Indahnya Pulau Langkawi

Dah hampir menjangkau 30 tahun, baru kali ini saya mengakui dan takjub akan keindahan Pulau Langkawi. Bukannya tak pernah bertandang ke pulau tersebut, tapi jejaknya diriku ke Pulau Langkawi kali ini, membuka hati dan pandanganku sebab terpesona sangat dengan keindahan Pulau Langkawi.

Hello Langkawi Island

Mungkin juga penangan Resort 5 Star yang tak pernah termimpi pun berpeluang untuk menginap di sana. Rupanya inilah percutian yang diidamkan. Selama ini istilah bercuti kami adalah silap, bercuti dan melancong adalah perkara yang berbeza. Patutlah ramai foreigners yang banyak menghabiskan masa di satu tempat dengan jangkamasa yang lama...lagi2 tempat yang sangat remote and quiet.

Insyaallah, mungkin kalau ada rezeki satu hari nanti boleh betul2 bercuti lagi. Kali ni bukannya bercuti pun, berkursus lah. Tapi thanks to organizer sebab memilih tempat yang sangat cantik dan quiet untuk semua peserta kursus buat brainstorming. Memang betul lah mencapai objektif kursus.

Kami telah dikuarantin di resort selama 5 hari. Hotel agak jauh dari pekan so memang sangat fokus di sini. Kami menginap di Four Seasons Hotel dan Resort, Tg Rhu. Kalau nak pergi ke Kuah, sehala RM30 naik teksi. Jauh la tu kan. So memang tak keluar pun, sebabnya satu jauh, dua jadual kami memang padat.

1st day check-in, naik cab ke resort sebanyak RM30. Sampai je kat resort aku sangat surprised, selalunya kita akan jumpa reception, tapi kali ni mana receptionnya? Sampai je depan pintu resort dah kena sambut dengan mesranya dan dibawa ke ruang menunggu. Masyaallah, cantiknya resort ni! Dapat pulak fresh lime dan refreshing towel..wah, mode vacation sudah tiba.


Resort ni overall adalah Moroccan style..so aku rasa macam dah sampai Morocco dah time ni. Tinggal lagi pekerjanya takde la pulak Moroccan hehe.

Dah minum2, refreshing, dijemput pula dengan buggy driver untuk dibawa ke bilik. Wah, jauh rupanya bilik dengan the main hall. So the very2 peramah buggy driver explain kat mana tempat breakfast, lunch, dan tempat bengkel nanti.. Tak sampai2 lagi bilik..about 7 minute drive juga la baru la sampai ke bilik.

Masuk je bilik. wah, terlopong la jap. So reconfirm, saya seorang je ke ni? Yes Mam, anything just let us know. Mula2 memang la happy beb, bilik besar sangat, view cantik sangat, katil empuk sangat, ada jakuzzi lagi. Apa lagi snap gambar tak habis2 la.




Malamnya attend dinner dan taklimat. Balik dah dalam jam 11pm. Buggy driver hantar sampai depan walkway, dan kena jalan masuk sendirian berhad. Masa tu nak berjalan rasa kenapala jauh sangat ni, nak lari jatuh pulak nanti tak pasal2 pulak. Walkway resort tu kelamnye la, kalau jalan berpasangan ok la juga. Ni aku sorang2 yang tgh sarat2 ni, macam2 benda dok pk. macam 50m jugalah nak sampai pintu bilik. huhu.
Dah masuk bilik, wah macam2 lagi fikir. Tak boleh jadi ni..mak o mak datanglah temankan saya dengan Sofea. Nasib baik mak agree untuk datang temankan sayang kat mak.

2nd day, rupanya bukan mak dan Sofea je yang tiba. Dapat surprise Mr Hubby pun terbang dari KL sebab tak sampai hati aku stay sorang2. Last2 semua datang temankan. Hepi sangat! Tapi faham2 je la, i cant be with them 24X7, so pandai2 la bawa diri kan.

Sofea hepi sangat setibanya di resort. Ye la orang dah lama kena kuarantin sebab campak. Dapat pulak naik Feri dengan nenek, pastu jumpa mama. melompat-lompat la dia.

Esoknya, awal pagi papa dah ajak berjakuzzi. Petangnya tu kami ronda2 resort naik buggy dan swimmimg dalam family pool. Pool kat sini memang berbeza dari pool yang kami pernah terjun. Sangat best ok. Hepi la sangat cek mek sorang ni.





Kids for all season - Playhouse

Adult Quiet Swimming Pool

Org gembira nak pi swimming

So di kesempatan ini juga kami mengambil kesempatan untuk sambut birthday Sofea di sini. Wallawey, anak mama dapat celebrate birthday by the pool. Lepas tiup lilin terus terjun masuk kolam. She is the happiest person.




Hari terakhir kami, awal2 pagi bangun ronda2 tepi pantai yang putih bersih. Sofea sekali lagi surprised, bila ada satu couple Russian ni bagi hadiah kat dia. Bukan Sofea je, aku dan hubby pun surprised.


Sofea sangat surprised sampai tak dapat nak senyum dapat monkey


Memang kenangan manis betul buat kami berempat, termasuk yang dalam perut mama ni dapat habiskan masa kat sini. Now I really treasures Langkawi!










XOXO,
Ema

Popular Posts