Selamat Berkonvokasi Adikku

Akhirnya habis juga pengajian salah seorang adikku. Rasa mcm dah lama sgt adik yg sorang ni study..meninggalkan keluarga.

Tibalah masa pula menaburkan bakti pada keluarga dan negara. Aminn..

Alhamdulillah..dapat juga kami separuh keluarga pergi meraikan majlis angkat sumpah kedoktorannya di jakarta pada 29 Nov 2012. Bila dapat tahu ada majlis graduasi terdetik dalam hati nak pi..sebabnya sepanjang tempoh pengajiannya d jakarta takdela kakak yg sorang ni sibuk2 p melawat..so apa salahnya kan sama2 memeriahkan majlis. Lagi yang bestnya mak dan abah pun dapat bersama2 meraikan kegembiraan anak lelaki yg kedua ini. 

Kami pergi simple2 je. Itinerary pun ikut suka hati je. Niat d hati takdela nak bersoping sakan (cewah). Memandangkan keadaan diri ini dan anak kecil pulak.. malas juga nak jalan jauh sampai ke Bandung. Sakit pinggang woo. 

Disebabkan planning suka2 hati, sampai juga kami di Bandung, Tanah Abang, Central Park..hancur poket!

Cerita balik pasal hari angkat sumpah kedoktoran..memang sangat lama. Dari jam 8am sampai 3pm. Dewan konvo sederhana je..tapi majlisnya penuh dengan drama..ala2 teater. Ada menyanyi..deklamasi puisi..ceramah keagamaan. Penuh dgn pengisian. Sampaikan mak asik nangis je sepanjang majlis. Terharu. Lagi2 pulak Rizal represent pelajar malaysia memberikan ucapan di atas pentas..*clap..clap.

Seharian kat kampus..dah agak penat..so balik hotel dan tido. Malam pulak sambung jalan lagi. Ok, kalau rajin nanti sambung cerita shopping pulak ;)

XOXO,
Ema

Dengan lecturer - Dr Ingrid

Proud parents

Para Doktor Baru





Popular Posts