Pages, Contacts, Travel

Thursday, February 24, 2011

Meremang bulu roma baca ni..

 
Credit to the story teller for sharing with us the story. Memang meremang beb baca citer ni. Sesiapa yang pernah study UITM SA dulu lagi la meremang kot. Anyway, cerita ni ada gambar dia sekali, tapi aku tanak masukkan sebab horror la.. Di sebalik cerita ni ada pengajarannya. So selamat membaca ye..kalau boleh before that tarik selimut or shawl dulu..serius seram.

_______________________________________________

TRUE STORY?

Huhuhuhu seram juga cerita nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.
  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.


Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310

________________________________________

XOXO,
Mama Ema

Wednesday, February 23, 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA


Sofea Raisha Bt Mohd Shuhaimi
 
SOFEA RAISHA
SSuci
OOportunis
FFleksibel
EEmosional
AAmanah
RRamah
AAlim
IIkhlas
SSetia
HHarum
AAbadi

Sofea Raisha bermaksud pemimpin raja yang menawan. Idea asalnya saya dan suami bersetuju untuk membuat gabungan nama kami untuk diabadikan pada nama anak-anak kami. So, kami decide untuk buat gabungan aksara pertama nama kami berdua iaitu S-Shuhaimi dan R-Rahimah. Lahirlah monogram SR dalam kepala. Puas google cari yang bersesuaian dan mempunyai maksud mendalam akhirnya kami berjaya buat keputusan untuk mengabadikan nama Sofea Raisha buat cahaya mata sulung kami. Kami berharap agar anak kami kelak akan menjadi seorang pemimpin yang disegani, berakhlak mulia dan juga menawan hati. Insyaallah.

XOXO,
Mama Sofea Raisha


p/s: Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai contest ini jangan malu dan segan klik je banner contest kat atas or kat sini. Contest sehingga 1 Mac 2011, so nak join...buat entry terus..dah tak lama dah ni.

Tuesday, February 22, 2011

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie. com

Contest Si Cilik Bergaya

Mama, I want that shoes...

Tuliskan kategori : Kategori Perempuan
Nama anak : Sofea Raisha Bt Mohd Shuhaimi
Umur anak : 1 tahun 1 bulan




Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com  ditaja oleh:


Diaper Cakes by ShilaShower





XOXO,
Mama Sofea

Monday, February 21, 2011

How To: Hanging Pom-Poms








Hanging Pom-Poms
1. Stack eight 20-by-30-inch sheets of tissue. Make 1 1/2-inchwide accordion folds, creasing with each fold.
2. Fold an 18-inch piece of floral wire in half, and slip over center of folded tissue; twist. With scissors, trim ends of tissue into rounded or pointy shapes.
3. Separate layers, pulling away from center one at a time.
4. Tie a length of monofilament to floral wire for hanging.

Read more at Marthastewartweddings.com: Pom-Poms and Luminarias How-To

Shuhaimi's Girl

P/s: Rambut mama lagi banyak k...

XOXO,
Mama and Sofea

Sepetang Bersama

Helo...
Nah...
Amek angin ngan mama

Saya pandai jalan kan..?

Papa kita jalan2 lagi

Every clouds has silver lining - betul kan..?

Menu petang...Sebab mama nak makan donut
Inilah akibatnya kalau Sofea yang dapat
XOXO,
Mama Sofea

Lauren Booth

“My name is Lauren Booth and I am a Muslim.”


Tony Blair’s sister-in-law has converted to Islam after having a ‘holy experience’ in Iran. Broadcaster and journalist Lauren Booth, 43 – Cherie Blair’s half-sister – said she now wears a hijab head covering whenever she leaves her home, prays five times a day and visits her local mosque ‘when I can’.

She decided to become a Muslim six weeks ago after visiting the shrine of Fatima al-Masumeh in the city of Qom.

‘It was a Tuesday evening and I sat down and felt this shot of spiritual morphine, just absolute bliss and joy,’ she told The Mail on Sunday.

When she returned to Britain, she decided to convert immediately. ‘Now I don’t eat pork and I read the Koran every day. I’m on page 60. ‘I also haven’t had a drink in 45 days, the longest period in 25 years. The strange thing is that since I decided to convert I haven’t wanted to touch alcohol, and I was someone who craved a glass of wine or two at the end of a day.’

Refusing to discount the possibility that she might wear a burka, she said: ‘Who knows where my spiritual journey will take me?’

Before her awakening in Iran, she had been ‘sympathetic’ to Islam and has spent considerable time working in Palestine. ‘I was always impressed with the strength and comfort it gave,’ she said of the religion.
Miss Booth, who works for Press TV, the English-language Iranian news channel, has been a vocal opponent of the war in Iraq.

In August 2008 she travelled to Gaza by ship from Cyprus, along with 46 other activists, to highlight Israel’s blockade of the territory. She was subsequently refused entry into both Israel and Egypt.

In 2006 she was a contestant on the ITV reality show I’m A Celebrity .  .  . Get Me Out Of Here!, donating her fee to the Palestinian relief charity Interpal.

She said she hoped her conversion would help Mr Blair change his presumptions about Islam.

Alhamdulillah seorang lagi hamba Allah yang memeluk Islam. I think this story is quite ages already, but because of her recent visit to Malaysia, her life story brought back to our attention. Ms. Lauren is one of the Palestinian Humanitarian activist whom converted into Muslim. Right now she has inspires all Muslims in Britain to wear hijab and be a Muslims in public.

XOXO,
Ema

Sunday, February 20, 2011

Jalan2 Picnic

Dah lama tak picnic...eversince kahwin ni, rasanya tak penah lagi picnic...i mean mandi sungai or waterfall. BAru bersungut ngan en Hubby nak pi picnic...rasa cam nak berendam..haha. Tup2...tanpa dirancang kami sekeluarga dengan adik ipar ke Hulu Yam last Maulidur Rasul, bercanda ria kat sana.

Sofea happy dapat main air

yea....!

Muka org bahagia dapat pi picnic


Sofea: Thanks ye semua bawak sofea picnic..nanti kita dtg lagi k.

Hulu Yam ni kawasannya berbukit...Biasala kan kalau tempat Air terjun tu mesti la kawasan berbukit. Menurut my hubby yang biasa ke sana zaman muda2 dolu..huhu...Spot kat atas sekali mmg best la mandi, air deras..tapi banyak batu la...dan lagi satu mmg adventure..sebab kena turun tangga yang agak tinggi..Memandangkan kitaorang ni takde la cari adventure sangat, so we decided lepak kat tengah2 punya spot..landai je...ok lah kan takat nak lepas gian mandi sungai..

Kat sini memang ramai tak macam kalau aku pi mandi ayer putih junjung nun..or sedim. Hmmm..balik ni rasanya nak ajak lagi lah pi picnic..best gak hangout ramai2 ni mandi air terjun.

On the way balik tu kami singgah jap tengok Tasik on the way pegi/balik ada empangan kat situ. Kat sini rupanya hot spot orang yang suka memancing. Ramai gak la kat situ, walaupun panas terik..anyway, sangat tenang berada di situ..So sesiapa yang nak cari ilham or ketenangan..boleh lah lepak kat situ.




Us:Pelok2 Papa

XOXO,
Mama Sofea

Monday, February 14, 2011

Contoh Soalan Induksi

Salam,

Sempena entri Kursus Induksi yang saya hadiri Mei 2010 lepas, ramai yang bertanyakan mengenai contoh soalan bagi Kursus Induksi Perkhidmatan Kerajaan. So, entri kali ini ada sedikit sebanyak contoh2 soalan yang mungkin boleh dijadikan panduan.

*********
CONTOH SOALAN
Bahagian I-Soalan 16

Encik Yusri ialah seorang Pembantu Tadbir (P/O) yang bertanggungjawab terhadap surat-menyurat di jabatannya. Setiap hari beliau menerima beberapa pucuk surat rasmi yang dihantar oleh jabatan-jabatan lain.

a) Nyatakan peraturan bagi merekodkan surat rasmi di atas kertas minit. Surat yang diterima hendaklah direkodkan di atas kertas minit.
b) Apakah tindakan yang perlu dibuat terhadap surat yang fail tidak dapat dikesan.
c) Apakah tindakan yang patut diambil jika surat yang diterima untuk perhatian seseorang pegawai.

Bahagian II-Soalan 25
a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kerja Lebih Masa?
b) Apakah syarat-syarat yang melayakkan seseorang Pegawai Awam di boleh dibayar elaun lebih masa?
c) Dalam keadaan bagaimana seseorang Pegawai Awam boleh menuntut Elaun Lebih Masa?

CONTOH JAWAPAN
Bahagian I-Soalan 16
Encik Yusri ialah seorang Pembantu Tadbir (P/O) yang bertanggungjawab terhadap surat-menyurat di jabatannya. Setiap hari beliau menerima beberapa pucuk surat rasmi yang dihantar oleh jabatan-jabatan lain.

a) Nyatakan peraturan bagi merekodkan surat rasmi di atas kertas minit.
Surat yang diterima hendaklah direkodkan di atas kertas minit.


Surat-surat yang dimasukkan ke dalam fail perlu untuk dicatitkan di dalam kertas minit dan tidak perlu lagi direkodkan dalam apa-apa daftar penerimaan melainkan, Daftar Mel (AP71) dan Surat-surat berpengkelasan keselamatan.

Surat yang diterima hendaklah direkodkan di atas kertas minit dan direkodkan dengan tulisan merah. Rekod tersebut perlu ditulis lengkap dengan nombor rujukan surat dan tarikhnya beserta tarikh surat itu dikandungkan.

b) Apakah tindakan yang perlu dibuat terhadap surat yang fail tidak dapat dikesan.
Bagi surat yang failnya tidak dapat dikesan, Encik Yusri hendaklah meminta Bahagian Pendaftaran Fail supaya membuka sampul kecil sebagai langkah sementara. Ia hendaklah memasukkan surat rasmi itu ke dalam sampul kecil untuk tindakan setelah surat rasmi itu dibuka dan dicop tarikh penerimaannya.

Bila fail asal dijumpai, maka sampul kecil dan kandungannya dimasukan ke dalam fail itu.

c) Apakah tindakan yang patut diambil jika surat yang diterima untuk perhatian seseorang pegawai.
Semua surat masuk haruslah diberi perhatian segera. Ketua jabatan dan pegawai-pegawai bertanggungjawab seharusnya menentukan bahawa surat-surat masuk diberi perhatian yang segera dan memberikan balasan dalam kadar yang singkat. Kelewatan menjawab atau mengambil tindakan akan membayangkan ketidakcekapan (inefficiency) jabatan.

Sekiranya surat yang diterima adalah untuk perhatian seseorang pegawai di jabatan, surat tersebut hendaklah dihantar terus kepada pegawai berkenaan tanpa dibuka.

Bahagian II-Soalan 25

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kerja Lebih Masa?
Mengikut Perintah Am, Bab G, Perkara III, kerja lebih masa adalah apabila seorang pegawai yang lain daripada mereka dalam Perintah Am 14, dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan.

Pegawai tersebut adalah layak untuk diberi bayaran lebih masa mengikut kadar-kadar dan jenis tugas kerja yang telah dijalankan.

b) Apakah syarat-syarat yang melayakkan seseorang Pegawai Awam di boleh dibayar elaun lebih masa?

Mengikut Bab G, seseorang Pegawai Awam boleh dibayar elaun lebih masa apabila beliau dikehendaki melakukan:
i. “Kerja Siang” bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 petang sehingga 10 malam; atau

ii. “Kerja Malam” yang bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 10 malam sehingga 6 pagi; atau

iii. “Kerja Kecemasan” yang membawa maksud sebarang tugas yang diisytiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja lebih daripada biasa. Masa seseorang pegawai sedang bertugas biasa diisytiharkan sebagai kecemasan akan dianggap sebagai termasuk dalam kerja kecemasan. Lazimnya kerja kecemasan ini ialah bagi memulihkan semula perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan penting yang terputus atau terganggu; atau memelihara perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan tersebut daripada terganggu atau terancam. Sesuatu kecemasan itu hendaklah dianggap berakhir bila perhubungan-perhubungan telah tersambung semula atau perkhidmatan-perkhidmatan penting telah berjalan semula; atau apabila kedua-duanya lepas dari gangguan atau ancaman.

c) Dalam keadaan bagaimana seseorang Pegawai Awam boleh menuntut Elaun Lebih Masa?
Seseorang Pegawai Awam boleh menuntut Elaun Lebih Masa, mengikut jenis kerja yang dijalankan di dalam keadaan-keadaan yang berikut sahaja:

i) Kakitangan-kakitangan pejabat seperti di Perintah Am 14 (ii) dalam Kumpulan-Kumpulan Perkeranian dan Teknik atau Kakitangan Rendah dan Buruh Kasar yang dipanggil bertugas lebih daripada masa bekerja biasa tiap-tiap hari termasuk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am yang melebihi 14 hari yang berturut-turut. Bayaran lebih masa akan dibayar mulai daripada hari yang ke-15. Bayaran lebih masa bagi 14 hari yang pertama itu boleh juga dibayar apabila Ketua Pejabat yang tidak dapat memberi pegawai itu cuti seperti dalam Perintah-perintah Am Bab C pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan yang berikut dengan masa menjalankan tugas yang lebih itu.

ii) Juruteknik (melainkan juruteknik tingkatan khas dan tertinggi), juruteknik rendah dan lain-lain pegawai yang setaraf yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk mendapat bayaran lebih masa kerana menyelia pejabat-pejabat sambilan atau buruh-buruh kontrak yang lebih daripada masa bertugas biasa.

iii) Mana-mana pegawai lain termasuk mana-mana pegawai di dalam Perintah Am 14 dan juga juruteknik tingkatan khas dan tertinggi, yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mendapat bayaran lebih masa.
*********

Selamat menjalani kursus.
Untuk maklumat requirements pengesahan dalam perkhidmatan pls refer this entry >>> Kursus Induksi Umum <<<

XOXO,
Ema

Sah Lantikan Kerajaan dan Confirm!

Alhamdulillah, hari ni dapat surat dari Sumber Manusia, yang memaklumkan aku dah disahkan pelantikan jawatan dalam Perkhidmatan Kerajaan bermula 28 Mei 2010. Yahoo...28 Mei 2011 boleh lah celebrate setahun sah dalam jawatan...ces, poyos betul..

Yang hepinya..I like it sebab disahkan dalam bulan Mei, sebab 22 Mei adalah birthday haku. So senang nak ingat tarikh keramat, 22 Mei, 28 Mei. Tapi tak tahu la kan...whether tarikh keramat akan ku ingat sepanjang hayatku atau tidak. Mana la tahukan...tengah2 jalan decide nak resign..wah, adakah?

Sebenarnya perjalanan nak sah dalam lantikan ni bagi aku punya kes, agak onak ranjau berduri lah..aku hampir2 putus asa nak teruskan servis kontrak dengan gomen ni. Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan, murahkan rezeki pada penghujung tahun 2008, apabila sekali interview je untuk Skim F dah lulus, dan seterusnya bermulalah perjalanan hidupku sebagai seorang penjawat awam berskim F.

So adakah aku akan menyambung perjuangan haku semasa berada di skim yang terdahulu...baru je diajukan soalan yang sama 2 hari lepas oleh x-Ambassador Dublin. Perlu pikir panjang gak ni, but i have to make decision before I reach 30...dan masa itu adalah tidak panjang..Kalau ada rezeki ye lah kan. Ringkas je jawapan aku.

Itu jugak adalah salah satu sebabnya kenapa aku happy sangat dapat surat sah jawatan hari ini. Sakit tau, knowing that I am still a contract officer yang masa depan tak berapa nak nampak. Alhamdulillah, dah sah pun perkhidmatan aku dengan gomen dan Insyaallah akan meneruskan perkhidmatan sampai umur 58 tahun. Kalau umo panjang...seram pulak rasanya bayangkan kalau umo aku 58 nanti..camno la gayanya ye. Harap2 aku boleh jadik nenek yang maintain cun...alahai...

XOXO,
Anak Abah

Sunday, February 13, 2011

Kadang2 Kita Terlupa Nak Bersyukur

Kita patutnya sangat bersyukur lahir2 je dah kat Malaysia ni...yang terdiri daripada berbilang kaum, etnik, bangsa...dan alhamdulillah kita terus hidup aman dan damai...Tapi bila dah masuk bab berpolitik ni...adik beradik pun boleh berpecah belah apalagi yang sekaum...dah tak kenal kaum bangsa sendiri lagi..
Apapun politik adalah perlu untuk majukan kehidupan tapi kenalah berpolitik secara sihat..jangan dengki mendengki...apa yang penting berfikir secara logik!

Bukannya apa, kekadang tu Malaysian ni macam tak pernah bersyukur...Kadar kenaikan harga barang memang untolerable...tapi apapun kita still perlu bersyukur sebab kita tak pernah rasa macam negara kat luar sana yang kena beli barang runcit berlipat kali ganda dari apa yang kita enjoy kat Malaysia.

Lagi satu pasal gelodak politik yang berlaku recently kat negara yang kita tahu agak stabil sebelum ni..Mashaallah, belasan ribu rakyat Malaysia yang ada kat sana tu..Maka gundah gulanalah hati parents dan ahli keluarga yang berada di Malaysia ni...Maka hari2 lah telefon Wisma Putra bertanyakan khabar anak, adik,abang, kakak yang masih berada di Mesir. Most Malaysian there kebanyakannya adalah pelajar. Tahniah kepada Kerajaan Malaysia sebab berjaya bawak balik most of them...tapi aku pun still tak pasti is it the right thing?Most of the money spent adalah budget atau allocation emergency yang terpaksa ditarik di sana sini...and the money is wang rakyat pastinya. Tak tahu pulak apa yang naik dinaikkan lagi lepas ni.
Terdapat pelajar di sana yang pergi atas budget sendiri, tapi kali ini...adalah Misi Menyelamat Rakyat Malaysia tiada cap atau topi yang dipakai oleh mana2 Malaysian kat sana perlu diselamatkan dulu...semua sama je. Tak kiralah ko penyokong pembangkang ke kerajaan ke semua sama je. Tahniah sekali lagi sebab berjaya menyatukan semua atas sama level. Tapi pelik gak kan, takde la pulak mana dari pembangkang yang ada kat sana sama2 menabur RM dan sama2 pi menyelamat. Tapi tak tahu la pulak kan kalau ni adalah disebalik agenda media massa. Dunno!

Dah selamat dah ni...selamat sampai di bumi Malaysia...yang bertugas ni pun silih berganti tak tidur sebab nak monitor anak2 Malaysia ni selamat sampai. Tetapi ada pulak yang nak servis sampai ke pintu rumah...Mashaallah sekali lagi kita terlupa untuk bersyukur...Ye lah mungkin sedap la kita nak cakap sebab tak kena batang hidung sendiri kan...apapun I will always keep this story to myself agar senantiasa menyimpan rasa kesyukuran atas segala yang terjadi...InsyaAllah.


P/s: seribu kemaafan kalau entri ni ada menyinggung mana2 pihak.

XOXO,
Mama Ema

Thursday, February 10, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY


Period : 10/2/2011 - 28/2/2011
- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

How to Enter
-------@------
- Letak gambar di atas di dalam entry anda (facebook/blog)
- Hendaklah link kan entry anda dengan Entry Giveaway ini
- berikan link anda untuk entry ini
Pemenang melalui Random Org

Hurrah!GA from Tote-Boutique...really love to see all Kak As product inside here...sangat2 kemas hasil tangan Kak As ni..dan paling best boleh pulak customized since sha made everything by herself..feel free to drop by her side here >>> Tote Boutique <<<

XOXO, 
Mama Sofea Raisha

Wednesday, February 9, 2011

Canvas Photo Frame

Canvas Photo Frame

Canvas Photo Frame - Display Idea
Cun kan canvas photo frame nih...?no need to buy the expensive photo frame anymore. Just display them on themselves...lagi tahan lama rasanaya nih.

Anyway kat Malaysia rasanya tak berapa glamer lagi so upon survey2 harga macam mahal jek lagik. Anyway, for info dan yang berminat ada yang rekomenkan kedai nih...My Canvas Print dan juga yang nih..Profoto located Maju Junction Mall.

Hmmm..kalau ada masa dan kelebihan ongkos bolehlah print gambar kami n Sofea onto Canvas Photo..huhu.

P/s: Both pictures are from http://blog.peekaboophotos.com.

XOXO,
Mama Sofea