Happy Birthday Baby Mama

Selamat menyambut ulangtahun yang pertama Sofea! Semoga anak mama sentiasa maintain comel, cemerlang, happy, sihat, cergas...etc..etc..

Pada ulangtahun yang pertama ini:

1. Sofea masih belum mempunyai sebatang gigi pun.
2. Sofea merangkak dengan lajunya, dan berjalan sambil pegang dinding.
3. Sofea masih belum boleh berdiri atas kaki sendiri...
4. Sofea sudah pandai panggil papa dan mama.
5. Sofea sudah pandai menuding ke arah benda yang dia nak..asyik menuding je..cakap tak reti lagi.
6. Sofea sudah pandai mendengar arahan yang simple2...salam, amin, sayang, sit down.
7. Sofea akan mengunyah...kalau dia nak benda makan, sambil menuding jari..
8. Sofea akan sedih atau takut kalau tengok orang menangis.
9. Sofea sudah tak menangis apabila ditinggalkan pagi2 kat umah Ibu (bsitter).
10. Sofea dah pandai sayang pipi dan mulut mama setiap kali ambil dia balik dari rumah Ibu (rindu gile la tu).
11. Sofea dah ada paspot sendiri beserta 2 cop berlainan, dan
12. Sofea juga dah penah naik flight dan disahkan tiada alahan dan kesan sampingan..

Happy 1 year old Sofea Raisha


Anyway, happy2 birthday to you dear daughter..

XOXO,
Mama Sofea Raisha

Popular Posts