Pages, Contacts, Travel

Thursday, April 11, 2013

Pengalaman Bersalin Kedua Kali

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke4 putera kami dilahirkan. Sepatutnya due date adalah 3 April tetapi putera kami decide nak keluar 8 Apr. 5 hari lagi extra days dalam perut mama.
Starting 6 Apr lagi mama dah start contraction. Bila timing selang 10 min. Tapi tanda belum keluar pape lagi. Papa cakap contraction tu salah satu tanda la tu. Tapi just a mild contraction..tak kuat mana pun. So mama decide tunggu je dulu untuk tanda yang lebih jelas. Malamnya sempat mama pi jalan2 bawak kakak Sofea tapau muffin Kenny Rogers and Booster Juice.
Masuk 7 Apr tetiba contraction yg agak2 konsisten semalam dah suam2 kuku. Adohai..main2 betul la baby ni. So mama mood pun tak berapa nak elok..just baring je sampai petang. Contraction ada la sikit2. Petangnya tu papa ajak keluar..destinasi belum diketahui. So mama nak mandi dulu la..tetiba apa lekit2 ni..check kat seluar mama rupanya dah keluar lendir darah. Punya la excited masa tu..bila bgtau papa dan nenek semua dah excited..penantian hampir berakhir. So petangnya macam petang before kakak Sofea keluar gak..mama papa n Sofea pi jalan2 kat Monumen Alaf Baru tu. Makan aiskrim..cucur udang. Ronda2 tangkap gambar lagi..layan kakak Sofea naik scooter dengan harapan baby pun excited nak keluar cepat. Masa ni pun dah start rasa contraction. Malamnya papa ajak semua pi dinner. Mama rasa macam nak makan kuey teow goreng lagi. So kami ke Hailam Kopitiam Cyberjaya. Uncle jejan pun dah join kami malam tu. Before kuar dinner..beg hospital and baby dah ready siap2 dlm kete. Mama decide nak pi check kat labor room if baby dah ready nak keluar.
After dinner terus ke labor room putrajaya dalam jam 11pm. Masa ni doc ambil ctg. Katanya contraction tak kerap. Mama timing ada la dlm 15 min. Pastu bila check laluan dah buka 2cm. Wah..terkezut gak mama. Mula2 doc macam soh balik. Mama nerves..
1. Takut labor room penuh
2. Dah 2 cm kot
3. Dah kuar tanda
4. Sakit dah ni..
Pastu MO pulak yg check..ayo..mmg laluan dah 2cm. Masa mama pi kencing malam tu pun darah dah keluar berketul2. Alhamdulillah MO tu agree utk admitkan mama. Masa ni mama admit kat wad 2B bilik no.2. Malamnya tu..masyaallah. the whole night tak dapat tido. Nak lelap mata je..contraction dtg. Aku pelik betul doc ckp takde contraction. Mcm nak mati dah rasa time ni. Actually aku dah lupa rasa contraction tu mcm mana. Dont worry mommies..when the contraction comes mmg semua kenangan teringat. Rasa sakit cam senggugut kat bawah perut..sakit pingang all together. Nak lompat diri baring semua ada nak hilangkan sakit. But the best method..bila contraction dtg tarikh nafas dalam..hembus by stages. Insyaallah kurang sikit rasa sakit tu.
Sepanjang malam langsung tak dapat tidur menahan sakit. Tuhan je yang tahu. Pukul 7am doc panggil nak check laluan but still 2cm..huhu. so dalam hati rasa mesti malam gak ni. Dah balik bilik mmg kuat gile lagi sakit. So dengan rajinnya mama kuatkan diri mandi dulu bersihkan diri dan nak breakfast. Mandi dah selesai..nak minum pulak langsung takde selera. Sesuap nasi goreng pagi tu cukup nak buat mama muntah sebab sakit tak tetahan. Nurse datang buat ctg. Dia cakap kalau tak tahan sakit minta la ubat tahan sakit..tanpa segan silu mama minta la terus. Tak tahan sgt. So kata nurse..ok lepas ctg dia bagi ubat. Bila nurse datang monitor ctg. Jantung baby dah tak cantik. Doc pun datang check. Terus je check laluan dlm jam 9am dah buka 4cm. Doc pecahkan ketuban bagi ubat buang air besar. Terus nak tolak ke labor room. Actually aku takde la bersedia sgt lagi ni..tapi wah labor room sudah. Nasib baik papa datang awal pagi tu. So dia amik baju baby semua bagi nurse. Masuk dlm labor room salin baju terus sambung buat ctg. But still jantung baby tak cantik. Doc pesan kalau still tak ok prepare for CSect. Nervesnya. Tapi sakit aku ni lagi tak tertahan. Dalam jam 10lebih doc check lagi laluan dah 6cm..pastu dia seluk check laluan lagi rasanya time ni pun doc bantu bukakan laluan..sebab jantung bb dah tak berapa ok. Katanya dah 8cm. Kalau dah rasa macam nak berak bagitahu. So memang habis je doc seluk..sakit makin kuat. Kepala baby pun dah nampak  semua doc dah masuk..nurse masuk bagi semangat..ok good. Teran lagi..good dah nampak kepala ni. Sebab nak menamatkan penyeksaan kesakitan ni dgn semangatnya mama meneran. Alhamdulillah kali ke 3 putera kami pun lahir ke dunia tepat jam 1041am. Semua ucapkan tahniah. Dalam hati ni tak sabar nak tahu jantina. Doc angkat dan minta mama sebutkan sendiri jantinanya. ITS A BOY!
Memang pengalaman kedua kali amat berbeza dari pertama. Masa deliver sofea dulu mama dah macam askar berjuang seharian dlm labor room. Kali kedua ni dalam labor room kejap je..tapi kali ni sampai mama pengsan lepas deliver. Maybe dah letih sgt sebab sepanjang malam tak tido dan tak brekfes pulak dan lagi sebab tak sedia sgt..rasa cepat sgt. Tapi alhamdulillah semua dah pun selesai. Lega.
Now moving on 2nd phase. Confinement mode.
Xoxo,
Mama ema at 4 days after delivery.