Cerita Keluarga
Keluarga ada macam2 jenis keluarga. Yang miskin tapi bahagia..yg kaya raya tapi porak peranda. Yang nampak bahagia tapi menangis dalam hati. Yang tak bercampur dgn orang tapi bahagia in their own world. Tapi rasanya the heart of d family is the parent itself. Mcm mana didikan dan kelakuan mak bapa begitulah bentukan dan didikan ke atas sesebuah keluarga.
Masa anak2kecil..yes the parent has full control tapi bila dah makin besar anak2 dah pandai cari haluan sendiri. Kalau mak bapa tak main peranan yang betul dan sesuai semasa pencarian haluan hidup anak2 akan mudah sesat dan hilang arah tujuan. Confuse. Tujuan yg murni akan berubah arah. Ibu bapa yg terlalu mendesak dan berharap akan memberikan tekanan yg hebat pd anak2. Setiap anak2 dan ibu bapa mahukan kasih sayang yg erat sesama sendiri. Akan tetapi bila tak dapat menanggung pressure yg hebat dr ibu bapa..akan banyaklah lahirnya cerita2 dongeng, tipu ditipu, banyak pihak.
Ibu bapa juga memainkan peranan yg penting memastikan anak2 sentiasa mempunyai ikatan kasih yang erat sesama sendiri. Brotherhood bondship yg kuat. Tiada perasaan dengki, jeles sesama sendiri, mahu jatuhkan adik beradik lain. Masyaallah jauhkanlah sifat2 ini sesama adik beradik.
Peranan ibu bapa amatlah memainkan peranan yg penting dalam membentuk sahsiah keluarga yg harmoni. Mudah-mudahan semua keluarga di dunia ini sentiasa mempunyai bonding yg hebat.
Cerita ini diinspirasikan setelah menonton cerita Everybody's Fine.
XOXO,
Ema
Ema
Comments
Post a Comment