Krisis Negara Jiran

Recent Baju Merah, Baju Kuning tragedi di negara jiran telah sekali lagi menggegarkan dunia. Kalau terlalu obses dengan politik, memang tak pernah menguntungkan negara. Tapi yang peliknya, politik juga la dapat menggerakkan negara...kalau dahulunya zaman pembangunan negara sebelum capai kemerdekaan, yes...persatuan sangat diperlukan bagi menunjukkan kesatuan sesuatu bangsa, komuniti....tapi apabila kemerdekaan telah dicapai pembangunan dikecapi...ketamakan mula melanda. yang paling kesiannya..rakyat-rakyat yang masih belum menyedari mereka adalah boneka politik....rakyat bermati-matian dengan so called kesetiaan or whatever it is...pemimpinnya di mana...di luar negara, biaya pasukan bola...tengok bola...ntah apa lagi pun tak tahu yang dibuatnya.

 Tapi yang paling sedihnya, sedar tak sedar perkara ini, telah memberikan kesan yang teramat kepada industri2 kecil di negara tersebut. Sektor pelancongan khususnya....sekiranya, berita2 kemusnahan terus terpampang di muka-muka berita utama..tell me, siapa lagi yang berani nak 'singgah' di negara tersebut. Kalau sebelum ni pernah terjadi tragedi, lapangan terbang telah ditawan oleh aktivis politik..nak tunggu lagi ke, nak cari penyakit lagi ke? kelumpuhan sesuatu lapangan terbang bakal membekukan ekonomi sesebuah negara. Tiada lagi pelancong yang berani, berani untuk datang berhibur, relaks di negara yang penuh isu. Tak pasal2 kena tawan pulak...hajat nak bercuti, tapi jadi tawanan.

Kesian, makcik2 yang sumber rezekinya daripada pelancong luar. Contohnya, penjual2 souvenir khususnya...when there is no tourist, takkan org tempatan pulak yang nak membeli..pening kepala peniaga2 yang bergantung dengan ekonomi pelancongan. Negara ini merupakan negara favourite, pelancong...sebab tempatnya cantik...kosnya murah. Terdapat pelbagai perkara yang unik terdapat di sini. Masya Allah, rakyat negara ini memang terkenal dengan kreativiti mereka. Hasil seni, hasil kraftangan, memang cantik2...yang penting affordable. Kalau nak shopping kat sini...wow...memang heaven. Pernah sekali singgah di sebuah pasar kraf di pusat bandar...seharian jalan pun tak puas lagi. Semua benda ada di sana. Memang best.

Tapi bila difikrkan...direnungkan kembali...back to reality..hmmm will I be back there again. Yes, tapi tunggu kestabilannya dulu lah...

Comments

Popular Posts