5 Bulan..OMG!

Syukur alhamdulillah.. dah masuk 21 minggu hari ini. Maksudnya dah 5 bulan 1 minggu. Sekejap je masa berlalu rasanya. Rasa macam baru je tahu Sofea nak dapat adik. Tup..tup tinggal lagi 4 bulan je adik Sofea bakal dilahirkan....OMG. Sangat berdebar, walaupun ini bukan pertama kali..tapi untuk merasai pengalaman yang pertama kalinya berlaku semula...fuhh...sangat berdebar ok. Ya Allah, permudahkanlah segala-galanya buat diriku dan anakku nanti bila tiba masanya.

Dalam tempoh 5 bulan ini, nak kata feel pregnancy ni kuat sangat tak macam yang the 1st one. Mungkin sebab dah pernah, mungkinlah....Ataupun mungkinkah sebab berlainan jenis pregnancy. ???

Buat kali ini, sepertimana perjanjian dengan papa Sofea, kami telah bersetuju untuk bersama-sama sekali lagi menjadikan pengalaman pregnancy kali kedua ini sebagai salah satu memori terindah kami. Tapi ever since...hmm terindah, terpahit, tersedih, tergembira..semua pun lah dah ada. Baru je 5 bulan ye. But Insyaallah, di masa depan mungkin kami berdua akan tertawa bersama kot mengenangkan kembali apa dah dilalui kami dalam tempoh ini.

Kakak Sofea sangatlah supportive to mummy, eventhough kadangkala kerapkali membuat mummynya stress. Tapi mama cuba ye kakak Yaya menenangkan diri setenang yang mungkin. Sofea selalu datang cium perut mama dan cakap "Jangan risau ye mama, kakak Sofea kan ada"...

Pregnancy kali ini, cepat betul stress. Pantang ada benda yang mengganggu, walaupun benda kecil..cepat betul stress. Mungkin sebab hormon, sebab baby..tak pasti. Tapi baby nanti jangan panas baran ye.

Minggu lepas, satu lagi kenangan tak berapa indah berlaku. Actually it happened during outing and gathering dengan family papa sofea di Melaka. Tengah best2 mandi kat homestay tu, boleh pulak tergelincir jatuh. Perasaan susah hati tu tak payah cerita le, cuma mama kuatkan dan tabahkan hati je cover sebab depan keluarga mertua dan lagi satu sebab takde tanda2 bleeding pun. Huhu. Alhamdulillah, keesokannya terus ke klinik minta cik doktor scan to make sure everything ok. Masa scan tu, bukan main lagi, baby berenang-renang happily dalam perut mama. Lega hati ni, sebab ternyata baby masih lagi gembira...walaupun hati mama sedih dalam tempoh kejadian jatuh itu.

Sekarang ni, mama still on thyroxine, folic acid, vit b complex, vit c dan iron supplement. Thyroxine memang dah wajib every morning amik. Cumanya Iron dan vitamin lainnya kekadang terlupa juga nak amik. Bab susu juga adoyai..mama bukan penggemar susu ye. Murah rezeki baby, Nenek Ina bagi S26 Mama 2 tin..hamik ko..untuk mama minum everyday. Tapi till now, mama cuma masukkan susu dalam makanan apa2 yang mama buat..direct intake so far masih lagi berusaha.

Dalam tempoh 5 bulan ni, juga, mama pun tak tahu la nak cakap apa. Sempoi je mama ni. Makeup tak payah cerita je, blusher je jadi peneman setia hari2.. tu pun kalau boleh nak bare face je. Dressup, so far..memang tak cerewet lagi selesa seluar dan tshirt..dah happy dah. Bukan mama je, kakak Sofea pun sekarang dah tak pakai skirt. jeans and shirt je. Fave color mama sekarang ni adalah BIRU. Sangat suka semua yang berwarna biru..esp royal blue. Adakah ini terdapat sebarang maksud dan tanda...haha.. kalau baby boy, sepasang la ngan kakak Sofea..kalau bb girl..jangan tomboy sudah la..

Panjang lebar pulak entry kali ni.
Adik Sofea @ 20 minggu
Luv,
Mama Ema

Popular Posts