Cerita Mengurut, Bertungku dan Berbarut

Dalam entry yg lepas ada saya mention yg dah close deal dgn urut lady. Tapi nak buat camne takde rezeki dgn urut lady tu..sebabnya saya dah overdue 5 hari..urut lady pun dah ada appointment dgn customer lain..tup2..dapat pulak rezeki yg lain.

Lepas je bersalin hari tu, mr hubby terus buat appointment dgn unit urut HPJ untuk urutan kesegaran iaitu untuk melancarkan air susu. Lepas je mengurut that day..nurse tanya nak teruskan tak dengan urutan post natal. So just set appointment terus hari ke7, 8, dan 9. Tapi kali ni tempat mengurutnya di unit urut hospital bersalin presint 8. Kalau mengurut dengan bidan hospital mmg suggested start hari ke 7 dan ke atas.

Mula2 rasa cam lambatnya nak start mengurut at day 7. Sebab mmg dah tak sedap badan..kepala pun asyik sakit je. But the pro is urut hari ke 7 luka bersalin pun dah ok. So takdela rasa ngilu bila mengurut.

Here is the pros mengurut dengan bidan di hospital:
1. Detail checkup before mengurut
2. Bidan mengurut certified dan berpengalaman
3. Tempat mengurut dah sedia khas
4. Lebih tenang dan selesa mengurut di tempat ni
5. Free

Masa mengurut ni memang saya tak bawa baby..nanti stress pulak sbb nangis. So starting day 2 saya dah start pam susu utk baby bila mama nak pi mengurut nanti. Alhamdulillah dpt la pam stok sikit masa attend urut session.

Masa mengurut yg saya dpt pd sebelah petang 2.30 - 4.00 pm. So tak kelam kabut sgt la pagi2. Dah setel mandi, makan semua..petang pi mengurut. Mengurut dgn bidan hospital kena bawa barang2 keperluan. Minyak urut, daun sireh/mengkudu utk tungku, kain batik utk tungku, krim barut perut, towel kecil utk alas before berbengkung, kain bengkung. Minyak urut kena bawak banyak gak le..recommended bawak minyak urut yg tak mahal la...sebab mmg guna banyak. Kat situ ada gak jual minyak afiat rm6. Beli yg tu je pun ok. Macam pengalaman saya bawak sebotol minyak urut tanamera guna untuk 2 kali berurut je. Yg ke 3 kali dah kena top up.

Lepas dah habis 3 sesi. Nurse akan bg appointment utk 3 kali sesi lagi. Urut dan bersengkak kalau tak silap. Kali ni adalah pd hari terakhir berpantang. So senang la kiranya bila dah ada appointment dgn bidan hospital ni. Just make sure kita je yg available utk attend. Bidan mmg punctual. So kena tepati masa la..kalau 2.30pm..mmg sharp la 2.30pm start.

Sekali lagi alhamdulillah, bersyukur sangat sebab diberikan kesempatan mengurut, kesihatan utk attend sesi mengurut, dan baby pun tak banyak ragam sepanjang mama pergi mengurut. Alhamdulillah.

Xoxo,
Mama ema during confinement

Comments

d aura spa said…
Penjagaan rawatan ibu lepas bersalin d aura spa www.dauraspa.com 0388616838
Unknown said…
Tq for the info dauraspa
Unknown said…
This comment has been removed by the author.

Popular Posts