Pages, Contacts, Travel

Wednesday, December 18, 2013

Pantang Larang Asma/Lelah Anak

As semua well inform last Ogos-September Baby MSR was admitted to Putrajaya Hospital almost a month. Sebab musabab nya adalah disebabkan wheezing, batuk, kesukaran tidur, bernafas..atau bahasa mudahnya asthma. Hai la baby mama kecil sorang ni, awal2 dah kena asthma attack. Almost a month pulak hospitalized. Merunsingkan mama papa tokwan nenek..semua la. Runsingnya bukan pasai lain..sebabnya kami sayang dengan kamu wahai anakku.

So sepanjang dalam hospital, hasil bualan mama papa dgn hospitalized neighbour, mama papa yang lain, doctors, nurses, kawan-kawan datang melawat banyak le pantang larang dan juga recommendation dari segi pemakanan, ubat-ubatan yang dikongsikan. So sebab mama banyak sangat benda nak fikir kan, so mama guna la blog mama ni to keep things written and at the same time boleh juga jadi panduan parents yang lain. So far ada yang kami dah cuba dan ada juga yang tak cuba lagi.

1. Makan sup landak
2. Makan daging burung hantu
3. Makan daging arnab
4. Makan daging tupai
5. Makan Virgin Coconut Oil
6. Makan minyak ikan Seven Seas
7. Guna minyak bawang putih pada dada dan tapak kaki
8. Jangan makan buah especially pisang, tembikai
9. Jangan makan bijirin gandum
10. Makan madu
11. If anak tgh teruk asma jangan bagi/paksa minum susu (in fact budak pun memang takkan minum) sebab nak elakkan dia dari tersedak. If tersedak dikhuatiri paru-paru akan masuk air lagi lama nak recover dan memang bahaya le kalau tersedak ni.
12. Kalau nak guna vicks, make sure gunakan vicks yang betul ikut peringkat umur anak.
13. If prescribed dengan inhaler, it is recommended guna brand Philips, lebih mudah digunakan dan dicuci. Ingat jangan sesekali scrub aerochamber tersebut sebab akan merosakkan elektrostatik alat tersebut.
14. Zeliten

Ok setakat ni yang mama boleh ingat. Nanti kalau ada additional Insyaallah will update more. Macam-macam benda kan. So far part makan memang belum lagi cuba dgn baby MSR. Yang mana boleh elakkan memang dielakkan. Yang minyak bawang putih tu memang quite reliable dan berkesan. Macam bau garlic bread dah baby MSR kena lumur minyak bawang putih.

p/s: teringat cerita mak tentang seorang budak asrama ni umur 17thn (lelaki) mengidap asma teruk sangat. Dah meninggal pun dia sebab asma. Tuhan lebih sayangkan dia kan. Mama doakan anak-anak mama cepat2 fully recover asthmatic jangan melarat sampai besar ye. Amin.

Baby MSR si budak lelah yg super cute ;)

Yours truly,
Mama Ema

Musim Avillion Port Dickson

Ceritanya bermula bila mama kena berkursus. 1st kursus bertempat di Avillion Resort & Spa. Masa ni 1st time mama berpisah dengan syafi. Tapi tak lama pun 4 hari je. Alhamdulillah everything went well. Tq nenek sebab sudi jagakan kakak Sofea and baby MSR. Sunyi la pulak sorang di Avillion ni.

Rupanya Avillion di Port Dickson ada 2 tempat. 1 Avillion Resort & Spa aanother one Avillion Admiral Cove. Kaitannya dengan tajuk entree ni adalah..mama berkursus di kedua dua tempat tersebut selang seminggu je. Betul2 musim Avillion kan. 

Ok Avillion Resort & Spa. Boleh dikatakan mini Four Season Langkawi. Menangnya sebab ada water chalet. Tempatnya luas cantik menarik sesuai sangat untuk family time seisi keluarga. Ada pet corner..swimming pool family. Bilik pun luas dan cantik. Tapi sebab mama alone..so i am just having my own quite time..berehat sebab dah banyak malam tak cukup tido dan satu lagi aktiviti mengepam susu utk baby MSR. 

Chiller dalam bilik..mmg chiller je..tak beku pun. so terpaksa la mama simpan semua susu MSR kat kafe hotel. Rupanya bukan i sorang je ke simpan kat sana. Abg kafe pun tahu dah..nak simpan susu ye puan?hehe.

Kat sini mmg sgt family friendly i must say. Playroom pun ada untuk anak2. Beach pun cantik. Tapi mama sempat bersteam and sauna je sebab schedule a bit tight throughout the courses.

Next 2 weeksnya sekali lagi mama berkursus di PD. Kali ni di Avillion Admiral Cove. Tapi kali ni i refuse to be alone..so mama bawak le budak2 sekali. Mmg a bit kalut nak uruskan budak sambil bekerja. Tq to nenek sudi temankan kami. Papa sempat join kejap. Avillion admiral cove ni jauh sikit dari resort and spa. Biliknya semua adalah tower hotel.

Kat sini beach jauh sikit..tak secantik di resort and spa. Swimming pool ada. Cuma designnya more like utk berkursus..tapi overall semuanya ok. Theme bilik adalah moden and simple. Suka.

Bilik di Avillion Resort and Spa
Avillion Resort and Spa
Avillion Resort and Spa
Day Bed Avillion Resort and Spa
Swimming Pool Avillion Resort and Spa
Avillion Resort and Spa
2 brats at Avillion Admiral Cove
Day Bed Avillion Admiral Cove
Swimming Pool Avillion Admiral Cove
Avillion Admiral Cove
Avillion Admiral Cove
Avillion Admiral Cove
Nenek & Syafi Avillion Admiral Cove
Dining at Avillion Admiral Cove

Yours Truly,
Mama Ema
 

Wednesday, December 11, 2013

Sweet Cherry Baby Contest 2013

Alhamdulillah rezeki MSR sekali lagi nominated untuk finalist Sweet Cherry Baby Contest 2013. Actually nya mama dah start sending MSR pictures dalam Sweet Cherry FB sebulan before pertandingan. Dah sampai hari pertandingan dibuka about 1 month for likes voting. TQ all dear frens yang dah vote for baby MSR ye.

A week before 6th Maternity & Children Expo mama dapat email and call from Sweet Cherry minta attend prize giving ceremony. Excited betul la mama MSR kan. At first dalam hati terdetik ok la finalist...dapat constellation prize pun good enough. So planned out dengan papa, nenek dan tokwan to attend the events.

So during the day, terkedek-kedek la kami sekeluarga ke Midvalley. Memang meriah la 6th Maternity & Children Expo. Ramai betul parents and children. Booth pun sama meriah jugak. Panjang betul line nak bayar kat every booth. Tapi tu la silap hari bulan sikit expo ni dibuat before Gomen Pay Day. So mama just jeling laju2 je la barang2 kat sana.

Tepat 2.30 kami pun register and being called out to stage ke semua 13 peserta akhir untuk Category 1. So mama and MSR pun dengan excited dan senyum panjang lebarnya beratur kat atas pentas. Alhamdulillah kali ni, kami tak perlu buat sebarang aksi atas pentas. Lega sangat. Haha. The emcee start umumkan hadiah constellation which is hadiahnya carrier dan baby bag. Dah habis 10 announcement nama baby MSR still belum diumumkan. Wah dalam hati...i silap naik ke tadi? awat takde lagi nama baby MSR. ok sabar dulu la..but i really cant stop smiling now. Muzik pun dah bertukar untuk umum the top 3 babies. Wah...
Stroller and car seat dah siap di atur di depan. 2nd runner up was announced, and still bukan nama baby MSR. And the next name for the 1st runner up, baru lah nama Muhammad Syafi Raiqal Mohd Shuhaimi announced. Wah semua memang excited, especially kakak MSR le. Tuan punya badan cool je.

Alhamdulillah, MSR dapat Travelling Stroller, combination car seat dan baby bag. Alhamdulillah, rezeki anak mama sorang ni.
TQ Sweet Cherry Pilih Kami
The Excited family..pemenang yang cool je dalam stroller
Pic MSR yang dipertandingkan
 
Yours Truly,
Mama Ema

Wednesday, November 27, 2013

Pertandingan Bayi Comel Pa & Ma

Alhamdulillah rezeki baby MSR terpilih top 16 baby comel Pa&Ma. Terkejut n excited sangat bila dapat call dr pa&ma inform baby MSR terpilih dan perlu hadir ke Karangkraf untuk semifinal. Wowee.

Actually mama just cuba2 je hantar gambar2 syafi masuk pertandingan bayi pa&ma. Tak sangka rezeki anak mama. Dulu time kakak Sofea mama tak sempat la sayang. Sori ye dear. 

Tip bila anak terpilih ke semifinal:
1. Datang awal
2. Siapkan skrip dan props untuk atas stage nanti.
3. Pastikan keselesaan anak.
4. Jangan lupa bawa kamera
5. Before the day..jaga kesihatan anak dan make sure no nyamuk bites lebam or sebagainya.

Actually sekali lagi baby MSR terpilih top 13 baby sweet cherry. Nanti kena amik hadiah di stage 6th maternity & childhood expo di midvalley. Harap2 mama tak la nerves sangat pulak nanti.

Ni a few pic masa pertandingan semifinal baby MSR di Kompleks Karangkraf Shah Alam.


Yours Truly,
Mama Ema
 

Resipi Anak Sembelit - Bayi - Pa Ma

Resipi Anak Sembelit - Bayi - Pa Ma

Wednesday, November 20, 2013

Wedding Of The Year - Dr Rizal & Dr Izreen

Ini kira wedding of the year bagi family kami la ye untuk tahun 2013. Semuanya berlaku dalam tahun yang sama merisik, engagement, nikah, sanding, bertandang. Dari baby MSR dalam perut sampai keluarlah. Dah lama nak update, masa tak mengizinkan.

Majlis Merisik - 2 Februari 2013
Adikkku oh adikku. Ini merupakan majlis adik lelaki yang pertama dalam family. Walaupun dah ada 2 wedding dalam family tapi kali ni lain sikit la sebab everytime family kami yang kena ke rumah perempuan. So banyak juga le nak arrange, dari segi hantaran, masa, jemputan. Macam-macam. As I mentioned before family kami ni memang tak macam family lain. Unik in every way :)

With bakal Adik Ipar
Majlis Pertunangan- 25 Mei 2013
Majlis pertunangan ni berlangsung cun-cun je mama habis tempoh berpantang. Mama habis 22 Mei majlis 25 Mei. Selang beberapa hari je.

Alhamdulillah selesai dah. Majlis berlangsung di rumah bakal pengantin perempuan di Kajang.

The bakal pengantin


Hantaran dari pihak lelaki hasil kerja tangan adik kami Rahmah

Cun-cun je kakak pengantin habis pantang
Majlis Nikah - 16 Ogos 2013
Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Bukit Aman. Berdekatan dengan office bapa mertua pengantin.

Hantaran dari family kami

Hantaran pengantin perempuan

Kami

Majlis Resepsi  - 18 Ogos 2013
Majlis berlangsung di PICC Putrajaya dengan meriahnya.

Sofea & Mira

Pengantin tak berapa baru

Sisters

Family kami


Majlis Resepsi -Bukit Aman - 25 Ogos 2013
Majlis berlangsung di Bukit Aman.Boleh tak masa ni..kalut-kalut nak ke majlis, tertinggal pulak phone kat rumah. So end up takdela gambar yang di snapkan melalui phone kesayanganku :(
Pengantin dengan adik ipar dan anak sedara
Majlis Bertandang - 28 September 2013
Majlis berlangsung di rumah abah dan mak di Karangan Kedah. Majlis buat di rumah..sebab nak realisasikan impian garden wedding depan tasik pengantin lelaki ;)


Pengantin bersama family dari Sabah

The familia


The pengantin



Clown pun ada

Cucur udang dan apam kukus stall
Makan beradap

Silat

Kami

Bersama anak-anak yatim

Persembahan Dikir Barat SM Teknik Kulim

Abah n Mak


Kompang

Silat Pengantin
Khemah tetamu

Moyang kami dari Sabah



Photobooth

Alhamdulillah selesai sudah penyatuan dua keluarga. Seriously lega sangat semua dah selesai. Kak Ema doakan semoga kalian sentiasa dirahmati Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

Yours Truly,
Kak Ema