Kursus Induksi Umum

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga panggilan untuk Kursus Induksi Umum dan yang paling seronoknya ini merupakan requirement yang terakhir untuk sah dalam lantikan.

Actually terdapat beberapa syarat sebelum sah lantikan dalam jawatan kerajaan ni. First sekali, mesti hadiri Kursus Induksi khusus yang akan dibuat oleh jabatan masing-masing. Keduanya mesti lulus Ujian Undang-undang. Ujian Undang-undang selalunya diadakan 2 kali setahun. So boleh la daftar sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh periksa. Boleh check dari laman web JPA about the exam. Bila dah lepas ujian undang-undang ataupun belum, boleh la terus ikuti Kursus Induksi Umum yang kebiasaannya akan dianjurkan oleh pihak JPA. Sebenarnya sebagai penjawat awam yang baru dilantik, kita diberikan tempoh percubaan selama 3 tahun untuk sah dalam lantikan. So dalam tempoh 3 tahun tu, kena la lepas ketiga-tiga prasyarat tersebut tadi.

Dalam Kursus Induksi Khusus yang dianjurkan oleh JPA ni. Biasanya akan mengambil masa lebih kurang 14 hari. Ianya akan diadakan di mana-mana INTAN di seluruh negara. KAlau nak cepat dapat kursus induksi khusus ni, biasanya kenala be a little bit proactive. tanya2 la pihak JPA selalu untuk masukkan nama kita dalam tu.

Untuk tahun ni, kursus bilangan yang terakhir baru je lepas. Tak tahu kenapa, tahun 2010 hanya ada 3 buah kursus sahaja yang dianjurkan. Nasib baik nama ada untuk kursus yang terakhir tahun ni.kalau tak kena la tunggu lagi. Kebiasaannya, semasa kursus kita perlu menghadiri setiap kelas yang diadakan. Jumlah kelas yang perlu dihadiri adalah lebih kurang 25 kelas. Semasa menghadiri kursus, peserta akan diberikan satu tugasan individu dan satu tugasan berkumpulan. Dan pada akhir kursus, peserta perlu menduduki ujian yang mempunyai 2 bahagian iaitu Objektif dan Subjektif. Bahagian A Objektif, terdapat 40 soalan manakala untuk Bahagian B, terdapat 8 soalan dan peserta hanya perlu memilih 4 soalan untuk dijawab. Setiap peserta mesti lulus sekurang-kurangnya 50% untuk lulus kursus induksi khusus ini.

Sepanjang kursus juga peserta akan dinilai, dari segi penampilan diri, akhlak, pembentangan kumpulan dan juga tugasan individu dan berkumpulan tadi. Jumlah semua markah yang diperolehi mestilah melepasi 50% sekurang-kurangnya untuk lulus. Sekiranya tidak melebihi peratus tersebut, peserta perlu mengulangi ujian akhir kursus induksi umum tersebut.

Sepanjang kursus ini, terdapat juga aktiviti senaman ringan yang akan diadakan. Jadi dinasihatkan sesiapa yang akan menghadiri kursus ini untuk membawa pakaian sukan yang bersesuaian. Pada awal kursus, semasa pembentukan kumpulan (2 hari pertama), pakaian sukan perlu dipakai sepanjang program.

Oleh kerana peserta perlu melakukan tugasan dan pembentangan secara berkumpulan, juga dinasihatkan untuk membawa laptop bersama bagi memudahkan peserta membuat tugasan nanti. Terdapat juga beberapa peserta yang turut membawa printer bersama untuk kemudahan masing-masing. Namun begitu, jangan khuatir sekiranya anda tidak mempunyai laptop, pihak INTAN ada menyediakan makmal komputer untuk digunakan. Mesin pencetak juga disediakan untuk kemudahan peserta.

Untuk makluman juga, bagi penginap di asrama, pihak INTAN tidak menyediakan makan/minum pada hujung minggu. Jadi peserta terpaksa lah makan di luar. Jadi lebih mudah sekiranya anda berkereta sendiri ke tempat kursus atau tumpang kawan yang ada kereta untuk keluar makan nanti.

Tempat saya berkursus tempohari adalah di IKWAS, Kluang Johor. Kami dibenarkan keluar, asalkan tidak melebihi jam 12 malam. Setiap hujung minggu kami juga dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing. Tapi tak tahu lah, if this regulations apply to all INTAN or not. Alhamdulillah, kursus dah habis, sekarang tinggal tunggu keluar result je lagi dan surat confirmation.

Comments

Anonymous said…
Salam 1 Malaysia.
Bolehkah saya tanya apakah contoh soalan esei yang keluar dalam ujian akhir kursus induksi?
Terima kasih banyak-banyak.
Unknown said…
Salam..
Saya ada copy contoh2 soalan esei...kalau berminat. Tetapi selalunya rakan2 yang dah pernah ambil mesti ada salinan tersebut.
Unknown said…
owh ina masih belum sah selagi takp dpa..huhu
Anonymous said…
hi..boleh tak tolong anta esei -esei induksi ke email saya... mylady_abby@yahoo.com
tq in advance..
Unknown said…
Ina...selamat attend DPA k...take care of yourself nanti kat sana.
Anonymous said…
salam..akak boleh x anta soalan2 esei kursus induksi yg akak thu? emeil jentayu_2106@yahoo.com..hrp akak anta..moga gembira dan bhgia sll yer..
Unknown said…
alahai...adik2ku sekalian. semua soalan2 esei tu dalam hardcopy, nak taip balik masa sekarang sangat2lah budget...nanti akak try carikan soalan softcopy ok. Insyaallah apa yang ada akak akan try emelkan.
Anonymous said…
saya juga, halsningar@gmail.com
aennkhairol said…
akak chemiena cyggg....sye nk jgk...ainraff@gmail.com.........tq...lov u...
Unknown said…
sesiapa yang nak contoh soalan pls refer to my entry contoh soalan induksi ye..tq.
Anonymous said…
skrg mesti da sah kan.. bestnya... sy pun akan berkusus induksi bulan 10 ni...harapnya semua akan ok....risau bab exam tu sebenarnye kan...
Unknown said…
Tak payah risa contoh soalan kan ada, soalan pun lbh krg assignment je...

Popular Posts