Pages, Contacts, Travel

Tuesday, April 23, 2013

Cerita Mengurut, Bertungku dan Berbarut

Dalam entry yg lepas ada saya mention yg dah close deal dgn urut lady. Tapi nak buat camne takde rezeki dgn urut lady tu..sebabnya saya dah overdue 5 hari..urut lady pun dah ada appointment dgn customer lain..tup2..dapat pulak rezeki yg lain.

Lepas je bersalin hari tu, mr hubby terus buat appointment dgn unit urut HPJ untuk urutan kesegaran iaitu untuk melancarkan air susu. Lepas je mengurut that day..nurse tanya nak teruskan tak dengan urutan post natal. So just set appointment terus hari ke7, 8, dan 9. Tapi kali ni tempat mengurutnya di unit urut hospital bersalin presint 8. Kalau mengurut dengan bidan hospital mmg suggested start hari ke 7 dan ke atas.

Mula2 rasa cam lambatnya nak start mengurut at day 7. Sebab mmg dah tak sedap badan..kepala pun asyik sakit je. But the pro is urut hari ke 7 luka bersalin pun dah ok. So takdela rasa ngilu bila mengurut.

Here is the pros mengurut dengan bidan di hospital:
1. Detail checkup before mengurut
2. Bidan mengurut certified dan berpengalaman
3. Tempat mengurut dah sedia khas
4. Lebih tenang dan selesa mengurut di tempat ni
5. Free

Masa mengurut ni memang saya tak bawa baby..nanti stress pulak sbb nangis. So starting day 2 saya dah start pam susu utk baby bila mama nak pi mengurut nanti. Alhamdulillah dpt la pam stok sikit masa attend urut session.

Masa mengurut yg saya dpt pd sebelah petang 2.30 - 4.00 pm. So tak kelam kabut sgt la pagi2. Dah setel mandi, makan semua..petang pi mengurut. Mengurut dgn bidan hospital kena bawa barang2 keperluan. Minyak urut, daun sireh/mengkudu utk tungku, kain batik utk tungku, krim barut perut, towel kecil utk alas before berbengkung, kain bengkung. Minyak urut kena bawak banyak gak le..recommended bawak minyak urut yg tak mahal la...sebab mmg guna banyak. Kat situ ada gak jual minyak afiat rm6. Beli yg tu je pun ok. Macam pengalaman saya bawak sebotol minyak urut tanamera guna untuk 2 kali berurut je. Yg ke 3 kali dah kena top up.

Lepas dah habis 3 sesi. Nurse akan bg appointment utk 3 kali sesi lagi. Urut dan bersengkak kalau tak silap. Kali ni adalah pd hari terakhir berpantang. So senang la kiranya bila dah ada appointment dgn bidan hospital ni. Just make sure kita je yg available utk attend. Bidan mmg punctual. So kena tepati masa la..kalau 2.30pm..mmg sharp la 2.30pm start.

Sekali lagi alhamdulillah, bersyukur sangat sebab diberikan kesempatan mengurut, kesihatan utk attend sesi mengurut, dan baby pun tak banyak ragam sepanjang mama pergi mengurut. Alhamdulillah.

Xoxo,
Mama ema during confinement

Tuesday, April 16, 2013

Tips Mak Bidan Semasa Berpantang

Tips Cara Makan Semasa Berpantang:

1st week: Makan ikan bakar cicah air asam jawa (air asam jawa boleh bantu lawaskan pencernaan)
2nd week: Makan ikan singgang. Dah boleh start makan makanan berkuah.
3rd week: Dah boleh makan makanan bergoreng.
4th week: Dah bole start makan kari, kurma..masakkan berempah tanpa santan.

Sepanjang berpantang digalakkan makan sayur sawi, brokoli dan lobak putih. Untuk membanyakkan air susu dan juga proses pelawasan.

Tips banyakkan air susu:

Susu blended: blendkan 3 biji badam yg tlh digoreng/bakar, 7 biji kismis dan susu segar. Masukkan dalam cawan dan masukkan sesudu madu. Minum bila2 masa. Pastikan susu blended suam panas.

Tips tambah tenaga selepas bersalin:

Campurkan madu dalam air suam dan minum.

Tips inisiatif sendiri tambahkan air susu:

Minum horlicks campur jus kurma.
Minum jus kurma suam.

Saya dah cuba..alhamdulillah air susu bertambah pekat dan cukup melenakan baby sampai 2-3 jam sekali menyusu.

Selamat mencuba

XOXO,
Mama Ema at day 9 of confinement

Putera Kedua Kami-Muhammad Syafi Raiqal

Alhamdulillah setelah overdue 5 hari..perjuangan setengah hari menahan sakit..akhirnya lahirlah Muhammad Syafi Raiqal.
Ya Allah..rasa macam tak percaya akhirnya tiba juga harinya mama dapat berjumpa dgn kamu Syafi. Macam tak percaya dah 9 bulan 5 hari kamu tinggal dlm perut mama..and thank you Allah for giving me the perfect gift for all the hussle struggle joy and tears dalam tempoh mengandungkan baby Syafi.
Syafi was born on the 8th of Apr 2013 at 1041am. Its Monday Morning. Semoga anak mama ni menjadi seorang yg bersemangat utk bekerja nanti. Sebab awal isnin dah lahir. Anak mama ni dalam labor room lagi dah berak kencing..alhamdulillah. kesian papa..awal2 lagi dah dpt job. 
2nd day doc detect ada early jaundice at level 132. So kena tido under the ray lite. Petangnye mama dah bole discaj..kamu pulak detained kat nicu. Sedihnya mama balik rumah tanpa kamu. Tapi lega sebab mama dapat jumpa kakak Sofea.
3rd day mama n papa ke nicu to meet and bf u. Doc kata bacaan dah ok tapi still kena monitor 24hours. So doc transfer ke wad presint8 so mama pun bole stay dgn syafi.
Malamnya stay berduaan la dgn syafi. Syafi menangis all nite..tapi lepas kena bedung dgn nurse kul 4am..terus je tido ke pagi..malam tu mama agak nerves part salin pampers. 1st time mama menguruskan anak lelaki.
Pagi esoknya doc dtg check..alhamdulillah dah bole discaj. So petangnya yeay..dah bole jumpa kakak sofea.
Hari ke 4 baru Syafi dapat balik ke teratak mama papa. Dah balik rumah nenek dan papa la totally uruskan syafi. Mama kasi nenen je. Syafi mmg kuat menyusu. Tapi takpela supaya syafi cepat2 besar..tak tido pun takpela mama.
Hari ke 5 baru syafi jumpa dgn tokwan. Pusat Syafi luruh pada hari ke6. Alhamdulillah genap hari ke7, mama dan papa dah finalise dah nama kamu, Muhammad Syafi Raiqal.
Begitula cerita Syafi seminggu di muka dunia ini. Everyday different attitude. Mama doaka agar anak lelaki mama ni dapat membesar dengan sihat, cerdik dan cerdas. Insyaallah.
Xoxo,
Mama ema feeling much2 better at day 10.

Thursday, April 11, 2013

Pengalaman Bersalin Kedua Kali

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke4 putera kami dilahirkan. Sepatutnya due date adalah 3 April tetapi putera kami decide nak keluar 8 Apr. 5 hari lagi extra days dalam perut mama.
Starting 6 Apr lagi mama dah start contraction. Bila timing selang 10 min. Tapi tanda belum keluar pape lagi. Papa cakap contraction tu salah satu tanda la tu. Tapi just a mild contraction..tak kuat mana pun. So mama decide tunggu je dulu untuk tanda yang lebih jelas. Malamnya sempat mama pi jalan2 bawak kakak Sofea tapau muffin Kenny Rogers and Booster Juice.
Masuk 7 Apr tetiba contraction yg agak2 konsisten semalam dah suam2 kuku. Adohai..main2 betul la baby ni. So mama mood pun tak berapa nak elok..just baring je sampai petang. Contraction ada la sikit2. Petangnya tu papa ajak keluar..destinasi belum diketahui. So mama nak mandi dulu la..tetiba apa lekit2 ni..check kat seluar mama rupanya dah keluar lendir darah. Punya la excited masa tu..bila bgtau papa dan nenek semua dah excited..penantian hampir berakhir. So petangnya macam petang before kakak Sofea keluar gak..mama papa n Sofea pi jalan2 kat Monumen Alaf Baru tu. Makan aiskrim..cucur udang. Ronda2 tangkap gambar lagi..layan kakak Sofea naik scooter dengan harapan baby pun excited nak keluar cepat. Masa ni pun dah start rasa contraction. Malamnya papa ajak semua pi dinner. Mama rasa macam nak makan kuey teow goreng lagi. So kami ke Hailam Kopitiam Cyberjaya. Uncle jejan pun dah join kami malam tu. Before kuar dinner..beg hospital and baby dah ready siap2 dlm kete. Mama decide nak pi check kat labor room if baby dah ready nak keluar.
After dinner terus ke labor room putrajaya dalam jam 11pm. Masa ni doc ambil ctg. Katanya contraction tak kerap. Mama timing ada la dlm 15 min. Pastu bila check laluan dah buka 2cm. Wah..terkezut gak mama. Mula2 doc macam soh balik. Mama nerves..
1. Takut labor room penuh
2. Dah 2 cm kot
3. Dah kuar tanda
4. Sakit dah ni..
Pastu MO pulak yg check..ayo..mmg laluan dah 2cm. Masa mama pi kencing malam tu pun darah dah keluar berketul2. Alhamdulillah MO tu agree utk admitkan mama. Masa ni mama admit kat wad 2B bilik no.2. Malamnya tu..masyaallah. the whole night tak dapat tido. Nak lelap mata je..contraction dtg. Aku pelik betul doc ckp takde contraction. Mcm nak mati dah rasa time ni. Actually aku dah lupa rasa contraction tu mcm mana. Dont worry mommies..when the contraction comes mmg semua kenangan teringat. Rasa sakit cam senggugut kat bawah perut..sakit pingang all together. Nak lompat diri baring semua ada nak hilangkan sakit. But the best method..bila contraction dtg tarikh nafas dalam..hembus by stages. Insyaallah kurang sikit rasa sakit tu.
Sepanjang malam langsung tak dapat tidur menahan sakit. Tuhan je yang tahu. Pukul 7am doc panggil nak check laluan but still 2cm..huhu. so dalam hati rasa mesti malam gak ni. Dah balik bilik mmg kuat gile lagi sakit. So dengan rajinnya mama kuatkan diri mandi dulu bersihkan diri dan nak breakfast. Mandi dah selesai..nak minum pulak langsung takde selera. Sesuap nasi goreng pagi tu cukup nak buat mama muntah sebab sakit tak tetahan. Nurse datang buat ctg. Dia cakap kalau tak tahan sakit minta la ubat tahan sakit..tanpa segan silu mama minta la terus. Tak tahan sgt. So kata nurse..ok lepas ctg dia bagi ubat. Bila nurse datang monitor ctg. Jantung baby dah tak cantik. Doc pun datang check. Terus je check laluan dlm jam 9am dah buka 4cm. Doc pecahkan ketuban bagi ubat buang air besar. Terus nak tolak ke labor room. Actually aku takde la bersedia sgt lagi ni..tapi wah labor room sudah. Nasib baik papa datang awal pagi tu. So dia amik baju baby semua bagi nurse. Masuk dlm labor room salin baju terus sambung buat ctg. But still jantung baby tak cantik. Doc pesan kalau still tak ok prepare for CSect. Nervesnya. Tapi sakit aku ni lagi tak tertahan. Dalam jam 10lebih doc check lagi laluan dah 6cm..pastu dia seluk check laluan lagi rasanya time ni pun doc bantu bukakan laluan..sebab jantung bb dah tak berapa ok. Katanya dah 8cm. Kalau dah rasa macam nak berak bagitahu. So memang habis je doc seluk..sakit makin kuat. Kepala baby pun dah nampak  semua doc dah masuk..nurse masuk bagi semangat..ok good. Teran lagi..good dah nampak kepala ni. Sebab nak menamatkan penyeksaan kesakitan ni dgn semangatnya mama meneran. Alhamdulillah kali ke 3 putera kami pun lahir ke dunia tepat jam 1041am. Semua ucapkan tahniah. Dalam hati ni tak sabar nak tahu jantina. Doc angkat dan minta mama sebutkan sendiri jantinanya. ITS A BOY!
Memang pengalaman kedua kali amat berbeza dari pertama. Masa deliver sofea dulu mama dah macam askar berjuang seharian dlm labor room. Kali kedua ni dalam labor room kejap je..tapi kali ni sampai mama pengsan lepas deliver. Maybe dah letih sgt sebab sepanjang malam tak tido dan tak brekfes pulak dan lagi sebab tak sedia sgt..rasa cepat sgt. Tapi alhamdulillah semua dah pun selesai. Lega.
Now moving on 2nd phase. Confinement mode.
Xoxo,
Mama ema at 4 days after delivery.

Friday, April 5, 2013

DIY ALMARI SOFEA

Projek kali ini adalah meng'hack' almari ikea untuk baju2 sofea. Before this kami guna aneboda chest drawer isi baju2 baby girl kami. So semua lipat2 masukkan dalam laci tu. Tapi simpanan baju macam ni banyak cons. Sebabnya banyak baju2 sofea yang kami miss untuk pakaikan sebab ada kat bahagian bawah. Yang ada kat bahagian atas tu la asyik ulang pakai.

So kali ni papa sofea suggest nak hang je baju2 sofea supaya kami tak miss lagi pakaikan baju2 yang ada. Lagi satu senang nak mix n match. So papa sofea buatkan double hanger dalam almari. Dapat la hang semua baju2 sofea kat dalam. Lagi satu sofea pun senang nak pilih dan ambil baju sendiri nanti.

Thursday, April 4, 2013

Panasonic AirCond

Diam tak diam dah almost 4 tahun aircond ni dah berkhidmat kat rumah kami. Kami bersama aircond ni lebih daripada usia Sofea lahir..tapi sebaya la kalau dikira starting Sofea dalam perut.

Bukan nak puji lebih2..tapi kira puas hati sampai sekarang ni. Dah ikut kami pindah 2 kali..performance still sama. Banyak betul berjasa.

Air cond ni jenama Panasonic model R410A. Inverter siap ada Eco Patrol, mcm ionizer..1.0Hp. Kami guna dalam bilik tidur, sejuk mmg puas hati. Harga 1k++..dah tak ingat exact price..dibeli di Sen Heng. Ada 5 tahun waranti. So far mmg tak pernah langsung lagi guna waranti..sbb mmg tak buat hal. Tapi hubby saya mmg rajin cuci filter la. Kalau banyak sgt habuk tak sejuk la nanti.

Aircond ni macam ada magic tau kekadang. Kalau tuan dia tengah panas gile atau tengah marah..lampu dia akan bertukar kaler merah. Kalau tuan dia dah cool..lampu automatik tukar oren pastu biru. Tu memang kira dah betul2 cool la tu. Haha. Anyway my review for this type of aircond mmg sgt recommended la buat yang sedang mencari aircond. Bukan la nak kata ni yg terbaik..sbb kalau check kat Sen Heng still banyak report pasal aircond brand panasonic. Yang bagusnya kilang dia kat Malaysia..so apa2 hal senang cari spare part nanti. Tapi nak runsing ape..kan dah bayar kat Sen Heng tadi extended 5 year warranty.. So just used and enjoy je la.

Mama ema dah bosan at 40weeks.

Tabahkan hati

Ya Allah Ya Tuhanku..dugaan apakah yang telah Kau berikan ini saat2  diriku sarat 9 bulan ini. APAKAH PETUNJUK YANG KAU BERIKAN INI. Sesungguhnya dah tak terdaya nak menanggung ni.

Ya Allah sekali lagi aku mohon tabahkanlah hati ini, cekalkanlah hati ini..dalam menempuhi setiap satu dugaan yang datang akhir2 ini. Dah tak tertanggung dah ni.