Pages, Contacts, Travel

Sunday, May 23, 2010

27th Birthday



Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi, dah 27 tahun rupanya berkhidmat sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat kedua ibu bapa, yang amat disayangi. Tiada siapa di dunia ini dapat menandingi kasih sayang yang telah dicurahkan sejak mula-mula diriku mengenali dunia yang fana ini.

Buat suami tercinta, telah setahun 2 bulan kita melayari bahtera perkahwinan, dan alhamdulillah, dah dianugerahi penyeri hidup kita. Sambutan birthday ke-27 ini, amat istimewa pada tahun ini, sambutan kedua sebagai isteri dan buat pertama kalinya sebagai seorang ibu.