Realiti GST

Banyak persepsi negatif yang lahir bilamana perkataan GST mula menjadi sebutan di bibir-bibir rakyat Malaysia. Persepsi pertama barang naik harga.


Tapi saya cuba juga nak dapatkan info berkaitan GST ni. Tup-tup dapat pulak kursus GST untuk 3 hari.

Ok, sini saya nak kongsikan apa itu realiti GST yang saya tahu dan faham.

Sebenarnya sedar dan tidak sedar, semua rakyat Malaysia telah mula membayar cukai sejak tahun 1972 lagi. Kerajaan mula memperkenalkan Sales & Services Tax (SST) sejak tahun 1972.

Barang keperluan harian seperti makanan segera, minuman, perencah, produk tenusu - 5%
Barang kegunaan harian seperti perabot, kereta, barangan elektrik - 10%
Perkhidmatan seperti restoran, tempat letak kereta, hotel, pusat servis kenderaan - 6%

Cuma kita je tak berapa sedar dah bayar cukai tu, sebab lahir-lahir je barang-barang tersebut harganya memang dah termasuk dengan cukai. Tahun demi tahun juga harga barangan semakin meningkat disebabkan harga minyak naik, demand tinggi, supply kurang. Begitulah naik turunnya harga barang yang memang dah termasuk dengan cukai.


Sejak awal tahun ini, Kerajaan dah mula memperkenalkan Good & Services Tax ataupun GST. GST yang diperkenalkan adalah pada kadar yang sama rata untuk semua jenis kategori barang dan perkhidmatan iaitu sebanyak 6%.

So dalam erti lain, cukai jualan yang dikenakan sebelum ini 5-10% akan disamaratakan menjadi 6%.
Realitinya ada harga yang menurun dan akan ada harga yang naik.

Perkara pertama yang akan memberikan sedikit kesan kepada kita sebagai pengguna apabila cukai ke atas barang keperluan harian berubah dari 5% kepada 6%. 

Sebagai pengguna, kita harus bijak merancang dan memilih. So starting Januari 2015 sila simpan semua resit barangan harian dan mula buat inventori. Sila mula membuat senarai barang yang benar-benar diperlukan dan silalah jangan membazir.

Keadaan selepas GST nanti tiada siapa yang tahu. So kita sebagai pengguna haruslah bijak membeli. Peniaga juga jangan lah mengambil kesempatan ke atas tidak faham pengguna tentang GST. Sebagai pengguna bijak kita boleh membuat aduan kepada KPDNKK berkenaan peniaga yang mengambil kesempatan terhadap GST dengan menaikkan harga barangan sesuka hati.

Makanan asas seperti makanan laut, hasil pertanian, ternakan, beras, gandum, tepung tidak akan dikenakan GST.  Pengangkutan awam, utiliti, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, tanah, dan tol turut dikecualikan daripada GST.

GST ini dah mula diperkenalkan di Perancis sejak tahun 1954. Sehingga kini sebanyak 160 buah negara di dunia ini telah menggunakan sistem GST. So GST ini bukan benda baru, dasar yang baru nak diperkenalkan. Ianya telah digunakan oleh semua negara maju dan telah banyak membantu sesebuah negara untuk terus maju dan berkembang.

XOXO,
Ema

Comments

Popular Posts