Pages, Contacts, Travel

Wednesday, September 28, 2011

Training Exchange

Preparation untuk upcoming project. Harap semuanya berjalan lancar, dan harapannya semua dapat memberikan support dan kerjasama yang baik sepanjang projek. Amin...

Monday, September 26, 2011

Open House

Kisahnya bukan open house kat rumah, tapinya office. Preparation je dsh mcm kat umah sendiri pulak. Sangat enjoy, sebab semua orang enjoy....

Paling tak puas makan: red velvet. Nak lagi bole tak...?huhu...

Gambar lauk takde, gambar si pemeriah majlis je yang banyak ;)

Monday, September 19, 2011

Raya 2011

Alhamdulillah, syukur dapat sekali lagi peluang untuk beraya sekeluarga.

Tahun ini merupakan tahun ketiga beraya sebagai seorang isteri dan tahun kedua bergelar mama. Tahun ni yang lebih spesialnya sebab sofea raisha dah pandai apa itu raya, mungkin cuma 50%, tapi yang penting dia tahu la raya ni spesial dari hari yang lain.

Dah pandai enjoy main dengan rakan2 sebaya, makan kuih raya, dengar lagu raya, tahu erti duit raya.... Huhu.

Banyak kelainan yang sofea tunjukkan pada syawal kali ini. Kuih paling favourite adalah almond london, makanan plg favourite adalah sate. Kek pun dia suka gak, starting makan red velvet ari tu, em dah suka dah makan kek anak mama ni. Air pun dah pandai memilih... Nak yang manis2 je takpun yang ada kaler. No colour no drink for me ye mama.

Syawal kali ni yang lagi special sebab 1st time la dapat dressing sedondon ngan sofea raisha..biarlah org nak kata beli kain sekayu ka, sedondon ngan langsir sekali ka, boria ka... Yang penting ana suka.... Kekeke, ada akak kisah?

Raya ni pun sofea dapat new haircut, tak berani nak potong sendiri makanya bawak la si kecik ni ke saloon. Alhamdulillah dia ok je sepanjang aunty saloon tu gunting rambut.

Tapi di sebalik kegembiraan hati ni sambut raya bersama bertiga ni... Sayu sikit la sebab tak dapat sambut raya dengan mak, abah dan adik2 kat rumah. Huhu. Tak sama la..Sambut raya hari ketiga, keempat...sedey je....

Harapannya dapat la next year sambut raya dengan semua sekali....rindu nak gathering sefamily....

Cheers,
Ema

Kaspersky Sneak Preview

Events:
Exclusive Sneak Preview of Kaspersky Endpoint Security 8 for Windows and Kaspersky Security Center 9

Date:
8 September

Venue:
Le Meridien, KL

Comment:
There a extravaganze of features in the new upgraded version for Kaspersky AV. Lets me further explain in BM, version terbaru Kaspersky adalah lebih fokus hanya kepada satu endpoint sahaja. Sebelum ini installer bagi workstation dan Server adalah berbeza. Versi 8, hanya satu installer untuk semua jenis endpoint. Macam 1 Malaysia.

Kali ini, lebih banyak features yang diketengahkan, terutamanya bab controlling endpoint. No point kalau detect and delete virus if no prevention done before the process. Prevention is better than cure.

 Zaman ini, pengguna IT adalah tiada had umur. Even baby baru lahir pun dah didedahkan dengan IT. Pasang YouTube lagu baby, ayat Hafazan Al-Quran, dan macam2 benda lagi. So jangan hairan kalau baru umur setahun dah pandai buka laptop nak you tube ok.

So here comes the parental control. Please use and activate this. Tolong rajinkan diri celikkan IT masing-masing demi pembesaran anak-anak yang lebih baik. Please, please control, walaupun at the minimum level.

Kalau Enterprise version, benda ni bagus untuk control endpoint user. Al-maklumlah user sekarang cerdik pandai nak bypass segala benda. Actually benda ni bukan nak menyusahkan user, tetapi untuk kebaikan bersama.

Tapi, kalau dah terlalu banyak features pun mesti ada benda yang tak baiknya juga. So kena check, and use, how berat and how it would affect the performance of the workstation. Jangan enable semua features, at the end of the day user sendiri merana tak boleh nak buat kerja, because of the workstations is too slow.

Product release dalam early October, maybe by then dah ada banyak review dari pelbagai pihak untuk dinilai.

As Kaspersky user, I think the product is okay. Maybe nak kena banyak fine-tune, sebab sometimes kelembapan amatlah mengundang kemarahan..huhu.

The reviewer team
During the events
Cheers,
Ema

p/s: Sedap lunch di Le Meridien

Protes Mini Skirt

JAKARTA 19 Sept. - Kira-kira 50 orang wanita memakai skirt mini dan sarung kaki panjang berwarna-warni berkumpul di Jakarta hari ini sebagai bantahan kepada komen gabenor Jakarta yang menyalahkan cara pemakaian wanita menjadi punca gangguan seksual.

Protes tersebut sebagai respons terhadap kepada kenyataan Fauzi Bowo yang berkata Jumaat lalu wanita tidak patut memakai pakaian yang terlalu terdedah bagi mengelakkan daripada dirogol atau dicabul.
Perhimpunan tersebut bertujuan meminta polis dan kerajaan Indonesia untuk lebih berusaha menjaga keselamatan wanita serta membantu mangsa gangguan seksual, bukan menyalahkan cara pemakaian wanita. - Reuters.

Sumber: Utusan Malaysia

Sangat tidak logik kalau nak salahkan pemakaian wanita 100% dalam isu rogol dan cabul. Kalau berhijab, berpurdah sekalipun...nafsu lelaki is still just there.

Tapi yang kelakar dan uniknya boleh pulak buat protes beramai2 pakai mini skirt.

Sumber Gambar: nodeju.com
Sumber Gambar: nodeju.com

Cheers,
Ema

Saturday, September 17, 2011

Critterlanders

Raya...raya.. Selamat hari raya!

Semalam spend half a day at critterland celebrating arissa batrisya 2nd birthday. Happy birthday dear arissa, aunty n sofea wish dear arissa happy n healthy growing to be a good girl n daughter in the future.

Puas hati sofea, mama n papa sofea main kat critterland. Yg bestnya parent pun bole feeling kanak2 gitu kat critterland ni. Mengimbau kenangan lama betul...

Cheers,
Mama ema

Wednesday, September 14, 2011

Sedih...sob..sob

Nak update gak blog ni walaupun niat di hati banyak benda nak story tapi apakan daya, masih belom dapat the right timing. Broadband Celcom pulak buat hal. Harus kena terminate!

Sob..Sob..
Ema