd week dah, no more fever, just recovering dari bintik2 kesan campak. Pantang still go on, calamine dan minyak still diteruskan. Cumanya anak gadis ini tak tahan nak menggaru. Pantang ditegur mesti merajuk. Cian anak mama ni. Happy recovering ye dear..

Masa Sofea kena campak ni, agak concern la jugak akibat dan kesan terhadap mama yang tgh sarat ni. Tapi doc cakap ok berdamping dengan Sofea, sebab aku pun dah pernah bercampak dulu. Alhamdulillah. Mana boleh berenggang dgn Sofea time dia sangat perlukan mama dan papa ni..rasa nak peluk je dia 24jam..tapi masalahnya dia pulak sakit bila kena pegang...so biar dia je la yang peluk aku mengikut keselesaan dia.

4th week: Still ada kesan, aloe vera gel masih diteruskan.
Sedih beb tengok kesan campak Sofea. Even sekarang lepas ambil gambar Sofea tengok muka dia..terus bad mood..katanya bintik2 Sofea tak baik lagi la mama..wah..nangis..nangis..!

XOXO,
Mama Ema.


Khasiat Halba



First of all tahu tak halba tu menda apa?
Kami pun diperkenalkan dengan halba ni sebab mak gemar sangat masukkan halba setiap kali masak nasi lemak. Dalam nasi dagang pun ada gak halba ni. Wangi je nasi bila masak sekali dengan halba ni.

Nama Saintifik: Trigonella foenum-graecum
Nama Inggeris: Fenugreek
Nama pasar: Halba
Halba
 
 Rasulullah saw bersabda :
'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

XOXO,
Ema

Monday, January 7, 2013

4D Scan Adik Sofea

Last weekend, upon reaching 28 weeks, mama and papa sudah reached panic mode. Langsung tak buat apa2 preparation untuk baby. Last year, rasa macam awal sangat, sekarang ni rasa macam ala2 lewat la pulak..bila tengok kawan ofis mama sorang ni dah masuk labor room...aiyak!

So kami pun start bukak balik baju2 lama kakak Sofea yang dah kena seal untuk sorting and washing. Sorting ni nak amik yang 3-6months punya baju...and also to sort pink and blue...tapi adakah???

Keyakinan tu belum lagi nak sort terus amik yang non-pink sahaja..hehe. So papa pun ajak mama right away untuk segera buat 4D Scan petang tu juga to ease our mind. Tapi tu la gatal tanak buat appointment awal2, contact Klinik Jameaton kat Taman Equinne, dah penuh dah appointment no more walk in patient. Ala keciwa la pulak mama, pastu terus google 3d4d scan malaysia, soonest appointment adalah pada 10 Jan kat Poli An-Nisa Seri Kembangan, pasrah je lah buat appointment daripada gigit jari.

Pastu dengan pasrahnya juga inform papa...nasib baik papa kasi suggestion bernas untuk buat 4D scan kat Klinik Sofea di Taman Utama Puchong. Lepas call, katanya tak perlu appointment, datang je bila2 suka. Yuran untuk 4D scan adalah sebanyak RM80. Ok la tu, paling murah yang pernah ku survey..tak yah appointment lak tu.

Alhamdulillah..checkup petang tu went well. Lupa pulak nak tanya nama doktor tu, nama Klinik Sofea tu adalah sempena nama anak doktor tu rupanya. Ibu doc sangat soft spoken, overall prosedur dalam 15-20 minit. Puas hati la dengan payment. Pusing kiri, pusing kanan nak dapatkan imej baby yang jelas. Tapi nampaknya macam baby malu2. Sepanjang scan petang tu baby asyik menguap or buka mulut je..tak sure la lapaq kot. Hehe. Apapun, ibu doc dah sahkan its a boy, so boleh la proceed dengan preparation all blue kami. ;) Lepas checkup doktor bagi cd rakaman baby skali untuk ditunjukkan kepada kakak baby yang tak dapat join sebab demam campak. Cian kakak Sofea.

Tengok tu sedap je dia menguap tu


video
 
XOXO,
Mama Ema

Friday, January 4, 2013

My 2012

Oh My 2012!

Banyak betul dugaan, suka-duka, nangis2, hepi2, marah2..tension2..semua mood ada. well that is life kalau takde asam garam, sweet sour tak meriah la hidup ini kan? So to recap what I have done particularly in 2012..

JAN
Highlight every January every year adalah Birthday Dear Sofea, Anty Rahmah, Anty Cidah, Uncle Jejan. Tema 2012 adalah Hello Kitty. Tahun ni, em..celebrate ke? tetap celebrate..cara celebrate je kot lain sikit ;)

Happy birthday dear Sofea, adik2 dan kawan2!

FEB
Busy2 at office sebab bulan ini ada Hari ICT (21 Feb).

MAC
Bulan Mac adalah birthday papa and of course ulangtahun perkahwinan kami berdua yang ke 3. Thank you Allah for blessing me and my family.

APR
Balik Pasir Mas celebrate birthday MIL (7Mei)

MEI
Of course bulan yang dinanti-nanti. Yeke? Its my birthday month. Meningkat lagi usia. Birthday kali ni, pun celebrate without mi familia. Sebab masa ni berkursus di INTURA selama seminggu.


Bulan ni juga agak special, sebab dapat reunited with BFF. KC balik mesia for 2 weeks, so dapat la berjimba2 bersama.

JUN
Vacation time. Kali ni kami ke Tioman bersama member2 ofis. Yeay, sangat hepi dapat swimming and diving di Tioman sana nun.
Tioman Island
JULAI
Ramadan datang lagi. Tahun 2012 full of blessing bila dapat tahu kami akan mendapat ahli keluarga baru. Thank you Allah for this wonderful blessing. Alhamdulillah dapat berpuasa penuh tahun 2012.

OGOS 
Aidilfitri menjengah. Kali pertama kami semua beraya di rumah mak dan abah di Karangan. Best sangat sebab luas, sejuk, dan tenang je rasa kat sana. Kali ni kami ambil peluang untuk bercuti sekali. Lokasi kami ke Krabi. Masyaallah kekuatan apakah yang engkau kurniakan tatkala diriku di dalam trimester pertama ini. Sangat penat tapi very satisfying dapat spend time dengan orang tersayang bersama.
Cuti2 di Krabi
Aidilfitri di rumah Karangan

SEPT
Meet new frens: Siusan.

OKT
Mama berkursus di Lexis, Port Dickson. 
Raya Haji yang penuh kontroversi. Wahaa.
Bulan ni juga mama dapat phone baru. Yeay!

NOV
Jalan2 ke Melaka dengan family papa.
Cuti2 di Melaka
 Istana Budaya: Teater Tun Siti Hasmah. 1st time tengok teater.
ajak mak & abah join sekali TTSH
Konvo uncle Jejan: Terbang ke Jakarta.
Tahniah uncle jejan


DIS
Aktiviti hujung tahun. Treasure Hunt Salak Tinggi ke Melaka, Family Day ICT KLN di Agrotek Hulu Langat, Rizal dapat his posting di Hospital Kangar.
Colorful Family Day 2012
Penutup 2012: Chicken Pox!
25/12/2012: Sofea officially got chicken pox
Harapan: Dapat menjalani kehidupan di tahun seterusnya dengan lebih meriah dan ceria!

XOXO,
Mama Sofea