Pages, Contacts, Travel

Saturday, April 23, 2011

K.A.N.S.E.R

Dia datang dengan senyap...membunuh dengan senyap. Sedar-sedar cuma tinggal masa yang singkat sahaja lagi peluang untuk hidup. Penyakit kanser adalah antara penyakit yang tidak dapat diubati. Adapun kita perlu beringat, kita masih berpeluang untuk mencegah sebelum ianya tiba.

Pagi ni, kami sekeluarga amat terkejut sebab mendapat berita seorang kawan sedang menjalani rawatan rapi (ICU) di HUKM sebab menghidapi penyakit kanser paru2 tahap 4. Ya Allah, semoga kau lindungilah hambamu daripada sebarag kesengsaraan dan penderitaan. Amin..

Iwan, adalah seorang kawan di UTM, sama2 belajar dulu, kami sama2 telahpun berkahwin, dan telah pun menempuhi alam ibu bapa. Tak dapat bayangkan perasaan anak dan isterinya setelah mendapat berita bak halilintar tersebut. Anaknya pun kecil lagi, beza 2 bulan je daripada Sofea. Sebak betul hati ni, bila dapat berita ini daripada seorang kawan. Iwan ni memang seorang perokok, tapi tak sangka sampai seberat ni dugaan yang terpaksa ditempuhi mereka sekeluarga. Ya Allah sekali lagi aku berdoa agar Kau lindungilah mereka Ya Allah.

Mengikut apa yang diberitahu sahabat aku, beliau hanya ada tempoh 4 bulan lagi untuk lawan kanser ini. Satu berita yang kalau aku terpaksa hadapi entahlah...boleh hilang akal agaknya. Ya Allah semoga Kau berikan kekuatan kepada mereka semua..

Kepada kawan2 yang mempunyai keluarga yang merokok, mungkin boleh la start nasihatkan mereka semua untuk petimbangkan option untuk berhenti merokok. Kesian kat anak dan isteri, serta keluarga yang bergantung harap dan kasih. Sekurangnya berilah peluang kepada anak-anak untuk menjaga kita sewaktu hari emas kita nanti. Insyaallah.

XOXO,
Ema

Thursday, April 21, 2011

Rojak Tonggek & Roti Garing

Tonggek bukan sebarang tonggek...tonggek ada pasai punya. Rojak kat Pantai Bersih ni mmg famous la kalau kat area sini...Dah lama dah ada kat situ, cumanya tak ramai kot yang tahu..entah la. Tappi kuah rojak memang marvelous..4 thumbs up!huhu..

Beraneka buah yang dicucuk pada lidi sate

1 Rojak Pedas, 1 Rojak Manis
Kecur air liur beb, still, petang ni nak cari tomato ceri la celup2 dalam kuah rojak..The taste, mmg superb!

Lagi satu cerita roti garing, kat umah my parents, dah jadi salah satu menu wajib la roti canai. Tapi aku ni kureng sikit roti canai mamak...so aku lebih prefer roti canai melayu, dah tekak Melayu kan..mcm ni lah. So my dear bro, ajak pi brekpes kat kedai pakcik ni, kat area Keladi, Kulim. Katanya roti kat situ garing, tak boleh tapau, kena dine in, baru terasa keranguppannya.
Roti Garing + Kuah = Roti banjir

Model Teh Tarik
So the result is memang rasanya lain dari yang lain. Boleh pi makan lagi. Tapi tak boleh challenge dengan roti garing yang kami makan kat Hatyai.

XOXO,
ema

Sofea ke Market Kulim

Last week, while accompanying mak at the hospital. Kami mengambil peluang untuk ke market Kulim, sebab nak cari ikan haruan, ikan selar...and the foods that mak able to eat after the operation. Planningnya nak keluar berdua je, tapi Sofea dah bangun awal...so we decided to bring her along. Bagus juga rupanya bawak anak dara sorang ni ke market..banyak benda yang boleh tengok. Terkenang zaman kecil2 dulu, mak bawak ke market..memang malas betul nak ikut, tapi sebenarnya seronok gak especially kalau pagi sabtu atau ahad...macam2 benda ada jual kat sana.

Berbalik kepada cerita asal, masa tengah pilih ikan kat pasar Sofea menjerit2...sebab terkejut nampak ikan banyak sangat dan semuanya tak gerak2 lagi. Dia bersungguh nak pegang ikan2 tu semua. Sabar ye anak mama, masanya akan tiba bila mama minta Sofea ke pasar beli ikan untuk mama nanti.

Sofea excited tengok ikan

Kebetulan masa tu, ada apek jual anak ayam dan anak puyuh. Masa kecik2 dulu mak selalu beli anak2 ayam atau itik untuk kami. Anak2 ayam tu siap warna warni lagi, kiut sangat. Tapi yang misterinya anak ayam tu cuma kekal 2,3 hari ja..sebab lepas tu hilang entah ke mana. Paling berjaya kami bela itik la sampai besar..dan akhirnya jadi juadah BBQ..huhu. sadis sungguh.
Excited tengok burung puyuh

Nasib baik Sofea tak terkam

Very excited tengok chicken little

Sampai ajak balik pun berat hati Sofea
XOXO,
Mama Sofea

Tuesday, April 19, 2011

Menorrhagia With Hyperplasia Without Atypia

Entry ni diserapkan dengan maklumat medical sikit. Terbelit lidah, apalagi kepala ni nak memproses apa saja cara menyebutnya, apa lagi maksudnya dan apa lagi insan yang menanggungnya.

Sesungguhnya, segala kebaikan, kelebihan, keburukan, kejahatan itu hadir dan pergi dalam hidup seorang wanita. Hanya yang bertabah akan terus kekal berdiri dan sujud syukur kepada Nya.

Menorrhagia merupakan pendarahan yang tidak normal yang berlaku kepada seseorang wanita. Kebiasaannya setiap bulan kita akan mengalami pendarahan haid, tetapi apabila tahap pendarahan itu menjadi luar biasa ianya akan digelar menorrhagia. Ini apa yang aku dapat dari google. Tapi untuk penjelasan lebih spesifik boleh bertanya dengan doktor perubatan.
Manakala bagi maksud Hyperplasia Without Atypia pula, persis seperti berikut, yang turut diperolehi daripada google:

"Simple hyperplasia without atypia, or cystic hyperplasia, produces more cells in the endometrium, but does not change the cells. In moderate hyperplasia without atypia, the cells themselves have enlarged, but are still considered normal cells. These two types have about a 4% risk of developing into uterine cancer."

Dalam bahasa mudahnya, sel yang membesar tapi masih dianggap sebagai normal. Akan tetapi jenis pembesaran sel ini boleh mengakibatkan sebanyak 4% pembentukan kanser uterus.
Kebiasaannya apabila berlaku kes seperti ini, dengan konsultansi doktor berkaitan dengan fizikal pesakit, doktor akan mencadangkan agar uterus dikeluarkan sebelum terbentuknya sel kanser.

Cerita kenyataannya, bondaku baru sahaja selesai melakukan proses pembedahan bagi mengeluarkan rahimnya. Aku berdoa agar kesengsaraan yang ditanggung kerana mengalami pendarahan yang tidak henti-henti akan berakhir. Keputusan untuk mengeluarkan rahim amatlah sukar untuk dibuat. Dengan berkat sokongan kami adik-beradik dan sokongan daripada ayahanda tercinta, akhirnya mak bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut. 

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar walaupun pelbagai komplikasi yang dihadapi oleh mak. Harapannya mak akan segera pulih. Pesan doktor jangan berhenti berdoa, sebab doktor akan terus buat kajian ke atas sel rahim yang telah dikeluarkan untuk mengenalpasti jenis rawatan selepas ini. Aku turut bersyukur kerana ovari mak masih selamat dan mak tak perlu untuk mengambil pil hormon selepas pembedahan.


XOXO,
Ema

QUOTE OF THE DAY-ICE CREAM

H.A.R.A.P.A.N

Aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang aku alami sekarang!

Tuesday, April 5, 2011

Hammieheartshoppe giveaway

Jom2...join GA by hammieheartshoppe. Banyak kain2 yang menarik di blog ni...boleh cuci mata, cuci hati, cuci tangan...tak pun cuci air mata time tengok kain2 yang ada....nangis beb, very thechantek all the material...harapannya ada lebih banyak kain kiut miut yang masih available nanti...



nak join GA or cuci mata, klik sini>>>hammieheartshoppe

XOXO,
Mama Sofea

Friday, April 1, 2011

Sofea dan Inner Shine

"Add brightness to your day.."

Alhamdulillah, Sofea dah masuk 14 bulan 2 minggu hari ini, dan anak mama sorang ni membesar dengan aktifnya dan semakin gebu..huhu.

Sehingga sekarang ni, tak putus2 semua memuji akan kegebuan cik Sofea Raisha ni. Jeles mama dibuatnya. Maybe its also because of genetic (cewah..) dan juga tabiat pemakanan ibu semasa mengandung yang cenderung akan mempengaruhi fizikal anak. Tapi kekadang kalau perhatikan betul2 masyaAllah, putih dan gebunya Sofea ni memang lain lah dari kami berdua.

So fikir2 mungkin lah kot, semasa waktu mengandungkan Sofea, even before pun aku dah start minum pati prune inner shine. Tujuan utamanya sebab aku ni memang selalu sembelit...so bila dah peknen ni sembelitnya semakin menjadi2 lah. Alhamdulillah, lepas amik pati prun ni senang nak melabur..

Sofea Raisha
So mungkinlah jugakkan faktor2 ini yang menginnershinekan my baby Sofea Raisha sejak dalam kandungan. Memang dah sampai jadi habit, hari2 mesti pekena inner shine.

p/s: teringat 1 pek inner shine sebek je kat umah tak kena minum lagi..

XOXO,
Mama Sofea