Bersua Juga Akhirnya..

3 of us - P.E.A.C.E
Header tak boleh blah...tapi serius rindu dengan Sofea Raisha. Tak jumpa sehari pun rindu, apalagi seminggu...angau papa sofea dibuatnya. haha..

Last weekend, tolong my sis arrange 12 bas company trip bercuti di Kota Keriangan. So dapat la kami sekeluarga beriang-ria bercuti join sekaki. Hehe. 12 bas * 40 orang = +-500paxs jugaklah yang membanjiri Genting last weekend. Mujurlah, bas tak kena tahan dek perhimpunan BERSIH. Kalau dak, menangis je la dalam bas. Alhamdulillah, everything went well except something here and there..biasalah tu kan..ramai tu nak kena diuruskan. Alhamdulillah, rezeki abah, overall dlm 20 biji bas jugak la jalan dalam satu hari ke Genting, Pangkor, Langkawi dan Kelantan. Sampai kena tutup kilang lah.

Best!
Ni la dia ni, Tour Leader kecik ni. First time naik Genting Highlands. Gile excited! Asyik berlari je sana-sini. Semua orang pun nak pegang dia..Kalau bukan my own baby pun, mahu dicubit2 sebab tak reti nak dok diam..Apa pun, dialah penyeri hari kami ni, sebabnya dia lah family member paling kecik skali...cheeky lak tu. Semua orang nak tolong baby sit, senang mama ngan papa dia ni...

Melentok2 suka dapat naik cabel car

Smile!

Dah letih posing2, tido pulak bila dah sampai atas

Sori ye Ya, mama ngan papa posing dulu

Kan dah cakap, paling kecik tu

Excited dapat naik ladybird..nasib bek tak nangis nak turun

Naik wagon wheel ni, sampai round ke-3 dah nangis ajak turun-boring!

Ni gaya sejuk..

best dapat naik carousel..

Goreng pisang yang 6 ketul=RM5
 Malamnya kami stay kat Awana Genting. Paling best Buffet breakfast dan Buffet Lunch...Makanlah sepuasnya, menu pun variety..Hepi habis la semua dapat makan sedap di Awana.

Banyak2 makanan, Ya nak makan Koko Crunh je
Masa breakfast, Sofea jumpa kawan baru, Kelly. Hamboi dua-dua orang ni macam dah kenal lama pulak, makan bersuap2, berpeluk2...bukan main lagi. Tapi mama heran la, nape mata Kelly ni bulat dan mata Ya ni sepet lak ala2 Chinese gitu. Dah tertukar dah dua-dua orang ni..

Ntah apa yang dibualkan pun tak sure
Overall, kami semua enjoy kat sana, especially Sofea. Nanti bole pergi lagi ye Papa ;)

Cheers,
Mama Sofea

Comments

Popular Posts