Pages, Contacts, Travel

Wednesday, December 18, 2013

Pantang Larang Asma/Lelah Anak

As semua well inform last Ogos-September Baby MSR was admitted to Putrajaya Hospital almost a month. Sebab musabab nya adalah disebabkan wheezing, batuk, kesukaran tidur, bernafas..atau bahasa mudahnya asthma. Hai la baby mama kecil sorang ni, awal2 dah kena asthma attack. Almost a month pulak hospitalized. Merunsingkan mama papa tokwan nenek..semua la. Runsingnya bukan pasai lain..sebabnya kami sayang dengan kamu wahai anakku.

So sepanjang dalam hospital, hasil bualan mama papa dgn hospitalized neighbour, mama papa yang lain, doctors, nurses, kawan-kawan datang melawat banyak le pantang larang dan juga recommendation dari segi pemakanan, ubat-ubatan yang dikongsikan. So sebab mama banyak sangat benda nak fikir kan, so mama guna la blog mama ni to keep things written and at the same time boleh juga jadi panduan parents yang lain. So far ada yang kami dah cuba dan ada juga yang tak cuba lagi.

1. Makan sup landak
2. Makan daging burung hantu
3. Makan daging arnab
4. Makan daging tupai
5. Makan Virgin Coconut Oil
6. Makan minyak ikan Seven Seas
7. Guna minyak bawang putih pada dada dan tapak kaki
8. Jangan makan buah especially pisang, tembikai
9. Jangan makan bijirin gandum
10. Makan madu
11. If anak tgh teruk asma jangan bagi/paksa minum susu (in fact budak pun memang takkan minum) sebab nak elakkan dia dari tersedak. If tersedak dikhuatiri paru-paru akan masuk air lagi lama nak recover dan memang bahaya le kalau tersedak ni.
12. Kalau nak guna vicks, make sure gunakan vicks yang betul ikut peringkat umur anak.
13. If prescribed dengan inhaler, it is recommended guna brand Philips, lebih mudah digunakan dan dicuci. Ingat jangan sesekali scrub aerochamber tersebut sebab akan merosakkan elektrostatik alat tersebut.
14. Zeliten

Ok setakat ni yang mama boleh ingat. Nanti kalau ada additional Insyaallah will update more. Macam-macam benda kan. So far part makan memang belum lagi cuba dgn baby MSR. Yang mana boleh elakkan memang dielakkan. Yang minyak bawang putih tu memang quite reliable dan berkesan. Macam bau garlic bread dah baby MSR kena lumur minyak bawang putih.

p/s: teringat cerita mak tentang seorang budak asrama ni umur 17thn (lelaki) mengidap asma teruk sangat. Dah meninggal pun dia sebab asma. Tuhan lebih sayangkan dia kan. Mama doakan anak-anak mama cepat2 fully recover asthmatic jangan melarat sampai besar ye. Amin.

Baby MSR si budak lelah yg super cute ;)

Yours truly,
Mama Ema

Musim Avillion Port Dickson

Ceritanya bermula bila mama kena berkursus. 1st kursus bertempat di Avillion Resort & Spa. Masa ni 1st time mama berpisah dengan syafi. Tapi tak lama pun 4 hari je. Alhamdulillah everything went well. Tq nenek sebab sudi jagakan kakak Sofea and baby MSR. Sunyi la pulak sorang di Avillion ni.

Rupanya Avillion di Port Dickson ada 2 tempat. 1 Avillion Resort & Spa aanother one Avillion Admiral Cove. Kaitannya dengan tajuk entree ni adalah..mama berkursus di kedua dua tempat tersebut selang seminggu je. Betul2 musim Avillion kan. 

Ok Avillion Resort & Spa. Boleh dikatakan mini Four Season Langkawi. Menangnya sebab ada water chalet. Tempatnya luas cantik menarik sesuai sangat untuk family time seisi keluarga. Ada pet corner..swimming pool family. Bilik pun luas dan cantik. Tapi sebab mama alone..so i am just having my own quite time..berehat sebab dah banyak malam tak cukup tido dan satu lagi aktiviti mengepam susu utk baby MSR. 

Chiller dalam bilik..mmg chiller je..tak beku pun. so terpaksa la mama simpan semua susu MSR kat kafe hotel. Rupanya bukan i sorang je ke simpan kat sana. Abg kafe pun tahu dah..nak simpan susu ye puan?hehe.

Kat sini mmg sgt family friendly i must say. Playroom pun ada untuk anak2. Beach pun cantik. Tapi mama sempat bersteam and sauna je sebab schedule a bit tight throughout the courses.

Next 2 weeksnya sekali lagi mama berkursus di PD. Kali ni di Avillion Admiral Cove. Tapi kali ni i refuse to be alone..so mama bawak le budak2 sekali. Mmg a bit kalut nak uruskan budak sambil bekerja. Tq to nenek sudi temankan kami. Papa sempat join kejap. Avillion admiral cove ni jauh sikit dari resort and spa. Biliknya semua adalah tower hotel.

Kat sini beach jauh sikit..tak secantik di resort and spa. Swimming pool ada. Cuma designnya more like utk berkursus..tapi overall semuanya ok. Theme bilik adalah moden and simple. Suka.

Bilik di Avillion Resort and Spa
Avillion Resort and Spa
Avillion Resort and Spa
Day Bed Avillion Resort and Spa
Swimming Pool Avillion Resort and Spa
Avillion Resort and Spa
2 brats at Avillion Admiral Cove
Day Bed Avillion Admiral Cove
Swimming Pool Avillion Admiral Cove
Avillion Admiral Cove
Avillion Admiral Cove
Avillion Admiral Cove
Nenek & Syafi Avillion Admiral Cove
Dining at Avillion Admiral Cove

Yours Truly,
Mama Ema
 

Wednesday, December 11, 2013

Sweet Cherry Baby Contest 2013

Alhamdulillah rezeki MSR sekali lagi nominated untuk finalist Sweet Cherry Baby Contest 2013. Actually nya mama dah start sending MSR pictures dalam Sweet Cherry FB sebulan before pertandingan. Dah sampai hari pertandingan dibuka about 1 month for likes voting. TQ all dear frens yang dah vote for baby MSR ye.

A week before 6th Maternity & Children Expo mama dapat email and call from Sweet Cherry minta attend prize giving ceremony. Excited betul la mama MSR kan. At first dalam hati terdetik ok la finalist...dapat constellation prize pun good enough. So planned out dengan papa, nenek dan tokwan to attend the events.

So during the day, terkedek-kedek la kami sekeluarga ke Midvalley. Memang meriah la 6th Maternity & Children Expo. Ramai betul parents and children. Booth pun sama meriah jugak. Panjang betul line nak bayar kat every booth. Tapi tu la silap hari bulan sikit expo ni dibuat before Gomen Pay Day. So mama just jeling laju2 je la barang2 kat sana.

Tepat 2.30 kami pun register and being called out to stage ke semua 13 peserta akhir untuk Category 1. So mama and MSR pun dengan excited dan senyum panjang lebarnya beratur kat atas pentas. Alhamdulillah kali ni, kami tak perlu buat sebarang aksi atas pentas. Lega sangat. Haha. The emcee start umumkan hadiah constellation which is hadiahnya carrier dan baby bag. Dah habis 10 announcement nama baby MSR still belum diumumkan. Wah dalam hati...i silap naik ke tadi? awat takde lagi nama baby MSR. ok sabar dulu la..but i really cant stop smiling now. Muzik pun dah bertukar untuk umum the top 3 babies. Wah...
Stroller and car seat dah siap di atur di depan. 2nd runner up was announced, and still bukan nama baby MSR. And the next name for the 1st runner up, baru lah nama Muhammad Syafi Raiqal Mohd Shuhaimi announced. Wah semua memang excited, especially kakak MSR le. Tuan punya badan cool je.

Alhamdulillah, MSR dapat Travelling Stroller, combination car seat dan baby bag. Alhamdulillah, rezeki anak mama sorang ni.
TQ Sweet Cherry Pilih Kami
The Excited family..pemenang yang cool je dalam stroller
Pic MSR yang dipertandingkan
 
Yours Truly,
Mama Ema