Camping @ Port Dickson

Percutian yang tidak dijangka...tup..tup dah sampai pun kami ke PD. Rupanya takdela jauh sangat kalau dari Putrajaya ni ke PD. Dalam satu jam setengah je. Mula2 kami nak lalu highway PLUS, tapi baru je lepas Nilai dah jem. Confirm jem sampai ke Seremban. So Chemi pun decide amik jalan alternatif. Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Kami lalu Nilai, Sepang, Lukut, dah sampai Port Dickson.

On the way tu lalu Sepang singgah beli Buah Naga dulu, kat sini memang banyak ada banyak buah naga ni. Sepanjang perjalanan memang ada je orang jual Buah Naga@Dragon Fruit. Chemi, adik beradik memang febrett abis la ngan buah ni. So kena la beli sekilo, dua..gambaq tak sempat snap. Tapi yang bestnya buah naga kat sini, kulitnya nipis, buahnya tebal. So puas la makan.

Kami sampai dah dalam jam 5, memang bertolak lambat pun sebab nak sampai petang. Apa lagi khemah dah siap bukak, berenang la. Sofea macam biasa excited nak swimming. Tapi kali ni dia pelik sikit, nape air ni rasanya masin??? Tapi Sofea maintain je mandi..

Bersiap sedia dulu before swimming

Banyak khemah kat sini

Security Briefing

Main air dulu

Snap picca dulu

Macam ni ye caranya..

Melayan Sofea dulu

Papa and Sofea @ PD

Nampak tak blakang tuh Avillion

Sunset view in PD

Sofea swimming la mama

Nak main lagi, tanak naik..
Actually ni 1st time bagi Sofea guna pelampung kat lengan tu. Bagus la, memang dia dapat floating dalam air. Siap kocak2 kaki lagi. Nanti nak bawak pi pool lak. Pelampung Princess sofea dah bocor dah..nanti la ganti yang lain pulak. Tapi Sofea pun bukan suka sangat naik bot tu..tak feel kot.

Memang meriah kat Pantai PD ni, malamnya ada Pasar Malam, ramai jugak la yang bercamping kat situ. Kami takde la bermalam, suku hari je kat situ. Tapi tengok ramai gak family yang bercamping kat tepi pantai nun. BBQ lagi, wah...memang interesting.

Dah puas mandi, makanya kena la cari tempat nak mengisi perut pulak. Lepas area town PD (dekat dgn Stesen Janakuasa TNB) ada Medan Ikan Bakar. Tempatnya bersih, siap terapung lagi. Memang menarik. Sangat rekomenkan semua untuk menjamu selera kat sini. Sebelum makan pilih dulu ikan, udang, sotong yang segar-bugar. Lepas tu pikir la pulak menunya.

Semua segar2. Harga ikut harga nelayan katanya

Bakal santapan kami

Ikan Pari Bakar

Antara menunya

p/s: Teringat masa mencandat sotong kat Ganu, makan sepuas-puasnya sotong
Memang hepi semua orang balik malam tu, walaupun penat sampai umah 2 pagi. Maybe next time bole sambung overnite pulak.

Cheers,
Ema

Popular Posts