Red Carpet Shopping

Pernah kisah tak pasal reward programme ni? Kalau dulu sebelum kahwin, rasanya aku pk ada aku kesah??? sebabnya takdek la beli barang rumah banyak2 pun. Tapi dah ada family sendiri ni, macam haku yang baru2 nak start hidup, memang kisahh habih. Nasib chemi pun rajin dalam bab2 ni.

Rugila kalau tak kisah kan. Takpe dengan ambil tahu lebih sedikit banyak benefits yang kita boleh dapat. So, moralnya kisah2 kan la apa yang berlaku di sekeliling anda ni. Sahut seruan kerajaan macam kat bawah ni:


Kat Malaysia ni, hypermarket tumbuh macam cendawan. melambak-lambak, semua berebut-rebut nak bukak hypermarket. Nak buat macam mana kan sebab habit Malaysian ni memang kuat shopping pun. So Kerajaan telah mengambil peluang ni untuk terus menjana ekonomi negara dan meneruskan kitaran wang dalam negara. Dapat gaji je, kalau kat Putrajaya ni serbu carrefour la kan cari barang rumah. Almost 1/4 gaji habis tang tu je..

Tapi bila pk balik, cam rugi lak, sebabnya carrefour ni takde la pulak reward programme nya. Dulu masa kat UTM, memang Jusco la jadi sasaran. So selalu lah dapat voucher, claim hadiah, macam2 lagilah. Barulah namanya shopping red carpet. Tapi kat carrefour ni kureng la pulak reward nya. harga pun bolela..kena survey selalu. Tapi tak tahu la kalau aku je yang tak tahu akan reward programme carrefour ni.

So bila dah ada baby ni, lagi la kena rajin study sikit cari tempat yang offer harga lagi rendah..nak jadi pengguna bijak la katakan ;) Bab harga murah memang tak bole tolong, sebabnya selalu berubah2. So kena peka je la. Tapi bab reward programme bole la nak compare sikit2 berdasarkan past experience.

Shopping Karpet Merah

Reward programme:
Jusco - JCARD
Tesco - ClubCard
Giant - Tak sure
Carrefour - Tak sure
 
Sedikit perbedaan antara Jusco & Tesco Reward Programme:


1. Registeration/Renewal:
Tesco Club Card - FREE
JCard - RM7

2. Rebate Gift Vouchers
Tesco Club Card - RM2 = 1 point = 1 sen = Vouchers
JCard -Tak jelas, tapi ada point = Gift Vouchers (time promo resit RM100=voucher RM5)

 

3. Customers Day
Tesco Club Card - Tak sure
JCard -JCard Day (Diskaun runtuh habih..)

4. Magazine
Tesco Club Card - Ada flyers
JCard - Pearl Magazine

5. Insurance coverage
Tesco Club Card - NO
JCard - Your membership also includes full reimbursement for Damaged or Lost items (up to RM 5000), car locksmith charges ( up to RM100), snatch theft/pickpocket ( up to RM100) and personal accident worth RM5,0000.

6. Free Parking
Tesco Club Card - YES
JCard - FREE Parking for first 2 hours when you shop at JUSCO!(Valid at selected shopping centres only.)

7. Privilege Shopping Partners Programme
Tesco Club Card - NO
JCard - YES

8. Exclusive Birthday Card & Special Promotions
Tesco Club Card - Tak sure
JCard - YES - Pernah dapat kad birthday dan voucher.

9. Points expiration
Tesco Club Card - Never expires
JCard - YES - Tak silap dalam 1 tahun atau 2 tahun. Nanti dia akan kasi reminder.
 

Rasanya as consumer, tu antara privilege yang kami pernah enjoy. So kalau nak compare dua-dua tu, mungkin ada la yang pro's and con's kan. Terpulanglah kepada keselesaan masing2. Tapi apapun memang keperluan la nak register dua-dua member card ni. Untuk faedah masa depan. macam pelaburan la gitu kan.


p/s: Teringat pulak kat voucher JJ yang belum guna lagi tu. Jom Jusco!

Cheers,
Ema

Popular Posts