Pages, Contacts, Travel

Monday, February 25, 2013

Minggu Ke-34 - Mode Letih!



34 minggu bersamaan dengan 8 bulan 2 minggu. Means lagi 2 minggu dah cukup 9 bulan. Fullamak.
Sekarang ni memang dah rasa sangat letih, tak nyenyak tido, pedih ulu hati.

Dan simptom baru bermula minggu ni, kalau duduk lama sikit dah start sakit pinggang, punggung dan area kat bawah perut. Sakit dan lenguh sampai tak boleh nak berjalan. Huhu.

Sekarang ni, memang dah checkup every fortnight. Kekadang tu kalau schedule lari, tiap2 minggu pun kena pi checkup, either kat Klinik Kesihatan dan Hospital.

Last 2 week, checkup combined clinic di Hospital Putrajaya. Magikanya kali ni dapat doc yang sama. Bolehla pulak kali ni scan doc cakap mcm nampak bb girl la. Biar betul doc??Okla..mama pasrah dan redha apa jua jantina adik Sofea kali ni, asalkan baby sihat walafiat.

Masa checkup masa tu juga, tetiba doc suh buat MGTT lagi sekali...what the??
MGTT ni, minum air gula. dah sah2 buat dulu, tapi semua normal. Aduhai, terpaksa la buat juga.
Rupanya HPJ ni buka juga every saturday ye, tapi base on appointment la. So Doc bagi tarikh TFT dan MGTT hari Sabtu. Kan senang..tak payah sibuk2, kalut2, terkejar2 buat hari kerja. Hari Sabtu pun patient tak ramai. Alhamdulillah dah selesai dah buat MGTT lagi sekali. Tunggu result je la next checkup nanti.

Masa checkup kat hospital, ternampak satu poster pasal Urutan Tradisional dan Komplimentari HPJ. Wah menarik.
So terus je ke Pusat Urutan Tradisional dan Komplimentari nak tanya info pasl benda ni. Rupanya FOC ye, kalau berurut di sini. Tinggal lagi buat appointment la, dan kalau schedule tak penuh. Lagi satu syaratnya mesti bersalin normal.

Nurse tu cakap juga ada servis urutan kesegaran. Rupanya urutan kesegaran ni adalah untuk urut payudara the very 1st day after delivery bagi keluarkan air susu. Tapi dengan syarat patient still admitted dalam wad. So nanti lepas delivery, minta hubby/nurse cepat2 buat appointment dengan bidan hospital untuk urutan kesegaran.

Pasal Urut antenatal pulak, biasanya akan dibuat pada hari ke 6,7,8 dan 40, 41, 42. Tapi kena la pi hospital ye bersama barang2. Macam leceh juga, tapi FOC. Di Putrajaya ada 2 bidan sahaja, satu di HPJ satu lagi di Hospital Bersalin Presint 8. So kalau berminat kena booking cepat2.

Rawatan
Rawatan Kesegaran
Rawatan Perbidanan
Masa Rawatan
24 jam selepas discaj dari wad
selepas 3 hari bersalin secara normal
Rawatan yang disediakan
urutan kesegaran + penjagaan payudara 
urut + tungku + barut
Regim
sekali sahaja
pada minggu pertama dan terakhir berpantang
 sekurang2nya 3 hari

Bahan2 yg perlu dibawa
tiada
kain barut/bengkung, 
kain batik,
 daun sirih/mengkudu
Unit Traditional & Komplementari Hospital Putrajaya
Telefon : 03-83124200 Ext ; 2319

XOXO,
Mama Ema

Husband & Pre-Tonsillectomy

Setelah sekian lamanya mencari tarikh dan masa yang sesuai..akhirnya kami dah dapat date dan juga decide to proceed with the tonsillectomy. Cumanya lagi harap bila sampai waktunya mr hubby sihatlah. Sebab kalau demam terpaksa postpone lagi tarikhnya.

Actually sebagai isteri aku agak takut juga bila mr hubby decide to go with the procedure. Macam2 dalam fikiran ini. Tapi apapun aku redha je dan hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan lancar dan selamat hendaknya. My 2 brothers and also sister has also experience the same procedure dan alhamdulillah ok.

Date dah dapat tinggal tunggu the timing nak menyerahkan diri ke hospital. Actually the procedure akan berlangsung lagi 2 hari, dan esok mr hubby akan surrender himself di hospital. Huhu. Harap2 fast recovery for him, cepat2 sembuh supaya kita boleh sambung shopping lagi k. :)

Takpe ema, sabar dan doa banyak2 agar semuanya berjalan lancar ok. InsyaAllah. (Pujukan untuk diri sendiri).


Some tips for fast recovery as mama google around:
i. Mesti makan makanan yang sejuk - aiskrim, bubur sejuk
ii. Mesti minum air sejuk
iii. Jangan makan makanan pedas
iv. No Nuts, no Ikan Bilis (Makanan yang tajam)
v. Cuba makan macam biasa
vi. Bercakap seperti biasa
vii. Boleh kunyah chewing gum
v-vii. Melalui aktiviti mengunyah mulut dapat melakukan execise dan ini akan mempercepatkan proses penyembuhan.
viii. Kalau berdarah cepat2 refer doc.

XOXO,
Mrs. Chemi

Wednesday, February 13, 2013

Potty Training Yaya

Alhamdulillah..azam sofea tahun ni dah mula menampakkan hasilnya. Alangkah gembiranya dan leganya hati mama bila sofea dah pandai bagitahu nak wee wee and poo poo.

Thanks sangat2 buat nenek, aunty2, dan uncle2..sebab been very supportive to sofea and also mama. Terharu sangat bila sofea dapat buat her bisnes dalam toilet instead of diapers.

Diapers free for my little girl is one of the biggest challenge in my life. Rasa macam nak amik driving license dulu almost impossible. Alhamdulillah dgn sokongan semua orang sofea dah mula menunjukkan keazaman yang kuat utk diapers free. Maybe its not a big challenge untuk org lain..but for me..tuhan sajalah yang tahu.

Awal2 nya mama start bertanya dengan sofea..kalau nak kencing bgtahu kita pi toilet..tapi her diapers is still on. Tapi mmg la sofea takes thing for granted..kalau dia ingat je baru bgtahu ..kdg2 bila pi toilet tak dapat nak kencing..tapi bila pegang pampers dah basah dah. Maybe baru lagi kan.

Pastu kebetulan stok pampers is running out. So nenek sofea cakap kat sofea..hari ni tak payah pakai pampers k. Kalau nak kencing kita pi toilet. Amazingly, dia pandai pulak inform. Tapi ada la 2, 3 kali terbabas dlm seluar. Tapi sikit jela sempat bawak ke toilet. Awal2 tu kalau leka bermain mmg la dia tak ingat nak kencing. So mama kena ingatkan dia..dan tanya.

So officially sofea dah diapers free di siang hari.masa awal2 tu dia merayu2..nenek sofea nak pakai pampers..so nenek cakap dah malam baru pakai. So dia mmg tggu sampai gelap je..dia akan ingatkan nenek dia..dah malam ni nenek..nak pakai pampers.

Part nak poopoo pulak..sofea also did in toilet. Awalnya dia mencangkung atas toilet sbb tak dapat poopoo bila dia duduk. Sekarang ni duduk pun dah boleh poopoo. Syabas betthi. Tapi mesti kena ada someone yang temankan. Pernah ada sekali ni..dia sorang2 dlm rumah..orang lain kat luar rumah. Menangis2 dia dalam rumah..cakap nak ber*k! Haha..amazingly takde la pulak dia buat bisnes dalam seluar. Hebat betul la baby mama ni.

Alhamdulillah sekarang ni..time tido je lagi sofea pakai pampers. Takut2 terbabas dalam tido. Caiyok2 sofea..actually rasanya sofea sangat confident..tinggal lagi mama dan papa je lagi ni.

Sebab mama terharu sgt sofea dapat pi toilet..mama juga ada bg small award utk sofea. Awal2 sofea a bit refuse nak p toilet..sbb sibuk sgt main. Mama pulak every 1 hour jom pi toilet..menangis la kata tak mahu. So nak beri semangat kat sofea..mama cakap kalau sofea kencing kat toilet nanti mama belikan hadiah hello kitty. Semangat la anak mama lagi nak pi toilet.

Apa2 pun as parent kena sabar..bersedia nak cuci lap all the waste..and also rajin2 temankan si kecil ke toilet always.

Itu pengalaman mama sofea la..alhamdulillah. syukur sangat sempena sofea berumur 3 tahun dan nak dapat adik, yaya dah almost diapers free.

Xoxo,
Mama sofea