Pulangnya Nenda ke Rahmatullah

Bahsa Dain.......1927-2011
110111...sangat cantik tanggal tersebut...sehinggakan pagi2 hari terdetik dalam hati...cantiknya tarikh ni...
jam 12 tghari dapat call member aku dah selamat bersalin 110111 jam 1101am...cantik kan?
setengah jam lepas tu dapat pulak call dari abah inform tok kat kampung dah tenat...dah bawak ke hospital pun, doktor tak dapat nak buat apa2 lagi...so kami pun bergegas pulang...tapi sayangnya tak sempat berjumpa sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Memang kami semua dah maklum, nenekku dah uzur...starting from the day dia tergelincir depan bilik air rumah. By that time dia terpaksa buat operation untuk masukkan plat di pinggang bagi membantunya untuk duduk. Since the day, nenekku yang ingatannya sudah tak berapa bagus...makin kurang stabil keadaannya...memang kesian sangat.

Walau apapun aku sangat bangga dengan dia sepanjang hayatnya sukses membesarkan 7 anak lelaki dan seorang anak perempuan..selain itu, aku juga berbangga sebab dapat menunaikan hasratnya untuk melihat aku berkahwin dan paling penting dapat berjumpa dengan Sofea Raisha. Alhamdulillah....Dan paling aku terharu adalah pada akhir2 hayat tok, dia sempat berkunjung ke rumahku di Putrajaya ni...hmmm...sedih pulak bila teringat balik...

Beberapa info mengenai Tok:
a. Dilahirkan pada 7 Februari 1927
b. Menghembuskan nafas terakhir semasa berusia 83 tahun pada 11 Januari 2011, jam 7.15pm.
c. Mempunyai seramai 35 orang cucu
d. Mempunyai 17 cicit + 1 on the way..

XOXO,
Mama Sofea

Comments

Popular Posts