Sofea Rashes

Sedihnya hati bila tengok anak tak sihat kan..
Memang sedih betul the other day, bila Sofea having diarrhoea. Kejap2 poo..kejap2 poo.., sampai merah bam-bam Sofea. Kesian sangat, sampai menjerit2 esakitan. Jarang Sofea nangis macam tu.

Dah la, dah sebulan, every weekend travel sana sini, tapi syukur alhamdulillah Little Sofea tak demam...dan seleranya pun ok.

Starting diarrhoea Sofea ni, sebab Sofea dah start makan macam2..ikutkan hati mmg nak limitkan apa yang masuk dalam mulut Sofea. Tapi apakan daya, semua kaum kerabat keluarga, seronok tengok Sofea makan...makanya Sofea pulak terpaksa tanggung penderitaan.

Nenek Sofea ada bawa pi klinik, katanya cairkan susu..dan minum onlu susu. Sofea ni pemakan orangnya...tak sampai hati la pulak...bila minum susu je..tak makan. Try je kasi cereal macam biasa...pun tak ok gak. Sampai la tukarkan susu Sofea dengan free lactose..Alhamdulillah makin ok..dah kurang poo, so bam-bam sofea pun sentiasa kering.

Try juga nak tukar susu Sofea, tapi masih tak sesuai, bersambung balik episod cirit-birit Sofea. Kesian sangat anak mama..So, kami decide stick aje susu yang lama, tgk perkembangan 2 bulan lagi, sebab Sofea pun dah nak masuk setahun, Step susu pun akan bertambah..

Harap2 lepas ni anak mama sentiasa sihat dan cergas ye..

Sofea berendam nak legakan bam-bam yang teruk kena rashes..

XOXO,
Mama Sofea

Popular Posts