Penggunaan Set Bersalin - Postnatal

Entry kali ni adalah perancangan yang dibuat untuk selepas bersalin nanti. So bila dah lepas teran2, penat2, letih2, susu2, kuning2, gedebuk gedebak mesti dah agak lost kan. So inilah perancangannya nanti selepas bersalin nanti. Harap semuanya berjalan lancar. Amin.

First thing nak dibuat lepas je bersalin, nak booking rawatan kesegaran daripada Unit Urutan & Komplementari daripada hospital. Kalau berkesempatan dapat la mengurut sikit ketika masih di wad, bagi menghasilkan atau melancarkan susu badan. Daripada pengalaman anak pertama, air susu memang keluar hanya selepas mengurut.

Dah balik rumah, start hari ke2 atau ke3, dah boleh start mengurut, bertungku, mandi herba, bengkung. Paling lewat pun start hari yang ke5. Pantang makan dan minum dah kena start since hari pertama.

So nak berurut, mandi herba, bengkung ni, akan diuruskan oleh urut lady. Harapannya agar semuanya berjalan lancarlah nanti. Amin. Perancangannya urut lady ni adalah untuk 3 hari, sebab lepas seminggu di rumah sendiri dah nak berpindah ke rumah mak pula. Perancangan la ni, kalau aku dan baby sihat walafiat.

Hari ni dah close deal dengan urut lady. Katanya boleh start hari ke3 bersalin nanti. Pakejnya urut,bertungku, mandi herba dan berbengkung termasuk sekali transportation urut lady. Sebab nanti dia akan datang sendiri, so tak perlu Mr. Hubby penat2 ulang-alik ambil dan hantar nanti. Lega dah part urut lady. Akak urut lady juga dah setuju untuk guna set bersalin yang aku dah beli awal2 ni. So nanti boleh la belajar2 pakai pilis, param, etc. tu. Akak Urut Lady juga pesan nanti lepas urut dan bertungku baru mandi herba. Ok, this is something different sikit from previous experience. Kalau ok, maybe minta akak urut lady datang lagi semasa penutup 44 hari berpantang nanti.

The Tanamera

Hari tu dah beli Set Bersalin Tanamera. So kena la gunakan. So far, aku memang dah guna VCO dan Lavendar Spray. Sabun masih belum guna sebab sekarang tengah guna scrub Olive by Yves Rocher. So far so good la. Ni adalah jadual penggunaan set bersalin Tanamera semasa berpantang nanti.

Klik untuk besarkan
Harap2 dapat gunakan semua produk ni hingga ke titisan yang terakhir. Kalau tak cukup, maybe boleh add on atau tengok apa2 tambahan yang ain pula nanti.

Berikut adalah sedikit sebanyak on the Tanamera Set Product usage:
1. Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:
a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab
b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu sudu teh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).
Untuk kontraksi
a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum
Penggunaan selepas bersalin
a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.
sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.
c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi
___________________________________________________________________
2. Herba Pencuci Wanita - Feminine Herbal Wash


1. Merupakan campuran herba dan kaya dengan pati minyak, yang dapat mengelakkan keradangan dan anti bakteria
2. Menyembuhkan jahitan dan mengurangkan bengkak.
3. Menggalakkan penyembuhan tisu dan menguatkan otot faraj.
4. Membuatkan kawasan V selesa, segar, bersih dan menghindarkan bau yang tidak menyenangkan.
5. mulakan penggunaan TANAMERA Feminine Herbal Wash ini pada pertama selepas anda bersalin walaupun anda melalui proses pembedahan.

CARA GUNA
Langkah 1
Panaskan 1 bungkus di dalam 1liter air selama 15 minit
Langkah 2
Biarkan larutan sejuk pada suhu panas. Basuh kawasan Miss V dengan span secara perlahan-lahan atau
Tuangkan larutan sedikit larutan kedalam besen besar, rendamkan Miss V kedalam larutan sekurangnya 10 minit. Tidak perlu cuci terus, biarkan air herba tadi menyerap ke kulit.atau
anda boleh juga ambil baki larutan yang tidak digunakan dan letak kedalam botol sembur. Anda boleh gunakan ia dengan semburan setiap kali selepas anda ke tandas.
Teringat pengalaman melahirkan Sofea dulu. Memang aku buat sit-bath siang dan malam dengan tekun sebab nak cepat baik. Masa tu hospital supply cecair kaler purple, iodin like. Cairkan dalam air suam, dan duduk la dalam besen tu. Lega rasa. Tapi kena cari besen yang bersesuaian la. Memang besen tu teman baik aku la pi mana pun, balik umah mak pi rumah MIL. Ntah la muat lagi ke tak kali ni. Haha.
___________________________________________________________________
3. Brown soap : utk mencerahkan kulit sbb ia macam scrub, boleh kurangkan tompok2 hitam/pigmentation yg disebabkan hormon...selalunya kat ketiak, leher, kelengkang, perut. Utk effect paling bagus, sapu VCO kat badan selepas mandi dgn Brown soap, utk kulit yg lembut, halus dan cerah.
___________________________________________________________________
4. Herbal massage oil : utk kurangkan water retention/sembab, esp kat kaki. utk kurangkan sakit2 kat pinggang, bahu esp bila badan semakin besar. Nak mengurut nanti boleh la guna minyak urut ni nanti.
___________________________________________________________________
5- Lavendar spray: utk menyegarkan badan secara natural, menenangkan fikiran, kurangkan stress dan membantu ibu2 mengandung tidur dgn lebih lena.
___________________________________________________________________
6. Teh Herba yang mengandungi ramuan dan bahan yang merangsangkan susu ibu. Teh herba sesuai untuk diminum bagi memperbanyakkan susu ibu dan juga untuk mengecutkan rahim kita dan untuk kesihatan dalaman. Teh herba ni boleh diminum dengan madu. Boleh la minum teh herba untuk breakfast dan dinner.
___________________________________________________________________   
7. Herbal Bath ni, tak payah pikir nak gi cari akar kayu ke, daun maun ke, apa ke, tak payah susah-susah, didihkan je sepeket dalam air, tambah air sejuk ikut kesuaman yang dikehendaki pastu mandi. Tapi nanti for sure mak akan bawak daun2 mandi. So maybe aku campor je la. Takpun guna daun dulu sebab nanti layu. Herbal paket ni aku guna kemudian je nanti bila dah habis daun.
___________________________________________________________________ 
8. Calming paste ni juga dikenali sebagai pilis. Dulu pun aku tak pakai pun pilis ni. Ni 1st time la kiranya nak guna ni. Dulu just sapu minyak panas je kat kepala ni. Kali ni pulak serbuk like. Habis la sepah2. Mr. Hubby jangan marah2 k kalau saya sepah2 merata tempat. Takpe, kalau ikutkan jadual tu seminggu sekali je.
___________________________________________________________________ 
9. Firming paste ni dalam bahasa pasarnya dipanggil tapel. Tapel ni digunakan untuk disapukan atas perut sebelum berbengkung. So dapat mempercepatkan proses kempis. Harap2 begitulah. Ni 1st time guna yang serbuk. Time Sofea dulu aku just guna Losyen Panas Dunia Herbs. Tak sepah2. Kesannya boleh la. Maybe kalau dah habis tapel ni, boleh ganti dengan losyen panas tu.
___________________________________________________________________ 
10. Bengkung Tanamera. Bengkung dulu dah ada dah. Maybe guna yang lama jela dulu. Sama je jenisnya. Ya Allah berikan kesabaran padaku untuk berbengkung siang dan malam complete 44 hari. Amin.
___________________________________________________________________     
11. Lulur Badan Herba - Kalau ikut jadual boleh gunakan scrub ni seminggu sekali. Cara guna, bancuh dengan 50ml air untuk sepeket. Lulurkan pada badan. Tunggu separuh kering dan boleh start proses melulur. Pastu mandi la macam biasa. Lulur ni untuk membuang sel-sel kulit mati dan mencantikkan kulit. Ye la kan, dah mengurut, berbengkung, mandi herba tu, lemak2 lebih dah hilang, kita lulur la pulak. 

YA Allah, sekali lagi berikanlah kesabaran dan kesungguhan dalam diri ini untuk melengkapkan proses penyembuhan diri selama 44 hari nanti. Amin. 

XOXO,
Mama Ema during counting days 

Comments

Popular Posts