Teater Tun Siti Hasmah

Semasa pementasan Teater Tun Siti Hasmah (TTSH), entah kenapa, tak pernah-pernah ke Istana Budaya (IB) melonjak-lonjak pulak hati nak ke sana sama-sama memeriahkan TTSH.

Biasalah kan, everything happen now, the blame is on the hormone. Pementasan tu cuma 2 minggu, nasib baik ada rezeki, berpeluang gak pi tengok walaupun nyaris2 tak dapat pi sana. Lagi-lagi yang hepi sebab dapat bawak mak dan abah sekali bersama-sama pergi menonton TTSH. Ni lah kali pertama buat kami semua pi menonton teater di IB.

Last week kebetulan mak dan abah dah ada di rumah, terus je beli tiket online untuk menonton pada hari Jumaat jam 8.30 malam. Nasib baik, minggu lepas adalah minggu cuti, so jalan memang tak jem. Sempat lagi kami makan Char Koey Teow kat belakang Istana Budaya. Boleh tahan lerr..

By 8.20pm kami dah ambil tempat kat dalam teater. 8.30pm tepat, show pun bermula. Inilah 1st time tengok Lisa Surihani, Nazim Othman, Eja beraksi live depan mata. Memang not bad at all la..puas hati dapat tengok TTSH. TTSH menceritakan cerita yang kita tak pernah tahu pun apa yang yang Tun Hasmah alami sebagai isteri bekas PM yang telah berkhidmat lebih 20 tahun. Tun Hasmah sebenarnya tidak kurang hebatnya, beliau adalah doktor Melayu wanita yang kedua di Malaysia. TTSH menceritakan kisah hidup beliau sejak zaman remanjanya apabila beliau menuntut di Universiti di Singapura, sehinggalah detik YBhg Tun Che Det letak jawatan pada tahun 2002. Tun Hasmah adalah seorang wanita berpengaruh yang sangat low profile. Jadi tak banyak cerita tentang beliau di media massa semasa pemerintahan Tun. Sedikit sebanyak tahulah kita apa yang telah dialami oleh Tun Hasmah sepanjang menemani Tun Che Det sepanjang karier beliau sebagai PM sehinggalah sekarang. Ikutkan memang banyak part yang tak dipaparkan, tapi apalah sangat nak ditunjukkan dalam tempoh 2 jam berbanding puluhan tahun Tun Hasmah bersama-sama dengan Che Det. Apa pun tahniah kepada Erma Fatima sebab dapat mengongsikan highlight hidup Tun Hasmah kepada semua penonton. Dengar kata pementasan ini akan dibuat di layar perak pula. Mesti lagi mantap..

Actually, kepada sesiapa yang berminat nak menonton pementasan dah pun berkahir 19 Nov yang lepas. tunggu keluar di cinema la pula ye.

Berpeluang gak ajak mak dan abah join sekali

Thanks laling

Mek kecik ni tak bole masuk so stay dengan Cik Su dan Uncle Jejan

Luv,
Mama Ema.



Comments

Popular Posts