Clamp...or clamp.

Habis mood hari ini, clamping punya pasal. Baru je excited mood-mood vacation, tetiba lak kena potong ngan geng2 BPH ni. We know that all of you are just doing your job. Tapi kan kekadang ni, pengurusan so kepoci, macam dah takde keja lain. Datang clamping keta orang dekat housing area tengah2 malam. Hello, kerja2 u all ni dah la of course nak kena claim OT kan, pastu suka2 clamp keta org tanpa soal selidik, RM50 for 1st timers, RM100 for 2nd timers and kalau kali ke3 terus kena keluar kuarters.

Sebenarnya i think all of these systems, betul2 menyusahkan. kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. ni dah kira betul2 menyusahkan rakyat betul. lagi2 rakyat ni la yang dok jadi pencacai siang malam buat kerja untuk kerajaan.

dah dapat kemudahan tinggal di kuarters, kena mambanci lak beli kete. tak bole ada dua, nanti tak cukup parking, parking tempat tak betul dah kena clamp pulak. memang betul2 menyesakkan kepala otak. before this they introduce sistem sticker. suppose yang ada sticker je la bole parking in. tapi sekarang besepah keta tadak sticker, yang lagi tak puas hatinya kereta ntah hape2, yg tak jalan hampir setahun dah still memenuhi parking-parking basement yang tak seberapa. tolonglah fikirkan hak2 orang lain yg memang hari2 keluar masuk parking. lagi2 yang ada anak kecil. orang lain dah menyumpah keta dan tuan keta, lagi tak paham2.

Pihak BPH perlu memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah parking yang membelenggu penduduk kuarters di Putrajaya. Sistem sticker merupakan langkah pertama yang memang dipuji, tetapi kenapa tidak dikuatkuasakan. Sistem tu macam melepaskan batuk di tangga je. ala-ala kadar punya kerja. ni lah orang dok cakap BPH tak buat kerja. Sebenarnya action taken, tapi tak siap, pastu rajin buat kerja lain. Menghabiskan duit rakyat bayar OT korang je.

Apa-apapun, I hope they will solve the parking issue and enforce the sticker usage immediately/soon.

Popular Posts