Minggu ke-27 Buat Kedua Kalinya

Alhamdulillah. Dah hampir masuk Trimester ke3. Sebenarnya, dalam hati ni memang berdegup kencang bila memikirkan perlu mengharungi saat2 kelahiran nanti. Tapi for sure is a must for me and baby to get through. Ya Allah, permudahkanlah segala-galanya buat kami berdua bila tiba saatnya nanti.

Minggu ke27 buat kedua kalinya.
Kali ni banyak perbezaan yang dirasai tatkala mengandungkan Sofea Raisha. Baby kali ni sangat aktif bergerak. Maybe dulu tak pandai beza kot. Kali ni amat2 merasai pergerakan baby. Bila baca dalam babycenter, katanya ritma ni dihasilkan oleh sedu-sedan baby. Ini adalah kerana baby dah mula tertelan cecair amnion. Pada ketika ini, baby pun dah pandai buka tutup mata, dan dah mula bermimpi! Mama really wonders what kind of dream you are having my dear.

Minggu ke27 buat kedua kalinya.
Sekali lagi mama rasa benda yang sama ketika mengandungkan kakak Sofea. Heartburn!
Tatkala nafsu makan mama mencanak2 naik..tatkala inilah mama tak boleh nak makan dengan banyaknya. huhu. kalau overdose makan...heartburn la padahnya. So sekarang ni banyak kena beringat.

Minggu ke27 buat kedua kalinya.
Kengkadang mama tak boleh nak overexcited, overmanja, overshowed. Banyak hati nak kena jaga. Takut terguris. Tapi terima kasih mak..sebab memahami. I really need to manja2 eventhough there is many heart to take care of. Terima kasih juga papa Sofea sebab memahami dan juga memanjakan mama pada ketika ini. Dan kadang2 terover risau pulak pada waktu2 yang tidak sepatutnya. haha.

Pengakuan mama: Anak mama sori sangat sebab kali ni mama banyak terskip vitamin. better it be obimin la i guess. banyak sangat vitamin nak kena amik at different time. Tapi yang pastinya thyroxine mama tak pernah tinggal just for your healthy development dear.

At 27 weeks in Convent Kulim


XOXO,
Mama

Comments

Popular Posts