Tips Mak Bidan Semasa Berpantang
Tips Cara Makan Semasa Berpantang:
1st week: Makan ikan bakar cicah air asam jawa (air asam jawa boleh bantu lawaskan pencernaan)
2nd week: Makan ikan singgang. Dah boleh start makan makanan berkuah.
3rd week: Dah boleh makan makanan bergoreng.
4th week: Dah bole start makan kari, kurma..masakkan berempah tanpa santan.
Sepanjang berpantang digalakkan makan sayur sawi, brokoli dan lobak putih. Untuk membanyakkan air susu dan juga proses pelawasan.
Tips banyakkan air susu:
Susu blended: blendkan 3 biji badam yg tlh digoreng/bakar, 7 biji kismis dan susu segar. Masukkan dalam cawan dan masukkan sesudu madu. Minum bila2 masa. Pastikan susu blended suam panas.
Tips tambah tenaga selepas bersalin:
Campurkan madu dalam air suam dan minum.
Tips inisiatif sendiri tambahkan air susu:
Minum horlicks campur jus kurma.
Minum jus kurma suam.
Saya dah cuba..alhamdulillah air susu bertambah pekat dan cukup melenakan baby sampai 2-3 jam sekali menyusu.
Selamat mencuba
XOXO,
Mama Ema at day 9 of confinement
Comments
Post a Comment