Merancang perjalanan bersama bayi
Some more info I want to share with all of you yang ada baby, dan yang planning nak balik kampung sempena Aidilfitri.
Perjalanan balik kampung bersama bayi bukanlah sesuatu yang mudah. Perancangan dan persediaan awal sememangnya bagus, tetapi jangan jangka bahawa semuanya akan berjalan lancar.
1. Simpan keperluan utama dalam beg yang lain dan mudah dicapai - seperti beg lampin. lampin, krim ruam, tisu lembap, susu, snek, beg plastik dan perkakas makanan. Semua itu harus disimpan di tempat yang mudah untuk diambil.
2. Sentiasa sediakan beberapa baju persalinan bimbang makanan tertumpah dan sebagainya.
3. Rancang waktu bertolak yang membolehkan bayi mendapat tidur hariannya seperti bertolak pada lewat petang agar bayi dapat tidur sepanjang malam. Lebih lama bayi tidur sepanjang perjalanan itu, lebih baik.
4. Sekiranya memandu pada waktu siang, berhenti pada waktu-waktu tertentu agar bayi dapat menyusu, berehat serta menikmati udara segar di luar kenderaan.
5. Sediakan mainan dan muzik bagi menenangkan dan menghiburkan bayi.
6. Jangan lupa untuk membawa susu formula, botol dan air yang secukupnya. Namun sekiranya memberi susu badan, ia jadi lebih mudah kerana tidak perlu membawa apa-apa barang tambahan.
7. Rancang untuk berhenti sebentar apabila bayi kelaparan (rehat ini juga diperlukan oleh ibu bapa) Sebagai alternatif, cuba susukan bayi tatkala dia masih di tempat duduk bayi.
8. Jika ada seorang dewasa di bahagian belakang kereta boleh membantu bayi menjadi lebih tenang dan gembira.
p/s: Berhati2 di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.

Comments
Post a Comment