Khasiat Halba
First of all tahu tak halba tu menda apa?
Kami pun diperkenalkan dengan halba ni sebab mak gemar sangat masukkan halba setiap kali masak nasi lemak. Dalam nasi dagang pun ada gak halba ni. Wangi je nasi bila masak sekali dengan halba ni.
Nama Saintifik: Trigonella foenum-graecum
Nama Inggeris: Fenugreek
Nama Inggeris: Fenugreek
Nama pasar: Halba
Halba |
Rasulullah saw bersabda :
'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya
mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi
Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad
bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al
Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar
Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari
sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad
Qodamah-Mesir)
KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu
lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi
amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan
yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa
perubatan Yunani.
XOXO,
Ema
Comments
Post a Comment