Pages, Contacts, Travel

Monday, July 29, 2013

Early jaundice aka kuning awal

Macam2 pula istilah kuning nowadays ye. Itu namanya dunia perubatan semakin canggih.

Semasa Muhammad Syagi Raiqal dilahirkan, he was diagnosed wiyh early jaundice. Maksudnya memang kunibg dari dalam perut lagi. Apa pula salah amalam pemakanan mama ye..memang tak sure. Apa pun mmg since he was born sampai dah berusia 3 bln ++ ni appointment di hospital belum selesai lagi.

Last week follow up checkup syafi di hpj, tsh syafi slightly high. No wonder masa syafi 1-2 bln kerap betul buang air besar. Thats why rupanya. Tapi alhamdulillah since 3++ dah jarang2 buang air besar..means he is cured. So true doc inform tsh dah normal. Alhamdulillah. Tapinya lagi syafi still to do checkup untuk hearing. Ni cuma prosedur baby yg ada early jaundice. Harap2 baby mama ni ok. Sihat walafiat hendaknya amin.

So far at the age of 3 month berat syafi dah cecah 5.8kg, still exclusively breastfeed and also dah pandai meniarap sendiri. Syafi juga dah pandai kenal mama, senyum2, gelak2 and also reflected bila kena geletek.

We really love you son!

Qada Puasa dan Puasa 6 Aidilfitri

Qada puasa dan puasa 6 adalah sama tapi tak serupa. Samanya sebab keduanya perlu berpuasa, bezanya pula satu wajib dan satu lagi sunat. Seringkali banyak kedengaran tentang syarat2 bagi kedua-dua puasa tersebut. Ada kata keduanya boleh digabungkan dan ada juga tak boleh. Confuse kan.
Actually dah agak lama saya amalkan berpuasa 6 dalam bulan syawal. Yes nak grab yang wajib dan juga sunat. Wajibnya adalah qada puasa dan sunatnya puasa 6. Setelkan qada puasa awal2..lega dah.
Tapi tula banyak pula bertanya boleh ke buat dua-dua sekaligus? Dah ada yang bertanya, jadi was2 pulak kite yang dah biasa amalkan puasa 6 ni.
Alhamdulillah baru ni kebetulan sambil menunggu buka puasa, layan pula slot 'tanya ustazah' di astro. Tak ingat pula nama ustazahnye.. alhamdulillah ustazah jelaskan apa yang saya amalkan selama ini adalah sah dan dibolehkan. Iaitu lakukan yang wajib dahulu iaitu qada puasa di bulan syawal dan dalam masa yang sama mendapat pahala berpuasa sunat 6. Tambah ustazah lagi, dibolehkan mendapat pahala ekstra lagi apabila berpuasa pada hari isnin dan khamis. Mudahnya aturan Allah SWT untuk hambanya. Tinggal lagi nak buat atau tidak sahaja.
Alhamdulillah jelaslah kini antara amalan qada puasa dan juga puasa 6 di bulan syawal. Diharapkan tahun ini sekali lagi diberikan  kekuatan dari Allah SWT untuk berpuasa 6 pada tahun ini. Amin.
Xoxo,
Mama ema
Nota: Puasa 6 adalah puasa sebanyak 6 hari di dalam bulan syawal dan hukumnya adalah sunat.

Wednesday, July 17, 2013

Kredit dan AKPK

Recently ada seminar on pengurusan kredit di tempat kerja. Wakil AKPK datang bagi talk panjang lebar kat kami semua. Most of the talk adalah pengalaman beliau dalam sesi kaunseling dengan beliau2 dgn masalah kredit yg memang dah menjerat leher..means tak boleh nak buat apa2 lagi. Duit gaji tiap2 bulan bayar hutang. Memang la tiap2 bulan kita bayar hutang but not 100%. Ni ada kes yg mmg buta2 gaji tiap bulan bayar bank..bayar 'abg long'. Hu. Ya Allah, Jauhilah keluargaku dan rakan2ku dibelenggu masalah sebegini.

Lately ni bank berlumba2 tawarkan pinjaman. Macam2 kadar faedah..macam2 produk. Islamic, konvensional..macam2 jenis. Dulu kala nak buat loan punyalah susah. Nak kena naik turun bank. Sekarang ni bank hari2 call, sms.. nak buat loan tak?nak tambah loan lagi tak? Alang2 buat loan..jgn sikit2..buat banyak2 terus..macam2 la. Iklan kat tv kan..easy bank tu. 5 minit je dah approve loan. Wallawey!

So sekarang dah jadi trend la especially penjawat awam ada personal loan. Jadi pelik pula kalau ada yg takde personal loan. Tak masuk cerita kad kredit pula. Punyala senang kan nak apply kad kredit. Pi mall tadaa..berjenis2 kad ada. Isi je la borang.

Ceritanya kat sini bukannya completely dosa besar nak ada kredit kad..nak buat personal loan. Cumanya kena pandai manage. Check dulu kadar faedah setiap pinjaman..produk2 pinjaman bank. Jenis kredit kad. Apa planning kita..nak guna buat apa..nak bayar balik macam mana..nak hutang berapa lama..cukup ka balance gaji lepas tolak bayar hutang loan..kad kredit..nanti plan nak beli rumah, kereta cukup lagi ka dgn duit gaji bersih lepas tolak bayaran loan.. banyak kan soalan nak kena jawab.

Yes adik2..silalah jawab soalan2 ni dulu ye sebelum ke langkah seterusnya. Janganlah terus terjebak dengan tawaran bank utk buat loan. Kalau soalan2 kat atas dah terjawab..rasa tenang jiwa..go ahead. Make your life better or easier. Invest and plan wisely. Kalau ada rasa ragu2..fikirlah balik ye.

Smalam baru terbaca stat org yg bankrap utk thn 2012 ada lbh krg 20,000 orang. Tu figure utk setahun je k..roughly berumur 30-44 thn. Rata2 orang kat malaysia jumlah belanja isi rumah adalah 140% berbanding indonesian 38%. Bayangkan u can spend 40% more than what u earn monthly. Hebatkan. Kalau bank negara tak perketatkan syarat2 pinjaman rasanya umur 18thn dah ada yg dah start bankrap c. Starting 5th July dah ada dah syarat2 baru untuk pinjaman. Antaranya personal loan boleh buat sehingga 10thn sahaja.

Lagi benda yang amat berguna sepanjang sesi akpk berlangsung adalah 'emergency fund'. Before this mmg ada buat gak tapi takdela nama rasminya sebegitu. Tapi mmg betul. Semua orang should have 3 to 6 months simpanan gaji as emergency fund. Takkan dah terhantuk baru nak terngadah. Tapi besala emergency fund ni bila dah ada...ada je la emergency case nye. Huuhu.

Kredit kad adalah satu lagi punca hutang tak pernah habis. Lagila kalau ada banyak kad..nak nak pulak kad boleh keluarkan cash.. pheew. Tapi apapun kalau pandai guna, dah ada plan nak guna dan bayar mcm mana..bole je guna. Banyak treats and rewards bole dapat. My dad personal experience dia pernah dapat tv lcd tau from treats maybank. Bestkan. So sapa kata kita langsung tak dapat benefits? Again..mesti plan and spend wisely.

Wakil AKPK turut share yang dia pernah jumpa 2 kes cubaan bunuh diri akibat bebanan hutang yg tak tertanggung. Both beragama Islam. MASYAALLAH. Janganla sesekali ambil jalan singkat. Berjumpa la dulu dgn AKPK yg servisnya adalah absolutely free. Akpk bole bantu nego dgn bank utk plan installment yang tidak membebankan. Insyaallah.

We should list out semua jumlah hutang yang kita ada dan cuba muhasabah diri. Hutang belajar, kredit kad, personal loan, kereta, rumah. Banyakkan hutangan. Lainla kalau banyak duit semua beli cash. Menurut yang saya dgr masa ceramah..kalau hutang berjumlah rm30k tak terbayar dah bole dianggap bankrap. Huhu. Jangan jadi macam ni ye.

Alhamdulillah kami baru je setelkan hutang kredit kad. Dan ternyata kami bukanlah di kalangan org yg pandai menggunakan kad kredit. So better tak payah guna. Masih ada a few hutangan masih belum terlangsai bila dicampur dgn husband (when u r married to a man u get his debt too) huhu.

Still figuring out nak tambah hutang. Hu yg marbelesnya. Tapi secara penuh berhemah insyaallah.

Xoxo,
Mama ema during financial daze
Sori ye cik Liza saya nak snap nisbah hutang kat blakang tu.

Sunday, July 14, 2013

Mama 30th Birthday

Wah...dah lama berlalu. Tapi macam nak tulis gak untuk dikenang-kenang nanti boleh ye gitu? Alhamdulillah dah 30 tahun dah pada 22 Mei yg lepas. 1 husband, 1 daughter, 1 son and 1 APC. Alhamdulillah. Could not ask for more..tapi biasalah kitakan manusia yang khilaf. Always want more and more..especially for Allah SWT blessing and also forgivenes.

Birthday kali ni amat special because it also marked the end of my confinement. Setelah berpantang 44 hari, end with my birthdate. Subhanallah, Alhamdulillah.

Doaku setiap hari agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjaga keluargaku, rezeki melimpah-ruah untuk keluargaku, dan juga keampunan daripada Allah SWT kepadaku, kedua orang tuaku, keluargaku dan untuk seluruh umatMu. Amin.

XOXO,
Mama Ema at 30th of Age

Set bersalin Tanamera Post Review

Allhamdulillah..42 days oledi. Cepatnya masa berjalan. Tup tap..dah nak naik kerja pulak nanti..huhu.
Mula2 terfikir do i really need to write this review. So far yang saya baca review tanamera mesti berjaya turunkan berat badan. Caya atau tak..berat lepas bersalin sampai hari ni maintain..haha. so kena la cari plan b. Tapi i am still going to write apa yg dah berlaku antara aku dan tanamera dlm tempoh 40 hari.
__________________________

Ni kira sambungan setelah melahirkan Syafi 3 bulan yang lepas. Overall menggunakan set bersalin tanamera sangatlah mudah. Everything is there tinggal nak guna je lagi. Alhamdulillah semasa berpantang mr hubby banyak membantu dan support menggunakan semua barang-barang dalam kotak tanamera itu.

Walaupun pada mulanya rasa macam barangan dalam set tu macam tak cukup..believe me its more than enough. Sampai hari ni still ada a few sachets yang tak habis dan scrub yang langsung tak guna lagi. Mandian herba habis licin, sabun pun habis. Sampai 40++ days berpantang berjaya gunakan set tanamera. Sangat mudah. Semuanya dalam bentuk sachet, perlu rendam/masak sekejap before guna.

Tapi yang a bit frustrating berat ni tak mudahnya nak turun. Tapi apa pun dapat maintain balik pun kira alhamdulillah. Bersyukur sangat. Kali ni bersalin anak kedua pun, banyak hal yang dipermudahkan. Luka bersalin baik cepat. Alhamdulillah.

XOXO,
Mama Ema already back at work
Balance tanamera yang tak sempat habiskan

Wednesday, July 3, 2013

Feeling Emo

Kengkadang tak tahu la macam mana kita boleh sakitkan dan bebankan orang yang kita sayang sangat. Adakah sebab kita tak sayang kat orang tu...? Ataupun lumrah hati nak mempergunakan orang tu?

Macam mana ye bila dah rasa dipergunakan, kalau sama2 sayang mestilah kita takkan sampai hati pun tengok orang yang kita sayang tu sakit hati, tak gembira, sengsara, unhappy, unsatisfied dengan sebarang kelakuan kita pun. Mesti lah takkan pernah terlintas pun dalam fikiran nak susahkan orang yang kita sayang. Lebih2 lagi betul2 make them unhappy with us. Adakah namanya sudah tiada sayang lagi?

Dilema..dilema..dilema. Jangankan sayang bertukar simpati...dan jangan pula sampai sayang itu pergi. Nak kata benci..tak. Tapi sangat benci bila dah pentingkan diri sendiri. Asyik fikirkan perasaan sendiri. Ya Allah jauhkanlah kami daripada perasaan mementingkan diri sendiri, perasaan nak mempergunakan orang lain untuk senangkan diri sendiri, ego, bongkak dan sombong. Peliharalah kami dalam keadaan berkasih sayang dan limpahkanlah rezekiMu kepada kami. Amin.

Feeling Emo

Monday, July 1, 2013

Happy 60 days

Pejam celik..dah genap 2 bulan pun bergelar mama kepada 2 baby. Patut pun hari ni rasa macam baby Syafi macam cerdik sangat..dah pandai main. Bukan la main toys..tapi dah pandai kena agah..pandai sembang2..dan bukan main senyum2 lagi bila kena geletek. Dah 2 bulan rupanya.

Dah a few times juga mama bawak syafi ke mall. And yes everytime mama mmg nerves. Kalau nak pi kena plan nak beli apa grab themm cepat2 balik rumah. Kalu dak mama stress! Lagi2 kalau kakak yaya ikut sekali. Alhamdulillah syafi wonderful baby..tido memanjang tapi bila lapar no kompromi..time2 tu kena feed him. Kalu dak bergema la..

Sampai 60days alhamdulillah sekali lagi syafi still fed with breastmilk. Dan nenek also still manage to fed syafi susu mama via botol. Mama harap berterusan la macam ni ye..sampai mama kembali ke ofis.

Cerita mama back to work..wuahh..lagi 2 mggu je lagi. Huhu..kejapnya masa berlalu. Ada a few things lagi nak setelkan before balik bekerja esp. Preparation my brother wedding lepas raya nanti...wah cepatnya!
Caiyuk mama ema..harap dapat permudahkan dan dipermudahkan semua untuk kami insyaallah. Amin!
#ni dah tulis lama..baru sempat published.

Xoxo,
Mama ema at 60 days

Sofea Raisha dan Muhammad Syafi Raiqal