Persediaan Bercuti Bersalin Kakitangan Kerajaan

Ibu-ibu yang bekerja banyak kena buat perancangan. Perancangan nak ada anak, nak bercuti, bekerja, jaga anak. Macam-macam perancangan. Kali ni nak share perkara yang perlu dibuat bila tiba masa nak bercuti panjang (cuti bersalin).

Sepertimana pekeliling yang terkini, jumlah cuti bersalin keseluruhannya adalah 300 hari dan sekarang ni ibu-ibu boleh ambil sehingga 3 bulan setiapkali bersalin. Kalau anak kembar pun 3 bulan juga yang bergaji.

So pandai-pandai la buat perancangan, nak berapa orang anak. Kalau agak2 macam nak ramai anak, so memadai la bercuti selama 2 bulan. Actually ini adalah kali pertama aku menggunakan privilege cuti 3 bulan. So excited ok. Alhamdulillah, 3 bulan, sebabnya dulu time Sofea cuti 2 bulan, memang belum betul2 recover, dan Sofea still kecil sangat lagi nak ditinggalkan dengan pengasuh. So separation amatlah menyukarkan bagi seorang ibu dan baby. So kali ni, tanpa berfikir panjang lagi, 3 bulan.

Dah dekat-dekat waktu bersalin, dapatkanlah Guarantee Letter (GL) dan juga Borang Permohonan Cuti Bersalin daripada Bahagian Sumber Manusia di pejabat anda bekerja. GL ni akan digunakan di hospital nanti masa admitted. Just spare la, walaupun kekadang hospital ni kata dia menggunakan e-GL.

Borang Permohonan Cuti Bersalin pula, ibu-ibu yang akan bersalin, boleh apply advanced cuti 2 minggu daripada tarikh Due Date. 2 minggu tersebut akan ditolak daripada cuti 3 bulan. Sebelum buat permohonan kena dapatkan surat sokongan iaitu surat pengesahan due date daripada Klinik Kesihatan tempat buat checkup. Dah dapat tu baru buat permohonan ye, kalau tak kena reject pula nanti.
Contoh Borang Permohonan
Contoh Surat Pengesahan EDD

So terpulanglah pada keadaan semasa ibu-ibu nanti. Pada awalnya aku macam nak tunggu due date, tapi sekarang rasa macam nak bercuti awal pulak at least seminggu. Ye la dulu, anak sulung, takde apa nak diuruskan sangat. Kali ni anak kedua, rasa macam-macam pula nak urus dan spend time dengan Sofea before delivery, tambahan pula papa Sofea baru start-off new job.

Lagi satu jangan lupa pula, before bercuti panjang kena senaraikan semua kerja-kerja yang masih tertangguh. Kesian kat kawan-kawan dan juga immediate bos nanti, pastu kita pun kalau boleh tak nak juga terganggu dan dibelenggu masalah-masalah tempat kerja semasa bercuti nanti, so buatlah Nota Serah Tugas yang lengkap sebagai panduan Pegawai yang akan menanggung kerja kita nanti.

Checklist:
1. GL
2. Borang permohonan Cuti Bersalin
3. Surat Pengesahan Due Date daripada Klinik Kesihatan
4. Nota Serah Tugas

Harap-harap cuti approve, and I will have safe and wonderful time during delivery nanti. Insyaallah.

XOXO,
Mama Sofea Minggu Last Bekerja Before Cuti Bersalin.

Comments

Popular Posts